Mar 5, 2012

si semut cintakan si gajah


seekor semut yang sedang bersedih berjumpa dengan seekor gajah yang gah dan besar. semut berfikir, bolehkah dia berkawan dengan gajah yang besar sedangkan dia hanyalah seekor semut yang kecil dan banyak kekurangan daripada si gajah..


tetapi si semut beranikan diri untuk berkawan dengan si gajah yang melebihi kehebatan si semut tersebut. hari demi hari yang berlalu, hubungan mereka semakin rapat dan menjadi kawan yang boleh bergurau senda, ejek mengejek dan memberi nasihat antara satu sama lain.


perkara yang diluar pemikiran terjadi pada diri si semut, perkara yang gila.. oleh kerana hubungan mereka amat rapat, si semut jatuh hati dengan si gajah tersebut. si semut cuba untuk meluahkannya dengan pelbagai cara, tapi si gajah berkata



"saya rasa awak dah semakin parah, saya rasa makin hari awak makin teruk, tak macam dulu! saya tak nak perkara ni manjadi semakin parah ok"


si semut berdiam diri, dia hanya untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya sahaja, dengan ikhlas. tapi apa kan daya, dia hanya seekor semut yang gilakan seekor gajah..



pada suatu hari si semut dapati yang si gajah yang digilakannya sudah pun menjadi milik orang lain, dalam diam tapi dia boleh merasakannya. bagi si semut, mungkin tidak mengapa, biarkan mereka bahagia kerana dia hanya seekor semut yang serba kekurangan daripada seekor gajah yang serba lengkap dan lebih bijak.hanya doa yang menemani cinta si semut kepada si gajah tersebut.






"si semut hanya lah serangga yang kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan si gajah yang serba lengkap..perbezaan yang tinggi dan tidak layak untuk digandingkan"



5 comments:

NajWa aNGeLiNa said...

maknanya mmg x mungkin bersama ke?

Hishyamuddin said...

@NajWa aNGeLiNa


semut lain mungkin bersama, tapi bukan semut yang ni. :-)

NajWa aNGeLiNa said...
This comment has been removed by the author.
NajWa aNGeLiNa said...

cinta x mesti memiliki... akhirnya semut menemui pasangan yang sesuai dengannya..=)

Anonymous said...

cian si semut...

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates