Sep 15, 2010

Benarkah HANTU da di ikat???

Bulan pose bulan yang paling mulia untuk kita mempertingkatkan lagi ibadat kita kepada ALLAH S.W,T.
Pasal  bulan puasa ni, kita pernah dengar satu benda dan benda ni akan menggembirakan hati manusia yang penakut dengan kewujudan hantu. Sebenarnya aku pon takut gak weii....
Kita dari kecil lagi duk dengar kalau bulan puase,hantu-hantu kena ikat.
Dalam kepala otak aku masa tu, duk bayang, hantu kena ikat kat pokok je..macam ni..


Encik hantu diikat

Bila je bulan puase, aku takut sangat nak lalu tepi pokok-pokok. bukan apa,cuma takut kot-kot hantu tu duk mintak tolong aku suh bukak  ikatan tu.mampus aku.mau aku lari sampai kecik kepala aku nih.
Kadang-kadang pernah gak aku baling mercun kat tepi-tepi pokok tu, dengan harapan biar hantu tu terkejut sampai melatah-latah...,
aku ni bukannya berani sangat. aku ni penakut, bila bulan puase je baru berani nak gi mane-mane sorang-sorang, lau tak memang la takut..
Aku rasa korang pon same kan, sebab apa? sebab nya, dalam kepala otak kita dah set hantu tak de bulan pose ni..tol tak??

Tapi aku ade gak dengar-dengar yang walaupon hantu da diikat, tapi syaitan ramai lagi tuk hasut-hasut manusia. hasut tuk mencuri, dan sebagainya yang tak berfaedah.

Dalam U aku sendiri pun banyak syaitan-syaitan ni walaupun bulan puase.
Tak silap aku dalam seminggu sebelum cuti hari raya, kolej yang aku menetap, macam-macam cerita yang timbul, semua nya pasal pencuri.
Ada yang hilang laptop, handphone, kamera dan duit tu tak payah nak cakap la.
Aku tak tahu la kenape spesis ni boleh terlepas daripada kena ikat.



Tapi aku ada lagi satu cerita yang agak menarik dalam bulan puasa ni.
Benda ni terjadi dalam lebih kurang seminggu sebelum cuti raya gak,benda ni jadi masa aku dan mamber-mamber nak sahur.
Aku masa tu ditugaskan untuk pergi ke dining kolej lain tuk beli ayam tuk makan sahur.
Aku pergi dengan mamber aku dan terpaksa melalui jambatan dan jalan-jalan yang boleh dikatakan keras, iaitu berpenunggu bukannya keras sebab diperbuat daripada simen.

So,sebab bulan puasa, kitorang agak berani la tuk menceluparkan mulut.
Atas jambatan tu,kitorang bercakap pasal hantu, buat lawak bodoh sambil gelak-gelak, semuanya itu berunsurkan mencabar dan memperlekehkan spesis yang bernama "hantu"..

Kitorang pun selesai la daripada membeli laut-paut tu,dan balik la ke bilik tuk bersahur bersama-sama.
Sambil sahur tu, topik yang hangat kitorang cerita tadi dibuka semula dan lebih rancak lagi la sebab duk lam bilik. Tengah duk syok tu, tiba-tiba pintu bilik yang hanya terbukak sikit je tu, tertutup dengan kuat sekali.
Cube korang bayangkan la, masa tu dengan angin pun tak de, orang kat lua pun tak de sebab masing-masing duk lam bilik, tibe-tibe pintu yang hanya sikit je terbukak boleh tertutup dengan kuat sekali.

Tadi punya lah berani sorang-sorang, tapi sekarang muka sorang-sorang da macam mayat,
pucat lesi,tak de darah..sorang pun tak dapat cakap apa-apa.
Demi tuk elak daripada benda tu membelenggu kami lagi, kitorang pun minta maaf dan yang paling sengal nya, kitorang siap puji-puji pulak hantu tu.
Nak bodek la konon nya..

Selesai je sahur dan solat subuh, masing-masing da macam tak boleh nak lelapkan mata.
Hari minggu boleh la sambung tido lagi...
Biasa nya macam-macam cerita dibuka tuk lelapkan mata, tapi hari tu, masing-masing diam je tengok siling dan tengok kot-kot ada cicak yang lalu-lalang.

Dari hari tu, aku terpikir, ape sebab nya pintu tu boleh tertutup dengan tiba-tiba.
Betul ke malam tu, kitorang dimarahi penunggu yang tinggal kat situ.
Sebab nya kolej yang kitorang tinggal tu, di antara kolej yang tersohor dengan usikan penunggu.

Start je hari tu, aku da macam takut da nak cakap-cakap celupar macam malam tu,
walaupun bulan puase sekali pon.
Tak tahu la ape nak jadi pas ni bila kitorang masuk balik kolej tu setelah cuti da habis nanti.
Nanti, kalau ada apa-apa lagi, aku akan ceritakan kat sini.....

Sekian aku berceloteh........


2 comments:

Mimie said...

Penakut gak gemok sorang ni eyh?

Hishyamuddin said...

eleh,,xde nye nak takut2 ni...

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates