Jun 3, 2012

ada akaun Facebook dan Twitter, baru ada gaya.



budak2 zaman sekarang ni, tak cukup satu tempat kau nak bersosial, paling bodoh pun, mesti ada 2 tempat nak bersosial..maksud aku bersosial tu bukannya kena pergi kelab malam, duk hangguk2 kepala macam orang yang tak cukup sifat, tapi laman sosial.. sudah kebiasaan, ramai yang ada 2 akaun, facebook dengan twitter.. apa kejadahnya ada 2 akaun? mereka ada sebabnya..



FACEBOOK

Sekarang, bukan anak2 muda je yang ada facebook, mak bapak, atuk, nenek pun ada. kelas tak kelas mereka ikuti kemajuan semasa ni. petang2 tengok nenek duk depan komputer, mengadap facebook, tanam sayur katanya. mampu?

setelah buat kajian yang teliti dan penuh bersemangat, aku mendapat jawapan kenapa mereka mesti ada 2 tempat untuk bersosial..



- kalau dah mak, ayah pun ada facebook, mana lah boleh kalau nak update status yang jiwang2, 
nanti nye kau tak dapat online lagi, laptop ditarik, blackberry dirampas.

- tak boleh nak senang2 menyumpah seranah sesuka hati. kalau la orang yang kau sumpah baca, matilaaa..dia tak ada dalam twitter? sumpah kat sana je..

-update status FB 2minit sekali, dalam sehari update 20 status.. tak ke gila namanya?
kawan2 baca pun menyampah tahap tenggiling..




TWITTER

- Twitter juga dikenali sebagai tempat meluah perasaan, kau cakap la apa sekali pun, 
jangan nak fitnah bukan2 sudah, kang ada yang kena hentam pulak.

-Bosan di twitter, boleh la bukak FB, main game, tanam sayur katanya.

-susah nak jumpa mak ayah yang ada akaun Twitter, dan ramai yang ambil alternative
untuk meluah perasaan di sana.. walauuuuuuuuuuu talipon ada untuk sms..




banyak lagi laman sosial yang ada sekarang ni, aku malas nak follow sangat, yang tak elok lagi banyak dari yang elok..pandai2 lah memilihnya..korang dah besar kan? ada akaun facebook dan twitter, baru ada gaya!! ptuihh..haha.. ni aku cakap untuk aku sendiri..






2 comments:

Ayuni said...

kurang suka FB, jadi tempat mengutuk org....

Mawar berduri said...

cuma ada blOg terburuk ni jer .. huhu~

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates