Feb 24, 2012

Kpop dan aku


sewaktu kpop mula meletakkan nama di negara kita, dan ketika itu gadis-gadis remaja, awek-awek, yang masih di bangku sekolah sehingga di meja Universiti meminati kpop sehingga sanggup menampal gambar artis-artis korea di bilik tidur atau di dalam jamban masing-masing, aku masih lagi dalam keadaan bengong, apa itu kpop?




dulu, sewaktu aku online facebook, ad seorang awek update statusnya



"saya minat kpop..minat sangat, mereka comeyyy..awww"


aku masih lagi tertanya-tanya.. "binatang apakah kpop tu?" ahh..lantak lah, mungkin nama orang kot, nak search dalam google pun malas.. makin hari makin ramai yang update mengenai "KPOP" ni..  nak tanya, takut nanti malu.. malu bertanya sesat jalan pulang..arghh..bukannya aku nak tanya jalan, jalan rumah aku, aku dah hafal la!!




makin hari makin menyampah dengan status "saya minat KPOP" tu..dan makin membuatkan aku nak tahu maksud disebalik itu.. dengan menggunakan kebijaksanaan sendiri..aku menganggap KPOP itu adalah singkatan kepada kerepok, orang kelantan memanggilnya Kepok @kpop.. huh, boleh la, ejaan nak sama..apa gila budak-budak ni suka makan kerepok lekor pun nak update status..comel ke kpop tu? panjang je aku tengok..


comel eh kpop ni?



pada suatu hari, tanda tanya aku akhirnya terjawab sudah dan aku mengetahui apakah maksud kpop tersebut.. ini gara-gara ada awek yang post video dan statusnya di facebook..


"kpop!!! chukew3..!!




semenjak hari tu, baru aku tahu apa maksud k-pop tu..terima kasih kepada awek tersebut yang aku dah lupa siapakah dia..terima kasih sebab telah berjaya menghapuskan pandangan aku tentang kpop ( kerepok) tu..





3 comments:

Zaf98 said...

lol. haha! kp0p = ker0p0k?

jp0p? ;D

Eyda Dania said...

kelakar r...aduyaii

Alia Natasha said...

hahahaa . saya pun minat kpop ! tapi tak minat korea . eh , pon boleh

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates