Jun 19, 2011

sewaktu kecilku dan selamat hari bapa!!!

sewaktu aku tengah enak melayan Nora Elena di http://www.tonton.com.my/ , tiba-tiba handphone Blacberry versi 3310 i aku berbunyi dan ada mesej camni.. " Selamat Hari Bapa" .. weyh, apa ke gila budak ni, bagi ucapan ni kat aku, aku kawen pon belom, nak jadi bapa camne? tak puas hati, reply komen ni kat dia " kau dah gila? atau salah anta mesej ni kat aku?" tapi dia dah tak reply, dah malu dah tu..hahaha





ehh, mood jiwang aku dah hilang.. tiba-tiba baru teringat yang hari ni hari bapa..apa punya anak laa hari bapa pun dah lupa..pikiran aku dah melayan ke rumah pulak sekarang, pikir waktu aku kecik-kecik dulu..
masa sekolah dulu aku ni memang rajin tak pergi sekolah, malas bangun pagi, tak nak mandi pagi sebab sejuk, cikgu garang la..





Encik Abd Rahman atau bapa aku yang pagi-pagi pergi rebus air panas, dan campur air tu dengan air sejuk lam bilik air, tuk bagi suam katanya..sebab masa dulu tak ada mesin yang panaskan air dalam bilik air ni..
sudah semua tu,  apa lagi, dia dah tunggu kat depan cermin tu haa tuk kasi kemas rambut aku ni dengan minyak rambut dan rambut belah tepi baik punya..





sudah siap semuanya, aku pulak cakap malas pergi sekolah..hahaha..itu tugas mak aku pulak untuk kejutkan aku dari lamunan dan bagikan aku pandangan terus untuk ke manara gading..gila ah ayat..hahaha
kalau nak cerita, 10 entry pun tak habis lagi pasal pengorbanan bapa dan ibu ni...





sudahhhh!! aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk Encik Abd Rahman, iaitu bapa aku..dan semua bapa-bapa yang ada kat luar sana!! jasa mu amat bernilai, dan tidak terbalas kerana pengorbanan mu amat besar!


sumber


dengar dan hayati video clip ni ok?




5 comments:

myhatiku said...

selamat hari bakal bapa..boleh mcmtu?hee

K's Khairah said...

eh2..bkn da jd bapa ke?? haha..btw,,entry ni bes..cewahh..huahah..keep it up ! ;)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha.mu pun bapa gak..bapa saudara..xsalah dah tu...

ima said...

hahaha. ok la tue. bapa wanna be.

Wanzi said...

selamat hari bapa...........

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates