Nov 2, 2011

aku dan Aaron Aziz mengikut cerita emak aku

suatu petang aku terasa amatlah bosan, bosan sehinggakan aku tengok biawak yang melintas jalan pun terasa nak kejar dengan perasaan riang dan gembira.. bukak facebook, tak ada apa, bukak twitter, membebel jap, dan tutup..selongkar laptop ni, apa yang ada, dan teringin nak tengok filem KL Gangster kali ke 568..


aku play filem tu dengan menggunakan media player classic, dan filem bermula.. tiba2 mak aku datang dan berlabuh di sebelah aku..ok, tak apa, ada teman berbual.. dan keluarlah Aaron Aziz, maka bermulalah angan2 aku yang watak tersebut aku yang pegang..dan dalam masa yang sama mak aku mengeluarkan kata2.. haish, tak boleh nak menjiwai watak ni..huh


kamu tahu tak mak dulu masa muda2 selalu ke Singapore. honeymoon dan jalan2.. dulu Singapore tak macam sekarang, dulu mudah nak keluar masuk.. kata mak aku..dalam hati aku, ok sekarang ada 2 filem yang perlu aku hayati.. kamu kenal tak siapa yang dalam filem tu? orang Singapore tu kan? tanya mak aku.. hah? a'ah, kenapa dengan dia mak? tiba2 perasaan ingin tahu membakar dalam kepala otak aku ni..dan pelik, macam mana mak boleh kenal dia ni..


dulu mak ada kenal seorang orang Singapore, dia memang baik dengan mak dan suami mak tu, abah kamu la. kalau mak ke sana, mak mesti call dia, dan tumpang rumah dia, dia yang tunjukkan tempat yang menarik bla bla bla bla..ok, aku malas nak taip dan aku tak ingat apa yang mak aku cerita panjang2 tu haa. lama sangat ni intro wahai encik mak.. gertak hati aku..



................dan selepas 2, 3 kali mak ke sana, mak baru tahu mak ngan dia ada kena mengena. dah besar anak dia sekarang ni, popular pula tu, tak sangka.dulu mak yang mandikan dia, belikan dia gula2 dan bawak dia gi jalan sama2.. hahh, saya dengan Aaron ni ada kena mengena ke mak? tanya aku.. iya lah, kamu dan dia memang ada kena mengena. mak tengok kamu pun sama dengan dia tu haa..jawab mak aku..

sumber

aku kena minta maaf dengan ramai orang ni..dah ramai yang aku bagi penampar sebab cakap aku sama dengan dia, baru aku tahu kebenarannya sekarang..fikir otak aku sambil menyesali apa yang aku buat selama ini..


mak ni bia betul, kenapa mak tak bagitahu saya awal2 lagi? tanya aku dengan penuh penyesalan.. kamu yang tak tanya sebelum ni kan.. mak aku jawab sambil tersenyum..tapi aku masih lagi tak percaya..huh.. mak ni biar betul, dia tu siapa? sepupu saya ke? dan apa yang sama saya dan dia ni.. kepala aku bertambah bengong..


kamu dan dia memang ada kena mengena.. bukan sepupu la, bak kata pepatah orang veteran, bau2 belacan..hmm..betul ke tak mak tak tahu pepatah tu.. kamu dan dia kan saudara sesama islam, cucu cicik Nabi Adam a.s.. dan kamu dan dia ada satu persamaan, dia laki, kamu pun laki kan.. gelak mak aku sambil bangun dan terus keluar dari bilik aku.. pandai pula mak aku buat lawak ni..ingat sepupu aku la tadi..mood: kecewa tak ada motif..




"kita semua saudara, tak usah nak gaduh-gaduh ya!! peace yow!!"



7 comments:

✿ YaYa ✿ said...

kita saudara.. peace yaww! :p

blog-tips-kurus said...

keh! keh! keh! oh emak.. :-)

AfiQ said...

hahaahha/..boleh tahan kasar gak ur mom bergurau.. hahaha

محمد رازيق said...

hehe.. nice blog bro. jmput lwat:mrazqi88.blogspot.com

maisarah sarah said...

hahaha dh excited memula ye.hehehe

amy syahirah said...

haha kesiannyeee. baru nak perasan kannn..sy pon tdi mula2 bce cm excited je . hehe .

Meow Meow said...

LoL

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates