Sep 19, 2013

Roda itu bulat.. Bertabah dan Redha atas segala ketentuan Allah..




RENUNGKANLAH….

Kekadang kita berasa begitu bahagia apabila kita berada di atas..
Tetapi ingatlah Kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berkekalan untuk selamanya.
Dan ingatlah pasti suatu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga…
Kerana hidup ini ibarat roda….

Oleh itu bersedialah untuk berada di kebawah semula…
Kerana  cepat atau lambat ia pasti akan tiba……
Jika kita sudah jatuh kebawah..
Janganlah kita bersedih dan berputus asa..
Sebaliknya cepat-cepatlah kita bangkit untuk naik keatas semula…

Dan  janganlah kita beranggapan jika kita jatuh sekali, kita akan jatuh selamanya..
Kerana pasti suatu hari nanti kita pasti akan naik keatas semula…
Tetapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga…
Seperti roda… jika kita tidak memutarkannya pasti ia tidak akan bergerak…
Begitulah juga bagi kita.. jika kita tidak mahu berusaha..
Tidak mustahillah jika kita berada di bawah sahaja…
Dan jika kita selalu berusaha,  tidak mustahillah bagi kita untuk berada di atas dalam tempoh masa yang lebih lama.




"saat jatuh, semestinya kita merasa sedih, dan kecewa. jangan pula kita sesekali fikir yang Allah tidak menolong kita, tetapi semua ini terjadi kerana ada hikmahnya. banyakkan berdoa, dan tambahkan usaha kita untuk bangun kembali"


6 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamuaalikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, jatuh bangun, suka duka dalam kehidupan adalah juga asam garam sebagai pencabar untuk kita insan biasa menerima kadok dan kadar dari Nya tanpa putus asa..

Mizzi Ifwat said...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com

kacang buncis said...

salam
Allah s.w.t sentiasa ada dgn kita
trima kasih atas info ini

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terima kasih di atas perkongsian ini.. sangat bermanfaat..

Ida Syuhada said...

Dalam hidup kita, sekurang2nya sekali kita akan melalui masa sukar. Kalau hari ini kita senang, suatu masa nanti, pasti akan melalui masa sukar. Kalau hari ini sentiasa di dalam sukar suatu masa nanti pasti akan merasa senang jua. Allah itu Maha Adil.

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates