Oct 5, 2011

Tak Guna Ada Kawan Kalau....

semua orang ada kawan kan? ada yang tak ada kawan? tak tahu lah aku nak cakap apa kat kau. bukan manusia je yang ada kawan, kucing pun ada kawan apa, jalan sama2 pergi cari makanan, pas tu kena kejar anjing, berlari sama2..


best kan ada kawan, ada teman nak ajak berborak, minum air sama2, ajak main bola petang2, dan luahkan apa yang terpendam..jadi pendengar setia gituuww.. errk?


bergunakah kawan dalam hidup kita ni? besarkah makna kawan dalam hidup kita ni? kalau tak ada kawan kita boleh hidup dengan bahagia tak? jawapan aku, kawan amat penting..tapi tak guna kalau ada kawan yang makan kawan..kau, boleh blah kalau nak berkawan tapi untuk kepentingan sendiri..



  • apa gunanya kawan kalau kawan sendiri yang ajak kita berlawan? dulu ok je kan, duduk semeja, borak sama-sama, minum teh tarik gelas yang sama, sebab, tak cukup duit nak beli 2 gelas. sekarang kau nak tunjuk besar kepala kau sebabkan perkara remeh?
  • apa gunanya kawan kalau nak taburkan pasir  dalam periuk nasi kawan sendiri.  atas dunia ni banyak lagi rezeki, kita boleh cari sama2 kan? tapi kenapa nak tutup rezeki orang? kau tahu tak itu semua berdosa?
  • apa gunanya kawan kalau tak nak tengok kawan sendiri maju ke hadapan, nak tengok kawan sendiri rebah, dan gelak kuat-kuat. weyh, bila melayu dan umat islam nak maju kalau semua orang begini? kau benci ke bila kau dan kawan kau tu sama2 berjaya dan menaikkan nama melayu dan islam? kita mundur, orang kafir gelakkan kita..nak camtu?
  • apa gunanya kawan kalau sekadar nak jadi gunting dalam lipatan. kau nampak baik je kan kat depan aku, aku cakap A, kau iyakan, tapi belakang aku, kau tikam aku, kau burukkan aku? apa nama kawan kau ni?  boleh blah la!!


dunia sekarang ni susah nak cari kawan yang sesuai.nak cari sahabat lagi susah berkali ganda. berhati-hati dengan dunia sekarang ni, makin ramai yang nak pakai topeng, dan tunjuk dia punya sengat!! kalau korang ada kawan yang boleh dijadikan sahabat. jangan lepaskan dia..jagalah anugerah tersebut.




sorry kalau entry ini kasar atau tak elok.. tak salah untuk sama ingat mengingati right?
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..





12 comments:

FarHANa aZwA said...

saya sokong entry ni !!

pudenz said...

byk kwn mkn kwn..huhu

misz farahniza said...

eh..betul sangat tuhhhh...
kawan jenis ape ntah kalau camtuh..

Ayuni said...

betul sgt2, baik tinggal je kwn yg ske mendengki tu....

Ernee Azmn said...

mcm2 jenis kwn kn...y penting kite jgn jd mcm y kat ats tu (^_^)

JIJI YU said...

kawan berlambak nak cari tepi jalan

Juno said...

kawan.

bagi aku,sebenarnya kawan boleh, tapi tak payah nak ber BFF sangat.

bella luna said...

emm,betul ckp ko,kawan yg sesuai mmg susah hendak dicari,.but sekali ko dpt kwn yg betul2 kawan,jgnlah dilepaskan,.

Solihin Zubir said...

errr.. ada kaitan dgn diri sindri ka ni? heheh...

ila said...

stuju dgn n3 nie.tu la kite kene pilih kawan yg boleh dipercayai

RinsyaRyc said...

kawan yang baek satu dalam sejuta... kena sayang dia betul2.. hehehe


*mane hello? tadek pown?*

ctk said...

banyak kawan amek kesempatan..huhu..


entry yang bagOs! memang sush nk cari kawan yang betul2 baik...huhuhu

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates