Dec 23, 2012

Jangan diukur berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi ukurlah berapa manfaat hasil pendapatan yang kita perolehi untuk digunakan ke arah kebaikan




Cuma nak kongsikan artikel yg saya kira cukup tersentuh untuk iktibar bersama....




Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan dicetak dikilang yang sama. Walaupun menggunakan kertas yang sama, tetapi nilai antara kedua-duanya tidak sama. Nilainya hanya dibezakan dengan jumlah angka yang tertera pada kedua-duanya, dan beredar dari tangan ke tangan masyarakat di luar sana.





Diandaikan dua keping wang kertas berlainan nilai ini mampu bercakap, mungkin ada cerita yang mereka boleh kongsikan bersama untuk kita mengambil iktibarnya. Andaikan mereka pernah disimpan bersama, kemudian dikeluarkan, terpisah dan bertemu semula. Disebabkan lama terpisah, mereka pun berbual-bual dan bertanyakan antara satu sama lain tentang pengalaman yang dilalui sepanjang tidak bertemu.





Dengan nada sinis wang RM100 bertanya kepada wang RM1: ”Kenapa badan kamu kelihatan begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?”
Mendengar pertanyaan tersebut, dengan sedihnya wang RM1 menjawab: ”Macammana aku tak lusuh dan berbau hamis, sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan buruh binaan, penjaja tepi jalan, penjual ikan dan akhirnya jatuh ke tangan pengemis.”
Lalu wang RM1 bertanya balik kepada wang RM100:”Kamu pula, kenapa kelihatan masih baru, rapi dan bersih seolah-olah tidak terusik?”
Dengan bangganya RM100 pun menjawab: ”Manakan tidak, sebaik saja keluar dari bank, aku terus disambut oleh perempuan cantik, dan beredarnya pula di kedai-kedai dan restoran yang mahal, di kompleks membeli-belah dan juga di hotel-hotel besar serta keberadaanku selalu dijaga rapi dan jarang keluar dari dompet.”




Wang RM1 mendengar jawapan dari sahabatnya itu dengan tenang. Kemudian wang RM1 bertanya lagi: ”Pernahkah engkau berada di tempat-tempat ibadah?”
Terkedu seketika wang RM100 mendengar pertanyaan tersebut, lalu menjawab:”Ahhh... belum pernah.”
Lalu wang RM1 pun berkata lagi: ”Ketahuilah sahabatku, walaupun nilai aku Cuma RM1, tetapi aku selalu berada di tempat-tempat ibadah dan beredar dari tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin, namun tidak sedikit pun aku mengeluh, bahkan aku selalu bersyukur kerana walaupun nilaiku kecil tetapi manfaat yang aku sumbang sangat besar.”




Lantas menangislah wang RM100 setelah mendengar kata-kata daripada sahabatnya itu kerana dia merasakan dirinya begitu besar, hebat dan tinggi, tetapi rupa-rupanya dirinya tidak bergitu bermanfaat selama ini.







Moral of the story: Jangan diukur berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi ukurlah berapa manfaat hasil pendapatan yang kita perolehi untuk digunakan ke arah kebaikan. Dan ingatlah bahawa kekayaan bukanlah untuk kesombongan.





”Walau bagaimana alim sekalipun seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal”
– Lukman al-hakim









1 comment:

dyba gula-gula said...

''keberkatan'' itu penting.

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates