aku berlari2 anak ke muka pintu, dan tekan butan untuk bukak kereta kesayangan aku..
"tett tett"
ok, aku pusingkan sikit stereng Lamborghini aku tu supaya tayar terkeluar sedikit..dan, snap gambar!
sumber |
dan inilah hasilnya..roda itu memang bulat! bunga tayar yg kat atas tu akan ke bawah bila kereta tu bergerak sedikit, dan ke atas semula.. jangan samakan dengan roda yg tak bergerak tu..
"sama je dengan hidup kita ni, ibarat roda.. kejap diatas dan kejap dibawah... hari ni kita di puji melambung, ada semua yg kita ada, esok lusa mungkin berada di bawah kalau tak bersyukur dan riak.. semua itu Allah S.W.T yg tentukan"
jangan nak bangga sangat dengan hidup kita sekarang ni, jangan ingat orang dibawah tak akan dapat naik ke atas dan lebih hebat dari kita selepas ni..rezeki tu Allah S.W.T yg bagi, dan DIA boleh tarik bila2 masa sahaja..
Renung2kan ya sahabatku!!
5 comments:
yang atas ke bawah yang bawah ke atas lumrahla tu
sentiasa berpijak di bumi nyata
kitaran hidup =)
yep, stiap putaran roda itu, andaian kitarannye mase :')
yeps! sentiasa bersyukur kepada-Nya adalah lgkah yg sebaiknya!
Post a Comment