aku yakin yang ramai antara kita mudah percaya dengan apa2 berita yang disampaikan. tak kira lah daripada internet, surat khabar atau apa2 pun kan. sedang korang best duk layan muka buku, kawan korang post satu berita kat dalam blog tentang " hishyamuddin bercinta dengan neelofa". baca pun belom habis, dah heboh nak ceritakan kat kawan2 yang lain, tangan duk gatal nak tekan share. menyampah, siasat la dulu weyh sebelum nak sebar tu, jangan la nak percaya bulat2 sangat!
bukan berita tu saja, berita tentang politik contohnya, pemimpin ni tumbuk pemimpin tu, dan kita pun update status muka buku.. "bangang la pemimpin A ni, tumbuk pemimpin B, perangai macam harumm, cilaka lah! weih..kau siapa nak cakap dia cilaka? kaji selidik dulu betul atau tak sebelum nak sebar. kalau berita tu fitnah macam mana?
moral : jangan sesekali percaya bulat2 dengan maklumat kat depan mata tu. sekarang pun maklumat bersepah yang mengarut! nak jatuhkan orang lain dengan fitnah2 hina dan berita yang kita sendiri tidak tahu daripada mana sumbernya. kita sekarang bukan lagi bodoh untuk percaya benda macam tu, kaji dulu dan guna akal fikiran tu sebelum bertindak.. hati2 membaham maklumat bak kata mat luthfi.. peace!!
No comments:
Post a Comment