Dec 7, 2010

kimi nak mainan kereta api!!

" abah, kawan kimi sume nye ade menan kereta api la, kimi nak satu"

"oh, abah sekarang banyak keje la, kimi pergi cakap kat mama ok"

 "mama mama...kimi nak mama belikan kimi menan kereta api tu, kawan kimi sume dah ade"

"ok sayang, nanti mama ade mase, mama belikan tuk kimi ok"




Rintihan dan permintaan daripada anak yang berusia 7 tahun kepada mama dan ayahnya.
oleh kerana semua kawan-kawannya sudah memiliki permainan itu, kimi pun inginkannya juga.



Pada suatu petang:

"kimi, jom la main dengan kitorang, ayah awak dah belikan belom?"

"a'ah, ayah awak dah belikan belom?kalau dah belikan, jom kite main same-same ea"


niat kimi untuk bermain dengan mereka hilang dengan tiba-tiba,
dia pulang ke rumah dengan hanya bermuram, dan terus ke bilik tanpa mempedulikan ayah dan mamanya. ayah dan mamanya pula masing-masing sibuk dengan urusan perniagaan mereka dan selalu sibuk.



"mama dan ayah dah tak sayangkan kimi!!kimi nak main same-same dengan kawan-kawan, macam mana kimi nak main same kalau kimi tak de mainan macam diorang main, kimi pun nak main"



kata hati kimi sambil menangis di atas katil, memandangkan dia hanya anak tunggal, jadi dia amat bosan duduk di rumah seorang diri, dan ingin sangat  untuk bermain sama-sama dengan kawan-kawan yang lain.





Hari demi hari kimi menunggu dengan penuh harapan, setiap kali ayah atau mama nya menjemputnya pulang dari sekolah, kimi akan berdiam diri saja, dan setiap kali itu la ayah atau mamanya akan berjanji lagi untuk membelikannya nanti.   





Pada suatu hari

"sayang, sayang duk kat umah dengan mak bedah ye nanti (orang gaji ), esok mama akan ke Singapura selama seminggu, ayah pun kena pergi jugak.

"hemmm"

"ok sayang, mama janji, nanti mama pulang dari Singapura, mama belikan mainan tu tuk kimi ea, mama beli kat sana, lagi elok.ok sayang, meh cium mama dulu meh" 

------------------------------------------------------------------

sudah seminggu ayah dan mama kimi pergi ke Singapura, dia hanya duduk di rumah je, sebab rasa malu nak jumpa kawan-kawan yang masing-masing sudah ada mainan sendiri.






Hari ini cukup seminggu mama dan ayahnya ke Singapura dan petang nanti mereka akan sampai ke rumah, kimi amat gembira kerana ingin menuntut janji mamanya itu yang mahu belikan mainan untuknya apabila pulang dari sana.


"hemm..ayah ngan mama lambat lagi nak sampai ni, baik kimi pergi main basikal dulu. bosan la"

Untuk hilangkan bosan tersebut, kimi keluar untuk bermain basikal dan pusing kawasan rumahnya.
Dia hanya bermain seorang diri, memandangkan masih malu untuk bermain bersama dengan kawan-kawannya yang masing-masing sedang meminati mainan kereta api itu. 


sedang kimi duk syok kayuh basikal tu, tiba-tiba

-------------------------------------------------------------
pomm-pommm..(bunyik hon kereta)
ayah dan mama kimi baru saja tiba ke rumah,


"ibu, bapak!!lekas ke hospital, kimi baru saja dilanggar kereta tadi, saya sudah talifon bapak, tapi bapak enggak jawab" (bibik mereka)




dalam perjalanan ke hospital, mereka hanya mampu berdoa sahaja sambil air mata jatuh berlinangan dan berharap tiada apa-apa dengan kimi itu, dan mamanya hanya memeluk erat hadiah dan mainan yang dibelinya untuk kimi.


-----------------------------------------------------------------

"doktor, macam mana dengan anak kami?"

" maafkan saya encik, puan, tuhan lebih sayangkan dia "



Ya Allah, kuatkan lah aku dengan dugaan mu ini ya Allah,
jika ini takdirnya, aku sanggup hadapinya,
jika Engkau lebih sayangkannya, aku sanggup lepaskannya,
Engkau letakkanlah roh anak ku itu di tempat orang yang beriman,
Ya Allah, kuatkan lah hati ku ini,
maafkan segala dosa-dosa anak ku,
sesungguhnya aku menyesal,
aku telah mengabaikan tanggungjawab ku ini,
aku tidak sangka yang permintaan anak ku itu merupakan permintaan terakhirnya,
aku amat menyesal ya Allah,
aku amat berdosa dengan anak ku itu dan juga dengan-Mu,
aku terlalu mengejarkan harta dan dunia,
sehingga aku abaikan tanggungjawab aku sebagai ibu kepada anakku,
Ya Allah, ya tuhanku,
tempatkanlah anak ku itu di tempat orang yang beriman,
Amin



Kini, ayah dan mama kimi telah pun berubah,
mereka amat menyesal kerana telah mengabaikan tenggungjawab mereka,
kini, hanya kotak permainan yang ingin diberi kepada kimi sebagai pelepas rindu mereka,
dan mereka akan menangis bila teringatkan permintaan terakhir anaknya itu,


 


hishyamuddin : jangan abaikan keluarga kita dan terlalu mengejarkan harta di dunia...

sumber gambar : google

ok 
chaw!!
salam
 


22 comments:

♥baby fiy♥ said...

& then??
umm.. kalau ank tunggal mesti dapat kot?!

Hishyamuddin said...

bace la sampai habis...hehhee

eistira saleh said...

ngaa. sedihh DX

mRs.aZriN said...

ciannyeeee. x_x

AinnalinaRamdzan said...

Huhuhuuhuhuhuhuuhuhhuu....

AinnalinaRamdzan said...

Huhuhuuhuhuhuhuuhuhhuu....

A.D.A.M. said...

Kesian Kimi. haiz. Harta tu hilang, cari lagi. Anak tu, hilang, xde dah la kan.

eqbalzack said...

kimi mesti comel kan? hehe

Nyssa Nuar said...

awat sedih lak nih???
huhuhuhu....
teringat kazen ku yg nme kimi tuh..isk3..

aNnE said...

harta dunia tak boleh bawa masuk kubur ~~~~~~

.::: Princess MOMOY :::. said...

hmmm...ciannyer
MY RECENT POST : JAPAN MAID CAFE a.k.a Cosplay Restaurant

iszieylyanziy said...

ciann kat kimi,,huk2x,,

TEMBAM!!

haniey said...

ciangnya dia..
singgah cini n follow.. :)

Solihin Zubir said...

sian.. sgt sedih kalau berlaku kt alam realiti..

hans said...

nice entry
teringat aku filem Aku Bukan Bodoh bila baca entry ko nih

P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

Mimie said...

Allah lebih sayangkan kimi

sri said...

kesiannye kimi.. apa penghabisan cerita dia>?

Fxysche Nas said...

Kesiannye kimi
lain kali kimi patut minta hadia mahal2 agaknye.
hehehhee

Cikbelog said...

uwaaa kesian kimi. Sampai ati mak pak dia..huhuu

vampire's lovex said...

ouhhh...sad

ijatnuar87 said...

seriyes cakap, mmg xsuker baca citer ginih, sebab sedih...huhuhuh...gini la jadinya kalu terlalu mengejar dunia yg sementara...

Grosir Mainan said...

wah kasian juga.. bagaimaa hendaknya akhir ceritanya kelak.. sedih saya baca cerita ini

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates