Oct 8, 2011

tidak sedar sudah jatuh cinta.

Assalamualaikum..


kepada yang masih lagi single, atau pun single not available ke, yang dah couple ke, yang dah kawen ke, mesti korang pernah "jatuh cinta" kan? jangan nak tipu la, dulu time korang sekolah dulu duk cinta sakan tu ape? cinta monyet?



ok, kepada  yang single @ single not available, korang pernah tak jatuh cinta? maksud aku, jatuh cinta secara tak sengaja.. haa.. mesti pelik kan bila dengar jatuh cinta tak sengaja..ni sindrom ni, bahaya, dan ada banyak cara untuk tahu yang kita jatuh cinta secara tak sengaja ni haa.. ok, duk elok2, meh aku citer kan..



korang pernah tak suka tengok tingkah laku seseorang.. which mean, korang suka sangat tengok gaya seseorang tu..ok, contoh la, aku suka sangat tengok gaya dan tingkah laku si  Fatimah ni.. nampak cute je, manis, manja pulak tu, tapiiii malu la nak tengok lama2 dia ni..  bila kita malu nak tengok dia walaupun kejap, tu menunjukkan ada sesuatu perasaan dalam hati kita..



handfon korang tu, sentiasa je ada dalam gengaman, atau pun korang selalu je tengok kot2 ada mesej yang tak perasan. setiap minit asyik menunggu je mesej dari seseorang. tiba-tiba sampai mesej..tutt tuttt tuuuttt tuttt.. yeaaa, happy2 dapat mesej kan, tetiba je frust sebab Samad yang hantar mesej tu dan bukannya yang ditunggu.. sebab apa korang tunggu mesej dari dia je? sebabnya korang dah jatuh cinta dengannya tapi korang tak sedar..



setiap kali korang online, benda wajib yang korang akan selalu bukak dan refresh selalu ialah "profile Facebook dia". refresh berjuta kali pun, dan setiap kali refresh, korang tengok Default Picture dia, korang akan tersenyum walaupun gambar itu tak pernah pun berubah. dan korang akan menunggu si dia online, bila je dia online, korang akan rasa berdebar untuk tegur si dia..




tanda ni yang paling penting, kalau betul tanda ni berlaku pada korang, aku boleh jamin yang korang sedang jatuh cinta secara tak sengaja, siap ada cop sirim lagi.. ok, saat korang baca entry ni, dan tanda-tanda kat atas ni, korang akan ingat kepada seseorang..dan orang itu lah sebenarnya yang korang dah jatuh cinta secara tak sengaja.. renung-renungkan kawanku!!


terima kasih hencek utk gambar ni.

"jangan selalu bermenung untuk ingatkan si dia,  tetapi bermenunglah untuk berfikir macam mana untuk dapatkan si dia dan menjaganya sebaiknya"




tq sudi meluangkan masa baca blog ni..
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..




27 comments:

RinsyaRyc said...

--->seb baek tak kenang sesapa time bace.. kih3..

http://bulatmata.blogspot.com/

Cik tikah said...

renung macam mana nk dpt dia? mcm pelik je ayat. hehe..

Unknown said...

macam butui je!hahaha... ;)

Nalisa Syahira said...

okay , tak teringat kat sapa pun , haha .

yudee said...

cinta monyt kan??haha

Anonymous said...

tenung smpi seget kepala..pastu kalo member korg perasan ko tenung awek tu..msti korg x senang duduk kan..haha

K's Khairah said...

when i read this, im thinking of u. erkk. camne tuh ? :P

LadyBird said...

adakah itu dinamakan cinta..
tu cinta monyet kot..

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hoho aku sedang mengalaminya kah???

malu tapi mahu..haha

pudenz said...

haha..slalu kot camtu .. kdg2 smpai skarang pon teringat2 walaopon da lame...huhuu

Anonymous said...

oooooo~ rindunya saat itu..haha

Anonymous said...

oooooo~ rindunya saat itu..haha

tricksrex said...

haha
teros teringat seseorang time baca ni

mungkin penah la ek jatoh cinta secara tak sengaja ni haha

YanSaflina said...

itu yang saya selalu buat...:D

Anonymous said...

phewwww~
nasib x de ingat sape2 mase bace nih.

Unknown said...

Wey..kalau macam tu lah rasanyer... Maknanyer aku pernah jatuh secara tak sengaja ni. Namun aku buang jauh2 perasan tu pasal aku dah jadik bini orang.

RinsyaRyc said...

--->tak de shoutbox so komen sini aje.. hehe

'untungla tak buncit.. ekekee*

Ayuni said...

mesti awk tgh alaminya sekarang kn....

EYQASARA said...

penah rase!!! tp rase tu mnyakitkan bila dia cuba mnjauhkn diri dr kita.. sb dia ada org lain.. huhu.. :'(

Admin said...

jgn hny berpeluk tbuh tnpa
melakukan apa2 :)

Terbaru:
- Teman, aku sedar kamu sedang sedih tertindih luka. Berterusan kau menangis.
- Bajet 2012 Vs guru *Apa yang saya suka dengar tentang Bajet 2012 ni.

ctk said...

huhu..maknenyer sy da jtuh aty la nie? tp sy da kapel org laen..uwaaaa...
jauhkan lah perasaan ini...
eceh!

(`V`)..NIA..(`V`) said...

mu nk ke sape plop ismeudin eh... jth cinta nga A ke???

Fatin Sallehuddin said...

tuddia , bila baca ja tingat kat soqang tuh . habeh lah . haha~

Nurul Ashikin said...

jatuh cinta... ok.. waktu frust yang sakit

bella luna said...

bile bace entry, bermacam2 rupa and wajah muncul,aku tercari2 yg mana buat hati aku berdebar, tapi hampeh,tak de pun,.ahh,tak sabar menanti saat debaran bakal melanda,hehe

Puteri Iqa Izyan said...

aku penah rasa. muehehehe..
lagi sedap perasaan mcm tu drpd kapel. hehe.

Anonymous said...

h0h0, jiwey molep abey isey...hahaha -auzz-

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates