Mar 2, 2012

Di antara alam kita semua..



banyak benda turun temurun yang dapat aku dengar. kadang kala terasa gembira bile mendengar dan berimiginasi, kadang kala, terasa boring nak mampus tahap kritikal bila mendengar.


ALAM PERSEKOLAHAN

" malas la nak bangun pagi, pakai baju uniform dan ke sekolah"

"bosan la perhimpunan ni, berdiri ramai-ramai dengar cikgu membebel ntah pape..!"

"saya dah besar lah cikgu, kenapa nak rotan saya pulak?"


bosan3.. lambatnya masa bergerak, tak sabar nak masuk alam universiti nih..mesti best, bebas, boleh buat apa sahaja. zaman persekolahan zaman paling boring lah !! 



ALAM UNIVERSITI

"tak kan la baru masuk sem dah ada assignment, madam? rilex lah, baru je nak lepak ngan kawan-kawan"

"arghhhh...sakit otak la aku dengan thesis ni, nak lepak dengan kawan-kawan pun tak ada masa!"

"alah, madam ni kedekut markah la, carried mark bapak sikit, susah la saya nak lulus paper ni"


sakit otak la.dah nak gila otak ni, jem, beku, tepu semua ada. alangkah bestnya bila boleh putar masa, best la zaman sekolah ni, boleh lepak ngan kawan-kawan, gurau-gurau..hmm..lambatnya tamat belajar, bestnya kerja, dapat duit, rilex..



ALAM BEKERJA


"mana kertas kerja yang saya suruh kamu buat itu hari?  lambat lah, sakit hati betul"

"alamak! boss dah masuk office, mati lah aku, report yang dia suruh, aku belum siapkan"

"keluar rumah pagi, ballik rumah malam. adoi, udah ler dalam seminggu cuti sehari je."



mana kawan-kawan aku selama ni? sudah bawak haluan masing-masing ke? lagi lah tak ada life sekarang, dulu walaupun busy, tapi tidak sebizi sekarang. kenapa lah dulu aku cakap zaman bekerja best, zaman belajar tak best. aku nih memang tak menghargai apa yang aku ada sekarang eh? bila tak ada cakap tak sabar, tapi bila dah ada, mengungkit pula, mengeluh.huhu



ALAM YANG WAJIB DIRASAI


kita tidak pernah terfikir, kita tidak meminta cepat, tetapi kita wajib ke alam ini, kita semua wajib! dulu di alam bekerja, kita cakap best bila di alam belajar, boleh bersama-sama kawan, kita boleh berhenti kerja, masuk universiti lagi untuk sambung belajar..tapi bila kita sudah di alam ini, kita TIDAK boleh berpatah balik..





setuju tak? bila dah bekerja, teringat zaman belajar.. manusia tidak pernah puas.. renung-renungkan. :-)





No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates