Nov 1, 2011

aku dan kebakaran

aku baru sahaja balik dari kelas..badan penat, otak pun sama.. kalau ada yang tanya aku teka teki, memang aku terajang2 dia ni.. tiba2 aku nampak sesuatu melambai setelah daun pintu aku bukakan..nampak tilam dan bantal memanggil aku untuk mendampingi dengannya.. ya!! aku setuju..



tido aku kali ini amat bermakna sebab aku bermimpikan sesuatu yang best.. nak tahu ke? tak yah la, malas aku nak lari topik..!! tiba2 aku terhidu bau asap yang masuk terus ke lubang hidung aku tanpa meminta kebenaran aku.. saraf2 dalam otak aku sedang bergerak aktif, untuk memastikan asap ini daripada mimpi atau daripada alam realiti..




ya, ini memang betul2 bukan cobaan.. aku bukak mata, dan ternampak asap memasuki melalui lubang bawah pintu, dan permandangan di luar, memang kabur dengan kepulan asap. aku segera kejutkan kawan aku dari terus bermimpi.. dan sambil meminta tolong dan menjerit.. "tolong kami weih, kolej terbakar" aku ulang beberapa kali..




aku teringat aksi dalam filem, yang memboloskan diri daripada kebakaran, aku dan kawan aku sambil meminta tolong dan sambil berlari keluar daripada kepulan asap di kolej.. perasaan aku melayang ke kampung, macam mana perasaan keluarga, kawan2 dan orang kampung kalau aku mati rentung kat sini..



sampainya kami di tempat berkumpul..aku tengok dah ramai student kat situ.. dan semua tengok kami dengan gelak ketawa.. aku hairan, aku hampir mati pun ada yang nak gelak, celaka!! dan seorang kawan sekelas datang dan memberitahu, itu asap daripada jabatan kesihatan, mahu bunuh nyamuk la kawan!!



damn.. memalukan aku.. aku mati2 ingat memang ada kebakaran. sorang pun tak datang kejutkan kami kan. sumpah malu..

sumber


"Jangan tidur di siang hari kerana akan menyebabkan mimpi tentang kebakaran.,peace yow!!"




7 comments:

Libragurlz said...

haha.. TERBAEK !!

(`V`)..NIA..(`V`) said...

hahahah sumak la.... cito zame bilo thu nie... hahahah

aku hana said...

haha. kesian. kwn2 selamatkan diri ja. tp okay la tu kan otak masih aktif bg isyarat .

AfiQ said...

adeh...malu tu.. hahaah..tape la.. kalau terbakar betul, kamu selamat dah.. heheeh

Eyda Dania said...

hahahaha..lawak r awk ni..ingt btul2..=)

Lily RIna said...

Haha, malu giler

maisarah sarah said...

hahaa sengal giler

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates