May 3, 2011

motif dan tujuan buat blog..sayangi blog anda..

setiap blogger mesti ada tujuan dan motif kenapa dia tulis dan buat blog ni kan?
memang macam-macam tujuan dan motif yang ada bila kita tanya tujuan masing-masing ni haa..tak caya? cuba korang tanya 10 orang, mesti paling cap ayamnya, ada 3tujuan yang berbeza..ce cobe ce cobe...antaranya :




- hanya untuk suka-suka-

saya tulis dan buat blog saje-saje je, suka-suka..bila rasa rajin dan ada masa, saya update je la entry terbaru, citer je ape yang nak citer, makan apa hari ni ke, masalah ke, kegembiraan saya ke..blog saya, ikut saya la..hehehe..





-menjana pendapatan sampingan-

saya buat blog sebab nak tambah pendapatan sampingan ni haa..nak tampung belanja makan minum pakai anak-anak, bayar bil bulanan broadband ni haa..dalam blog saya ada jual pelbagai jenis baju-baju terbaru, tak kira lelaki ke perempuan ke, semua ada..nak beli? kunjungi blog saya ye!! saya juga dapat pendapatan sampingan ni daripada adverlets dan heartbeat...





-mencari lebih ramai kawan-

saya suka berkawan la, saya ada ramai kawan, tak kira la dalam dunia realiti ataupun maya. saya buat blog ni sebab nak tambah kenalan rakan-rakan blogger yang fofular tu haa..entry saya pon biasa-biasa je, ikut apa yang terlintas di pikiran saya ni je..sekarang saya puas hati sebab dapat ramai kawan blogger yang semuanya baik-baik..




-nak jadi popular-

ehemm, saya buat blog ni sebab saya nak angkat nama saya ni, nak jadi popular macam blogger-blogger yang lain tu..saya cuba sebaiknya dalam menulis entry, sebab saya nak memastikan semua pembaca minat dan tertunggu-tunggu entry dari blog saya.tak boleh masuk majalah, masuk dalam tv pon ok, berjalan atas red carpet ke dengan lisa surihani...



-hobi-

sebelum ni saya memang suka menulis dan mengarang cerita, daripada saya tulis di kertas dan baca sorang-sorang, baik saya buat blog, boleh jugak kongsi dengan pembaca yang lain. hati saya lebih puas bila ada pembaca yang membaca hasil tulisan saya. nak baca pembagai jenis cerita, masuk la ke blog saya ye..




tak kira apa pun motif dan tujuan korang, yang penting korang buat semua ni dengan niat yang betul, jangan salah guna kemudahan yang ada..contohnya jangan guna blog ni sebagai tempat nak sebar fitnah dan perkara-perkara yang tak elok...serius gila entry aku kali ni,hehehe....


sumber

sayangi blog anda..gunakan dengan cara yang betul..

chaw!!
salam


13 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

aku sebab semua. haha ^_^

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

mula2 dulu memang aku niat nak buat duit..hahah..

then bila aku sedar ..aku fikir aku blogging untuk suka2..kalau ada rezeki syukran...

yang penting keindahan dunia blog ni!..peace!..hehe

QERY HASAN said...

aku wat blog sebab nak kongsi pengalaman hidup. tapi kadang2 tersasar jgk. terbagi pengalaman hidop orng lain.. huhu

Firdaus Life said...

aku dah ketagih dengan blog... huhu tapi tujuan memang sekadar hobi, jana pendapatan

zalikha nashuha said...

motif saya : HOBI! dan sebab nak cerita pada semua tentang hari hari saya! hehehe

Nabiha Zaidi said...

hobi . . :)

Anonymous said...

saya berblog suke-suke jee...saje nak asah skill menulis..kehkehkeh..ade rezeki, dapat la buat duit..

Chan said...

cari nemesis, haha.
joke.
nice blog
follow me back kayh. ;)

Unknown said...

dah jadi mcm hobi..lebih kurang gitulah ceritanya...

chesakinah said...

saya yg nombor satu tu. hahahha.. jom le makan Mcflurry kt blog kite! LOL ;)

naem glizzy said...

sy suke yg 1st! hehe..

Zeanne said...

dr awal blogging mmg tujuan suka suki der. haha

hyazz said...

suker suker...isik masa lapang...dan luah kan perasaan kot...hehehe

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates