Nov 11, 2012

Nama Bapak



Hari pertama  sekolah rendah bermula, cikgu Aishah yang cantik jelita pun masuk ke dalam kelas. Semua cikgu lelaki di sekolah tergilakan dia termasuklah cikgu2 yang sudah nak pencen, aku pun tak tahu kenapa, dah nak pencen, nak gilakan lagi anak dara ni. Ok, Semua di dalam kelas diam, sebabnya belum kenal antara satu sama lain, cuma ada seorang dua yang peramah tak tentu hala.



Ok, seperti biasa, sesi pengenalan diri pun bermula, seorang  demi seorang kenal kan nama sendiri, nama ayah, nama mak, tinggal  di mana, dan cita-cita apa.. Pelbagai jenis nama ada, yang moden, tradisional, dan pelbagai cita-cita yang ada  sehinggakan ada yang jawab nak jadi ""manusia". habis lu tu apa? ok, budak2 bukannya tahu apa2..




banyak2 pengenalan diri tadi, aku pun tak tahu, macam mana semua budak ni boleh tertarik dengan nama ayah. Ahmad bin Seman, tak pasal2 semua bebudak lain panggil dia seman. agaknya bila si Seman datang ke sekolah, dia pun keliru yang mana nama anak dia dan yang mana nama dia.



Begitulah hari demi hari dipanggil dengan gelaran nama bapak sendiri. yang penyabar, buat rilex je, yang cepat panas, penyapu naik ke atas kepala. Semua bebudak tak kira dari  sekolah mana pun, negeri mana pun akan mempunyai perangai kurang hajor begini kan? termasuklah aku sendiri.



ada suatu hari, si Hamid, seorang yang pendek, hitam dan nakal budaknya. dia suka memanggil kawan-kawannya dengan gelaran nama bapak masing2 perangai macam ***** suka lompat sana lompat sini ( alhamdulillah sekarang menjadi usahawan berjaya).. suatu hari dalam kelas Matematik (M3), dia nak memanggil kawannya yang bernama Afif bin Sameon. Waktu itu, dia mahu meminjam pemadam, dan memanggil si afif  "Sameon kepala botak! pinjam pemadam!"


Ketika itu nak dijadikan cerita, si Hamid terlupa yang cikgu matematiknya tu pun namanya Sameon, dan kebetulan cikgu tu berkepala botak tengah dan perut buncit.. Si cikgu Sameon perasan dan dengan mata merah menyala memandang Hamid.. "cilaka kau anak Mail!!kau panggil aku apa tadi?"
habis semua bebudak dalam kelas kena berdiri di luar selama sejam.. Damn kau si hitam!!




Gambar Hiasan je..bukannya gambar budak tu tadi



Kisah2 masa kecik dulu, walaupun macam bangang nak mampus, tapi bila dah besar, duk kedai kopi ramai2, citer lagi, buat kita semua tergelak takk ingat dunia..




5 comments:

Anonymous said...

Hehe..cerita anda ke?

haryzkhairuddin said...

dulu time sekolah menengah, cikgu BM kitorang terpanggil sorang kawan aku dgn nama bapak dia. pastu dia mintak maaf sebab tersasul.. dia kata time dia sekolah dulu memang dorang selalu panggil guna nama bapak je. kitorang 1 kelas gelak je la.. ;P

Zaf98 said...

h0hoh0o0! nice st0ry~ skarang pun...bebudak sk0la still lagi main nama bapak'bapak ni~
lol.

Unknown said...

bhahahaha! kelakar!! time skola2 mmg ska main pggl nama baik....haih....

misz aisya said...

aku giler gak mse skolah dlu. penah pnggil kawan dgn nama ayah dia. skali dia sentap dow sbb ramai sgt ikut panggil cenggitu.. aku pon insaf lah pastu. hehe

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates