Mar 30, 2012

cara untuk menghapuskan jerawat..selamat tinggal..



panas pada  petang ni  boleh menjejaskan kecergasan badan dan kecerdasan otak. milo ais, tea o ais, ribena o ais, dan macam2 jenis ais lagi dah berbaldi aku minum, nasib la perut ni tak buncit, kalo tak, berkain pelikat la aku petang ni...  dushh~ apa ke bengong intro macam ni..




aku mencapai remote kipas, dan aircond,  kesemuanya aku buat  paling sejuk walaupun aku tahu ni semua hanyalah panas dunia yang jauh untuk dibandingkan dengan panas api neraka. terasa nyaman bila udara2 tersebut masuk ke dalam celah celahan kain baju, dan ruangan kulit. aku lap muka sebagai  tanda lega, dan terhenti di satu tempat di muka..  aik, bila pulak ada jerawat di pipi ni.. tiba2 aku tersenyum, dan bukannya menjerit dan melaung2 sebab terkejut ada jerawat seperti iklan di TV. teringat pula pada zaman jerawat baru berjinak2 di muka ni..






bedak ni aku sapu di tempat jerawat tu mulai tumbuh dan ingin membesar  dengan sihat sambil  dalam hati ni aku cakap "padan muka kau jerawat, matilah kau!hahaha".. 





kadang2 ubat gamat ni yang jadi mangsa aku.. malam2 buta, aku masuk senyap2 ke dalam bilik hencek mak dan ayah, amik letak dalam poket. dan mulalah ubat gamat melekat di pipi dan jerawat aku ni. 





sebelum aku pencen di dalam arena perubatan ini, aku sempat sapu ubat gigi di jerawat.. hahaha..bengong! pedih la weih!!




sekarang aku sudah insaf dan sudah pencen daripada gejala2 menghapuskan jerawat secara  memandai ni.  biarkan je lah, dia nak tumbuh.. see..sekarang  jerawat susah nak tumbuh, kalau ada pun sekejap2 je.. adakah ini kerana ubat2 aku yang dulu2  ataupun pencuci muka yang aku pakai ni memang berkesan? sama2 fikirkan benda yang tak  patut difikirkan ini yow!! selamat tinggal jerawat.hahahaha


*ehem3..dilarang meniru segala aksi dan cara perubatan aku ni, kerana tiada pengesahan dari doktor pun.. aku tak nak tanggung.. peace!!




6 comments:

aizul marcello said...

huhu..patut laa licin je muka! pakai minyak gamat rupanya..nak try la!

Unknown said...

#LOL of the day! xD

Hishyamuddin said...

@aizul marcello

try mandi ngan minyak gamat!hahaha

Hishyamuddin said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik

LOL :-)

Yaya_Lurve said...

errk? ubat gigi terus..hahaa..mmg confirm la pedih.jerawat tu jadi putih cam gigi dop? kehkehkeh

Hishyamuddin said...

@yAyA_LuRvE

gahaha..cubalah..anda pasti menyesal!!!

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates