Sep 12, 2011

yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL

"eh dik, kenapa yang adik fotostat ni gelap sikit daripada yang original?" tanya seorang pelanggan kedai fotostat di salah sebuah kedai di Hong Kong.. "biasa la bang, yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL" jawab salah seorang staff kedai tersebut tanpa perasaan takut kena penampar..



" oo, kau nak tipu aku ya? mana road tak kau yang ORIGINAL?" tanya seorang polis selepas berjaya mengesan seorang remaja yang membawa road tax motor yang fotostat.. "ni lah yang original hencek, saya tak fotostat pon sebab kat umah saya tak ada mesin fotostat." jawab seorang remaja tanpa rasa sedikit pon takut untuk ke lokap..



pagawai keselamat berlari-lari ke kaunter sebuah shopping complex selepas cashier membuat laporan yang seorang pembeli membeli dengan wang kertas palsu (fotostat).. " ini wang asalnya pak..gua enggak potostatnya donk, jangan dimain tuduhin gua".. kata seorang PATI kerana kurang pandai bab-bab nak menipu ni..



yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL..am i right? orang akan boleh kesan jugak samaada sesuatu barang itu yang fotostat atau original.. sama jugak dengan menulis blog, jangan nak meniru gaya penulisan blogger lain..mentang-mentang la dia blogger femes ames, kau nak tiru gaya dia..menulis tu ada gaya ke? bukan ke berenang je ke ada gaya?



lagi satu, jangan nak cuba tiru atau fotostat gaya seseorang tu, kau tengok dia bukan main macho lagi, kau pon tiru gaya dia, gaya dia pakai, bercakap, korek hidung dan sebagainya..jadi diri sendiri la beb.. sebelum aku pergi terajang kau ke dalam tong sampah..


" eleh, kau cakap orang je kan, kau pon sama..kau pon tiru gaya orang lain, fotostat dia..pirahh mabukk!!" tiba-tiba ada orang sound aku dari belakang, tapi takut nak tunjuk muka.. "aku tiru siapa weih?" aku tanya, tak puas hati la babe..




" aku tengok kau sama je dengan aaron aziz, kau tiru dia la tu!" jawab makhluk tu, dan terus lari meninggalkan aku.. aku terdiam tanda kebengongan..sama ke? aku tak tiru dia pon..demm!! hahaha...



" yang fotostat tak sama dengan yang original sebab yang original lagi memberi kita kepuasan hati daripada yang fotostat."








2 comments:

yAyA_LuRvE said...

yup3.. sgt2 stuju...yg fotostat tak sama dgn yg original...
even.. x AKAN prnah same pom...
wlau hampir 'sejibik' mane pn yg fotostat dgn yg original tuu...tetap tak same mcm yg ori... an??? =)

Lynn said...

ngahaha..sama dgn aaron aziz yerr..^_^

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates