Nov 2, 2012

SPM oh SPM

 
 
 
Musim atau demam SPM dan STPM sudah tiba, bagi mereka yang bergelar calon peperiksaan sedang mencuba sedaya upaya untuk membuat persediaan yang rapi, tajamkan pensil, tajamkan otak dan sebagainya. teringat pula zaman aku dahulu sebagai calon SPM, hari2 yang berlalu terasa bagai "erghhh..jadi apa lah aku lepas ni, perdana menteri atau CEO syarikat besar, tapi cita2 aku dari kecil ingin menjadi Sultan, tapi kebodohan cita2 aku itu tak lama, sebab aku dapat tahu rakyat biasa tak boleh jadi raja.
 
 
 
 
 
 
Aku menduduki SPM pada sekitar tahun 2007, pada bulan ramadhan, terasa diri ini lemah kerana tidak dapat menghirup air ketika menjawab soalan untuk elakkan mata berair kerana mengantuk. Aku biasanya akan menghabiskan sedikit masa ketika menjawab soalan untuk makan gula2 hacks atau minum air. apabila korang makan hacks, minum air mineral yang tak sejuk akan merasa sejuk, itu yang aku rasa ajaib pada ketika itu.
 
 
 
 
 
Kebiasaannya hari sebelum exam, semua  student akan merasa tekanan untuk membaca semua bab yang ada di dalam buku teks, dan ditambah lagi tekanan bila buku teks diconteng pada tempat2 fakta yang penting. Pada malam sebelum exam, aku akan menghabiskan sisa2 masa aku di atas tilam, sambil tangan di atas dahi, aku akan berfikir banyak perkara.
 
 
 
1-  macam mana cara untuk memecah masuk ke dalam bilik kebal. (tempat letak soalan peperiksaan)
2- Menunggu dan berharap panggilan telefon oleh cikgu, untuk memberitahu soalan bocor untuk esok hari.
3- pejam mata dan cuba menggerakkan hati supaya datang soalan pada esok hari.
 
sumber
 
 

 
aku akan melakukan aktiviti ini sampai aku tertido, dan bila bangun dari tido.. demm!!!! aku tak study apa2 lagi, dan terus bangun study sehingga tiba masa untuk ke sekolah, dan ketika itu, aku rasa mahu meletakkan jawatan aku sebagai pelajar dengan bernotis 24jam! Nasib baik soalan yang keluar yang biasa aku jawab..
 
 
 
Tapi Alhamdulillah, keputusan aku tidak mengecewakan, dan dapat menyambung pelajaran ke universiti tempatan.. buat yang terbaik dalam hidup anda!!!
 
 
 
Arahan keras!! + Jangan menangguh masa untuk ulangkaji, nanti tertewas di tilam sendiri!!
 
 
 
 
 





No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates