Sep 11, 2012

Jangan nak sombong dengan pangkat dan status anda



Nak dapatkan pangkat dan status yang tinggi bukannya mudah, berbaldi peluh menitis, bertahun masa diambil, baru lah dapat pangkat tinggi daripada boss besar, tu bagi yang makan gaji, yang kerja sendiri pun sama, bukannya mudah bila berpangkat tinggi ni..


ramai yang riak dan sombong bila dah berpangkat, tuhan nak uji kita dengan pangkat yang kita ada, tapi kita tak perasan, gelap mata la kononnya, terasa diri ni berpengaruh, boleh buat keputusan sesuka hati bapak tiri belah mak laki dia. bila dalam kesusahan, baru la nak berbaik dengan yang berpangkat rendah daripada beliau, untuk minta tolong itu dan ini..


tapi ada juga yang berpangkat dan status dan berpengaruh besar, tapi tak salah gunakan apa yang tuhan berikan untuk dia. bukannya terjejas pangkat tu kalau merendah diri, dan tak sombong, sikit pun tak luak, pangkat pun tak terjejas..



:-)


sehebat mana pun kita di dunia, kain putih akan membalut badan kita, dan di dalam kubur juga tempat kita nanti..




3 comments:

norazis said...

kat dunia jer membezakan taraf kita...dah mati nanti sama jer bawa kain putih..nauzubillah..

KN said...

kat dunia jer yg membezakan taraf kita..mati nti sama2 bw kain putih..

Mummy Adriana said...

memang sama pon semua manusia ni..yang membezakan hanya iman & amalan :)

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates