Sep 30, 2010

cheF leLaki lagi RaMai??

Tiap kali aku gi makan nasi goreng kat kedai je, aku mesti jenguk kot dapur diowang, aku suke sangat tengok kegiatan dalam dapur kedai yang aku makan ni. tengok tukang masak memasak, mane la tau kan kot-kot tengah je aku duk tengok tu, ikan yang digoreng chef tu jatuh ke lantai.hahaha...

Da lame aku perhatikan ni, chef sekarang ramai di kalangan lelaki. tak kire la yang da glamour dan selalu masuk dalam skrin tv ke skrin laptop ke tak pun yang keje nye memasak di kedai-kedai makan. Semua lelaki. Jarang sangat sekarang ni aku tengok pompuan yang jadi tukang masak.

Same la jugak kat tempat  aku study sekarang, ramai lelaki yang ambik kos memasak. Pompuan pun tak kurang hebatnya. Dulu-dulu aku ingat bidang masak-memasak ni pompuan je yang boleh takluki, tapi sekarang aku baru tahu yang lelaki pun ramai yang hebat dalam bidang ni. Sorry la, bukan aku nak cakap lelaki je yang suke memasak, tapi  korang cube perhatikan kat kedai-kedai makan sekarang, rilex je lelaki masak, aku rase kalau aku selisih kat  tepi jalan pun aku tak syak yang beliau-beliau ni terer gile bab memasak.


ok2, jom korang berpikir sejenap ngan aku. Selebriti chef sekarang pun ramai dikalangan kaum laki kan. Tengok la Chef Wan, satu dunie da kenal dia, Chef Ismail pun ape kurang nye, da ade restoran sendiri iaitu Restoran Rebung.


chef Wan..


chef ismail
Ok, aku nak terbang gi ke luar negare jap. Ade sorang mamat ni memang da dikenali ramai dengan ketegasan dan kegarangannya dalam kitchen. Dan aku sendiri pun memang rase die ni memang hebat la. Mamat yang aku maksudkan ni ialah Gordon Ramsay yang dalam Hell Kitchen tu.
mamat garang ni name die gordon ramsay

aku rase sape yang masuk kitchen die ni memang akan jadi gile la, dengan kene maki la macam-macam yang die buat.
Ayat-ayat  yang keluar dari mulut die pun tak kurang hebatnye. ayat yang boleh wat kite sume naik darah dan rase nak bunuh je mamat ni..hahaa
mulut die ni mungkin da tak de penapis kot, main hentam je ape yang nak die cakap atau marah.
kadang-kadang aku yang tengok Hell Kitchen ni pun ase gak takut ngan dia ni, tataw la camne lau aku yang ade lam kitchen tu, mungkin tak pasal-pasal aku jadi parkinson, tangan terketar-ketar je nak pegang pisau..


Aku yang 3sem belajar memasak di  UiTM ni pun rase takut bile lecturer yang garang gile ngaja kitorang. Kena marah sebab tersalah dan lambat wat kije tu memang da biase. Nasib baik semua tu da tak de, aku da tak belajar masak lagi sebab aku kena masuk ke dapartment lain pulak...
Untuk pengetahuan korang, lecturer yang ngaja kitchen kat tempat aku pun ramai yang lelaki, yang chef di hotel UiTM pun.
Pompuan pun ade, tapi tak la seramai bilangan laki lagi. orang laki sekarang lebih suke pegang senduk kot.hahahhaa.....

Ape-ape pun aku rase sekarang ni ramai laki lagi yang bergelar "chef" daripade pompuan. Kalau aku tersilap fakta ke atau korang rase sebenarnye pompuan lagi ramai yang jadi chef, sila la komen aku, boleh jugak kite berkongsi info....

Ok,sekian sudah pendapat aku kali ni..
Salam...


4 comments:

Mario said...

ye kot tapi itu klu tak termasuk surirumah...chef pro mmg ramai lelaki...sbb pompuan jarang nak jadikan chef sbgai kerjaya...agaknye la...hehe

CIK TOM said...

memang ramai chef yang femes ialah lelaki..pastu kebanyakannya personaliti agak lembut..kat kampung2 pun kalo tukang masak yang best untuk kenduri ialah lelaki..tak tahu la nape..hehe

Solihin Zubir said...

dah mmg terbukti lelaki nie terer masak.. hahha..
terbaek ah! :D

Mimie said...

Terbukti lelaki suka makan dekat rumah sebab isteri dia yg masak.kalau lelaki yg suka makan kat kedai tu maksudnya dia xda isteri lagi.sebab lelaki lebih suka air tangan perempuan.lagi2 isteri dia.-so,memang lelaki byk jd chef,tapi sebenarnya perempuan@suri rumah tangga sangat terer masak tapi dia simpan ketereran itu hanya utk suaminya.isteri mithali kan?keke

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates