Amacam bro??manyak handsome tak aku??
Aku rasa antara aku ngan korang, handsome aku lagi..mungkin itulah kata-kata seekor monyet bila gambar nya di ambil dan mungkin dia merasakan yang dirinya paling bahagia atas bumi ini.
Sambil melakukan posing-posing maut yang lagi banyak...
Tiba-tiba je aku bercakap pasal binatang ni kan.
Sebenarnya, kadang-kadang aku rasakan binatang yang bernama "monyet" ni pandai jugak.
Ada jugak di antara keluarga beliau yang berbakat yang telah menjadi artis dalam sarkas-sarkas untuk pertunjukkan.
Bermacam-macam posing yang makhluk ini boleh lakukan untuk membuat manusia ketawa.
Aku pun ada gak terpikir, yang binatang ni bijak jugak,
Sebabnya, beliau boleh di ajar dan pandai pulak mem"praktikkannya"
Hahahaa...aku rasa kalau binatang ni boleh masuk sekolah dan Universiti, mesti bijak dan mesti ada di antara mereka yang boleh jadi pegawai-pegawai besar, seperti CEO ke..
CEO salah sebuah syarikat di ibu kota |
Hah...apa yang aku duk mengarut ni, jauh sangat da aku pikir ni...
Ok, korang tahu tak mana kebijakan makhluk ini??
Haaaa...aku percaya lah, tak ramai di kalangan korang yang tahu membezakan tentang buah kelapa.
Mana yang tua dan mana yang masih muda kan??
Tapi, mereka-mereka ini boleh membezakan buah ini dengan mudah sekali.
Dengan sekali je arahan daripada "tuannya", mereka boleh memberikan korang buah kelapa yang terbaik dari atas pokok tu..tol tak??
Dan yang paling hebatnya, beruk atau monyet ni boleh faham bahasa tuannya ni, bila tuannya suh pilih buah yang camne terbaik. Dan ada tu, siap boleh bersembang-sembang lagi antara mereka.
ish3, macam-macam keistimewaan yang ada atas muka bumi ini, semua nya anugerah dari ALLAH s.w.t..
Agaknya apa yang monyet tu mengadu?? |
Pernah tak korang pergi satu tempat yang banyak monyet berkeliaran ni. Aku ingat lagi masa aku pergi berkelah ramai-ramai bersama kawan-kawan aku.
Kejadian ni berlaku di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Kat sana, memang la banyak keluarga monyet ni berkeliaran tuk menanti kot-kot ada manusia bagi mereka makanan.
Dia mengamuk, habis pengunjung yang lalu lalang tepi pantai tu, kena kacau..
Kebetulan aku ngan mamber-mamber tengah je merempat kat kawasan tu.....
Tiba-tiba datang la sekor monyet dengan harapan kami bagi sedikit makanan,
masa tu aku rasa macam makhluk ni cute semacam je, aku bagi la secebis roti yang aku tengah makan, makhluk tu, makan...
Dan tiba-tiba, makhluk tadi memanggil semua keluarga mereka ni datang kat kitorang....
Apa lagi, kalau dengan sekor monyet, mungkin boleh lagi aku memberanikan diri tuk bagi makanan, tapi da kalau sekeluarga datang tuk bermanja-manja ngan kitorang,
Apa lagi,,,,cabut laa!!!!!!!!!!!hahahha..gila lau duk biar je makhluk-makhluk ni duk bermanja-manja ngan kitorang..
Ramai kot yang tengok masa kitorang duk lari dari makhluk ni.
Jatuh saham sorang-sorang, dan ada jugak pengunjung kat situ yang gelakkan kitorang.
Apa lagi, malu la kitorang, dan da tak de mood nak beriadah kat pantai ni, kitorang terus je chaw gi tempat lain.....
kegembiraan bila dapat makan |
Apa yang aku duk bayangkan kejap |
Hemmmm......Aku pun da banyak sangat mengarut ni, dan apa entah yang aku duk ngarut ni..
Apa-apa pun kisah aku tadi tu akan aku ingat sampai bila-bila.
Jadi sayangi lah binatang walaupun apa pun mereka dan selagi dia tidak membahayakan nyawa kita, jangan lah kita menganiayainya.
Sesungguh pun, dia pun makhluk ciptaan ALLAH s.w.t
Ok,sekian sudah aku mengarut kali ni..
Sekian..
2 comments:
hensem spek dy.
hahaha...bkenan ke ngan cik nyet tu??
Post a Comment