Sep 20, 2010

apa yang aku duk ngarut ni????





Amacam bro??manyak handsome tak aku??
Aku rasa antara aku ngan korang, handsome aku lagi..
mungkin itulah kata-kata seekor monyet bila gambar nya di ambil dan mungkin dia merasakan yang dirinya paling bahagia atas bumi ini.
Sambil melakukan posing-posing maut yang lagi banyak...

Tiba-tiba je aku bercakap pasal binatang ni kan.
Sebenarnya, kadang-kadang aku rasakan binatang yang bernama "monyet" ni pandai jugak.
Ada jugak di antara keluarga beliau yang berbakat yang telah menjadi artis dalam sarkas-sarkas untuk pertunjukkan.
Bermacam-macam posing yang makhluk ini boleh lakukan untuk membuat manusia ketawa.
Aku pun ada gak terpikir, yang binatang ni bijak jugak, 
Sebabnya, beliau boleh di ajar dan pandai pulak mem"praktikkannya"
Hahahaa...aku rasa kalau binatang ni boleh masuk sekolah dan Universiti, mesti bijak dan mesti ada di antara mereka yang boleh jadi pegawai-pegawai besar, seperti CEO ke..

CEO salah sebuah syarikat di ibu kota

Hah...apa yang aku duk mengarut ni, jauh sangat da aku pikir ni...
Ok, korang tahu tak mana kebijakan makhluk ini??
Haaaa...aku percaya lah, tak ramai di kalangan korang yang tahu membezakan tentang buah kelapa.
Mana yang tua dan mana yang masih muda kan??
Tapi, mereka-mereka ini boleh membezakan buah ini dengan mudah sekali.
Dengan sekali je arahan daripada "tuannya", mereka boleh memberikan korang buah kelapa yang terbaik dari atas pokok tu..tol tak??
Dan yang paling hebatnya, beruk atau monyet ni boleh faham bahasa tuannya ni, bila tuannya suh pilih buah yang camne terbaik. Dan ada tu, siap boleh bersembang-sembang lagi antara mereka.
ish3, macam-macam keistimewaan yang ada atas muka bumi ini, semua nya anugerah dari ALLAH s.w.t..

Agaknya apa yang monyet tu mengadu??




Pernah tak korang pergi satu tempat yang banyak monyet berkeliaran ni.  Aku ingat lagi masa aku pergi berkelah ramai-ramai bersama kawan-kawan aku.
Kejadian ni berlaku di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Kat sana, memang la banyak keluarga monyet ni berkeliaran tuk menanti kot-kot ada manusia bagi mereka makanan.


Tapi, kebetulan masa aku pergi tu, tak de orang yang bagi mereka makanan kot.
Dia mengamuk, habis pengunjung yang lalu lalang tepi pantai tu, kena kacau..
Kebetulan aku ngan mamber-mamber tengah je merempat kat kawasan tu.....
Tiba-tiba datang la sekor monyet dengan harapan kami bagi sedikit makanan,
masa tu aku rasa macam makhluk ni cute semacam je, aku bagi la secebis roti yang aku tengah makan, makhluk tu, makan...
Dan tiba-tiba, makhluk tadi memanggil semua keluarga mereka ni datang kat kitorang....

Apa lagi, kalau dengan sekor monyet, mungkin boleh lagi aku memberanikan diri tuk bagi makanan, tapi da kalau sekeluarga datang tuk bermanja-manja ngan kitorang,
Apa lagi,,,,cabut laa!!!!!!!!!!!hahahha..gila lau duk biar je makhluk-makhluk ni duk bermanja-manja ngan kitorang..

Ramai kot yang tengok masa kitorang duk lari dari makhluk ni.
Jatuh saham sorang-sorang, dan ada jugak pengunjung kat situ yang gelakkan kitorang.
Apa lagi, malu la kitorang, dan da tak de mood nak beriadah kat pantai ni, kitorang terus je chaw gi tempat lain.....

kegembiraan bila dapat makan
Aku ngaku, memang hari tu memang aku rasa marah gile kat makhluk ni, rasa macam nak gi wat report je kat balai polis berdekatan. dan dimasukkan dalam lokap sebab ganggu ketenteraman awam.
Apa yang aku duk bayangkan kejap
Tapi, nasib baik aku masih lagi waras tuk guna akal fikiran aku ni. Makhluk itu hanya lah binatang yang ingin di sayangi dan bukan untuk dianiayai...
Hemmmm......Aku pun da banyak sangat mengarut ni, dan apa entah yang aku duk ngarut ni..

Apa-apa pun kisah aku tadi tu akan aku ingat sampai bila-bila.
Jadi sayangi lah binatang walaupun apa pun mereka dan selagi dia tidak membahayakan nyawa kita, jangan lah kita menganiayainya.
Sesungguh pun, dia pun makhluk ciptaan ALLAH s.w.t

Ok,sekian sudah aku mengarut kali ni..
Sekian..


2 comments:

aNySs said...

hensem spek dy.

Hishyamuddin said...

hahaha...bkenan ke ngan cik nyet tu??

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates