Aug 24, 2013

sebuah kehidupan, belajar bersyukur..



Masa duk sekolah rendah adalah kehidupan yang paling ohsem bagi aku. Best memang laaa, sebab pergi sekolah bukannya nak fikir nak belaja sangat pun, fikir nak main, tak ada cikgu dalam kelas, macam-macam aktiviti akan dibuat, masa rehat makan cepat-cepat sebab nak sambung main, lepas je masa rehat sorang-sorang bau macam belacan, lebih teruk dari tu..tak kisah pun masa tu bau busuk pun, nama lagi bebudak kan?kau tak yah nak perasan kau sentiasa wangi la masa sekolah rendah..menyampah..


Alamak, kejap lagi cikgu garang nak masuk mengajar.. berdebar jap sebabnya kerja sekolah tak pernah buat, ke sekolah, pagi-pagi buta, 1st kerja adalah tiru kerja bebudak perempuan. tak nak bagi? memang tak boleh belajar ngan selesa la kau..haaa..kau ingat aku baik? masuk darjah enam baru nak study, tu pun setakat ambil syarat, bukak buku kejap *berlakon study depan mak bapak*..tak pernah buat? bohong!!



Yesss!! Form 1..dapat pakai seluar warna hijau.selamat tinggal seluar biru.. zaman ni dah start kehidupan baru, masa ni baru fikir nak study, tu pun sikit je kot. Zaman ni orang cakap "bebudak baru nak up", yela bajet dah besar, yang sebelum ni tak bermisai, dah bermisai, tak "berambut" dah "berambut".kahkahkah..


Masa ni mula la perangai miang-miang kucing, pantang tengok bebudak perempuan cantik,mula lah nak bengong fikir nak ngorat, tak fikir yang hidup ni 100% mak bapak tanggung, ada hati nak tanggung anak orang kan? ni zaman cinta monyet, tapi sekadar usik-usik je la.dah nama nakal kan? baca elok-elok "nakal", bukannya "jahat"!!


Serabut rasa dengan zaman ni, kena pakai baju sekolah, kena bangun awal pagi, kena kongkong, bla bla bla bla.. Kami remaja mahukan kebebasan!!! masa bapak lama nak berputar, tak sabar rasanya nak habis zaman ni. SPM ooo SPM cepat la kau datang, aku dah tak nak duk zaman sekolah, aku nak bebas la !!



trettttttttttttttt!!! treettttttttttt!!! treeettt!! kamu semua boleh berhenti menulis. tunggu sehingga pengawas selesai ambil kertas jawapan dan kamu boleh bersurai.. WOIIIII!!!! happy gila babi la woiiii, zaman sekolah dah habis..kahkahkah.. aku bebas, aku bukan lagi budak sekolah..aku dah besar, aku boleh buat apa saje, nanti aku akan kerja, ada duit sendiri, nak tolong mak bapak aku..best la...




Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tawaran masuk ke universiti, UiTM.. dapat jugak aku sambung study, ada rezeki, boleh jugak aku merasa kehidupan budak "U". dah lama mengidam kot, tengok cerita dalam TV macam best gila je kehidupan dia..ini lah yang aku nak, dah lama tunggu, Alhamdulillah ya ALLAH!!





Assignment A kena hantar esok, B lusa, C pun lusa.. esok pulak ada test, 2 test pulak tu..erghhh!!! mana satu aku perlu buat ni? nak sentuh yang mana 1? adoiyaiii..peningnya.. Lecturer bagi 2 bulan dah assignment ni, baru teringat, best sangat enjoy ngan kawan-kawan..padah padah padah!!




Hurmm..bestnya zaman sekolah dulu, zaman sekolah rendah, tak yah fikir pasal tekanan, tak lulus exam, fikir main je.. hurmm..bestnya zaman sekolah menengah, aku tak kisah lah cikgu garang pun, janji bukannya tekanan macam ni..adoiyaii..  sekurang-kurangnya zaman sekolah ada tekanan pun, boleh lagi gelak2 ngan kawan2 ronda2 sekolah ala2 pak guard..tak kisah lah, buat je la setakat termampu assignment ni, tak sabar nak grad cepat2, kerja ada duit sendiri lagi senang!





Alhamdulillah habis jugak study, boleh bebas jap dari tekanan..lepas ni aku nak enjoy carik duit sendiri, nak tolong family. tak lah stress sangat, tak ada yang nak marah2 , cikgu, lecturer semua dah tak ada dah nak marah aku. kahkahkah... ada duit, aku nak belanja familiy, bagi kat mak bapak aku, beli kereta besar, rumah besar, dan nak kahwin..woh..syoknye hidup camni...yihaaa!!





"kenapa lah bulan ni tak ada sales"..  tak apa la, aku nak sudahkan dlu order ni, siapkan dulu, nanti customer bising-bising pulak, susah.. "kringg kringg kringgg" hello boss, ye boss, sorry boss, saya cuba boss, maaf boss, ok boss, waalaikumussalm.. hurmm.. aku nak siapkan dulu order yang ni bagi customer, boss pulak call marah-marah cakap aku tak buat sales la apa la, kalau aku keluar buat sales, barang ni tak siap, kalau aku duk ngadap buat barang ni, sales tak ada, kena marah-marah.. adoiii.. aku nak zaman "u", nak sambung belajar!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




 *Manusia susah untuk bersyukur keadaan dia sekarang, tapi selepas semua itu berlalu, baru dia akan sedar akan nikmat sewaktu dulu, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sekarang.*


No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates