Mar 24, 2012

titik permulaan sudah bermula!



result SPM baru je keluar kan.. tengah panas2 lagi tu, kalau yg bergembira, senyuman rapat ke telinga lagi tu haa..duk sengih2 tengok result, TAHNIAH... adik2 kita mula menunjukkan kehebatan, dan selamat melangkah ke alam baru lepas ni ya, alam Universiti yang lagi mencabar minda dan fizikal..heh3..



tapi, ada juga yang sedang bersedih, berduka lara, tak mahu makan, tak mahu tidur, dan hanya air mata yang menjadi teman seharian.. eh, tak elok la macam tu kan, sabar, semua ni terjadi mesti ada hikmahnya, pikir positif, ini bukan titik akhirnya segala-galanya, tapi ni adalah titik permulaan untuk segala-galanya.



ada yang berfikir, bila result SPM teruk, masa depan juga akan teruk dan hancur, tak boleh masuk U, tak boleh kerja dan berpangkat besar, dan hidup akan sengsara selama-lamanya.. eh, nujum pak belalang ke yang cakap ni semua? dia boleh tahu ke yang masa depan kita akan hancur n bla bla bla bla tu? buang ke tong sampah je lah dengan kata-kata tu..




aku bukannya sehebat, pandai, otak geliga n whatever lah, aku tak pandai pun. result pun tak lah gempak sampai boleh masuk dalam paper sambil cium mak dan ayah. pada mulanya memang lah kita sedih kan, tak boleh nak elak benda tu, tapi sampai bila kita nak sedih dengan benda yang dah lepas. membazir!!




titik permulaan sudah bermula, letak target hidup anda, dan cuba dapatkannya.tak kira lah, nak sambung belajar ke form6 atau nak terus sambung ke kolej swasta. tak berjaya di dalam akademik, tak bermaksud akan gagal selama-lamanya.. muka bumi Allah S.W.T ni luas, macam2 ada kalau pandai kita mencari dan usaha betul2.


dont cry..be positive..
failure doesnt mean u are a failure..
it does mean u havent succeed yet..
failure doesnt mean u dont have it..
it does mean u have to do something in a different way!! ~nurul







No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates