Nov 7, 2011

lelaki semua sama!! suka curang dan tak setia..

Lelaki semua sama saja, tak cukup sorang, tambah lagi sorang..curang.. pantang tengok dahi licin, mula la nak ngorat, mintak no fon, nak buat awek..ayat manis2 yang diberi, tapi semuanya tipu..huh.. semua laki sama saja..suka menyakitkan hati perempuan..perempuan juga yang kena akibatnya. frust, kecewa, menangis tepi tiang rumah.


selalu tak baca status macam tu di facebook or twitter? lelaki sama saja kan? curang, tak setia, penipu, kata2 saja yang manis, tapi hakikatnya, hampeh!! jap2, semua lelaki sama eh?


~ sebulan kemudian..


Akhirnya aku jumpa juga lelaki idaman aku..setia, baik.. ada juga teman aku, pendengar setia aku, penasihat setia aku, tempat kongsi masalah.. I Love U sayang..TQ tau sebab jadi lelaki yang setia pada sayang.. hyep, tadi cakap lelaki semua sama saja? tetiba pula cakap ada yang setia..saya rasa awak ni nyanyuk kot dengan kata2 awak tu haa.. sila tengok status yang awak update sebulan yang lepas..




sebelum tu, meh aku nak tanya.. lelaki je ke yang pandai curang? lelaki  je ke yang jahat? lelaki je ke yang penipu dan mulut manis, suka bagi kata2 yang manis, sehinggakan perempuan cair, tapi hakikatnya tipu? meh semua bangun daripada kerusi, tepuk tangan kuat2..bangga aku jadi lelaki, hebat kan. dah tak ada lepas ni lelaki yang baik2, yang setia..



perempuan semua setia kan? tak ada yang curang, semua baik2.. tolong weyh, dah lama aku perhatikan ayat tu..semua lelaki sama, suka pasang awek ramai2.. aku lelaki, tipu la kalau aku tak terasa kan. anda cakap lelaki begitu.. tiadakah perempuan yang curang? jawapannya RAMAI. pikir positifla sikit, anda kata semua lelaki sama, tanpa anda tidak sedar, anda telah menuduh dan fitnah semua lelaki kat atas muka bumi ni..



"awak tahu tak kenapa saya curang ngan awak? sebab saya bengang kat laki, laki semua sama, suka curang, saya tak percaya lelaki" cakap seorang awek kepada pakwenya selepas kantoi dia curang. huh, lelaki juga yang dapat nama buruk..si pakwe setia, tiba2 sedih dengan statement anda itu.



entry ni bukan nak cakap perempuan semuanya sama, suka curang, dan lelaki baik..tidak!! aku cuma nak cakap, jangan sebabkan masa lampau anda, anda menghukum lelaki lain yang memang berniat baik terhadap anda..pikir positif ok..



" Jangan nak menghukum orang yang tak salah..peace yow!!"



9 comments:

Noorsha Muhamad said...

mmg betul smua manusia ni sme je tapi..ada lagi ke lelaki yg baik zmn skrg ni..hurmm..renung2kan..hehe..

aku hana said...

setuju dgn kenyataan ni. aku pun masa frust penah gak ckp laki semua sama. Bila sakit hati mmg semua nak salahkan sebelah pihak ja. Tapi bila dh matang ni fikir elok2 sebenarnya sama ja dua-dua. Laki dan perempuan. Masing-masing memerlukan. Atas diri sendiri nak jd mcm mana. zaman skrg mcm tu la.

Eyda Dania said...

zaman skrng....ad gk gurl curang...masing2 sme je..=)

reenapple said...

ohooo.. nice entry.

betulla.. masa lampau. tak payah nak hukum orang sebab masa lampau

aku pom pernah alami apa yang si awek tu alami tapi aku tak la hukum semua lelaki. Sebab aku tahu tak semua lelaki macam tu..=)

just maybe kita bertemu dengan orang yang salah.. try fikir cam tu..=)

Rosalia said...

skrg laki pmpn smua sme je. yg pntg jg dri sndiri jek.

AdaNaz87 said...

yang penting, kalau kita taknak pasangan curang dengan kita, kita jangan curang dengan pasangan kita. ((;

iKhRam said...

huh
nak curang tak kira jantina..

kalau dah dicop materialistik tu
kebarangkalian nak curang tu mmg 0.99 peratus.. hahaha

pudenz said...

x x x...prempuan mmg suke terbawa2 sikap diorg tuh... yup2..x sume laki same..kalo demand sgt nk laki camtu la..camni lahh...masok kan muke tuhh dlm newspaper tnye spe nk kawen ngn die.,g jual diri..ltak harge hantaran tuh kt paper tuh skali cam jual beli..hahah...opss..sory lari tajok skett... ^_^

Ayie said...

kawe suko entry demo.. sedap doh.. klu oyak x leh nok cari laki baik, kawe nok tanyo mula.. buleh dok nok cari pompuan baik lo ni?? klu buleh laki pun supo jah, buleh gak.. bereh..

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates