Nov 14, 2011

aku adalah serangga


aku kecil bila dikelilingi orang ramai..aku kerdil, tidak tahu apa yang perlu aku buat, terasa tidak berdaya untuk melakukan semua benda. aku perlu tengok keatas untuk melihat orang ramai, dan orang ramai perlu tunduk untuk melihat aku..



aku disisih daripada untuk sama-sama bergelak ketawa bersama orang lain, tapi aku tabahkan hati untuk teruskan hidup dengan bahagia dan tenang. aku tahu dan sedar siapa aku dan tahap aku, tapi aku pun berhak untuk merasa seperti semua orang. iaitu kebahagiaan.



doa selalu menjadi temanku untuk aku terus bersemangat. air mata ketika berdoa akan aku anggapkan sebagai titik perjalanan aku yang akan aku tempuhi nanti. perit, pedih dan sedih aku akan lalui, insyaALLAH walaupun apa yang menjadi halangan nanti, aku akan tabah dan tempuhinya..



walaupun aku hanyalah serangga, kecil dan selalu kehadiran aku tidak diperasan. tapi, aku aku berhak dan ada hak untuk berjaya dan aku ada hak untuk menjadi yang terhebat. walau kita ni raksasa sekalipun kalau kita tak ada semangat dan kesungguhan, lama kelamaan raksasa pun akan menjadi serangga. tidak mustahil jika suatu hari nanti serangga akan menjadi raksasa!



sumber


" semua orang berhak untuk berjaya selagi mereka mempunyai usaha dan semangat yang kental!!"



1 comment:

Ayuni said...

semua orang berhak berjaya.....

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates