Jun 12, 2011

Majlis Menyambut Menantu.

weyh,  semalam Terengganu menang la, korang tengok tak bola? tak tengok? memang rugi la..hahahaha...tahniah untuk Terengganu ye, bangga jadi rakyat ganung..aku pulop tengok bola sambil bekerja, memang tak romantik! tak boleh sorak kuat-kuat sampai suara pecah!





ok, selesai pasal bola, kita semua sudah gumbira kan, sekarang aku nak upload gambar yang dah lama gile bersawang dalam blog ni, cuma tak post je lagi..nak post la ni!! sabar boleh???
gambar ni sekitar majlis perkahwinan abang aku pada minggu lepas iaitu 4hb Jun 2011. aku bukan malas la nak upload awal-awal, aku keje, tak sempat. ( fuhh nasib baik ade alasan) hahahaha..





warna tema yang ditekankan disini ialah kaler merah dan putih..baru la garang, warna merah tuh..nasib baik tak ada lembu yang datang serang orang duk makan tu.lau tak tetamu kitorang pada hari tu, tak pasal-pasal bertukar menjadi lembu..hahahaha






sudah dan selesai persiapan tu semua, maka bermula lah saat untuk tunggu si pengantin perempuan tiba di halaman rumah..tunggu dengan penuh tak sabar ya!  tetamu yang datang awal-awal lagi pon, boleh lagi lepak kat situ untuk tunggu keluarga pengantin datang..! tunggu lama, buncit la perut korang dengan makanan..macam-macam ada!hahaha





yeaaa..kompang dah ppun berbunyi..tu tandanya keluarga si pengantin pompuan dah tiba dah..bahasa om putih, on the way..hahaha..cehhh, aku nampak geng kompang lak yang posing lebih..bunyi lari ntah ke mana, janji masuk gambar..esok nak isi borang masuk geng kompang jugak!hahaha



pengantin pompuan dah ada, baru boleh bersanding dan naik atas pelamin..haha. maka bermula lah acara bergambar si pengantin dan antara keluarga masing-masing..




buat pertama kali, aku tunjuk..ni lah ahli keluarga aku..lupakan saja muka aku yang berminyak tu! bangun pagi tadi lupa nak cuci dengan clorox.ahaha...tengok! sume garang, pakai warna merah..cuma ada sorang dua je yang lupa..tak apa, maafkan mereka yang tak bersalah!




sudah je aktiviti kat umah..apa lagi, jom kita ber"outdoor"..hahaha..saat paling best bila pengantin bergambar..boleh berangan nak jadi apa sekalipon..nak bergambar kat umah, malu-malu kucing sebab ramai tetamu kan..nah! kat sini boleh la nak hentam posing camne sekalipon..



baik punya skodeng kat pokok hujung sana tu ya!!! dah macam hang tuah dah aku tengok..hahhaha




disana lah tempat kapal kanda berlabuh..nanti kanda akan bawak dinda naik kapal tu ya!!! kita pergi pusing dunia sambil honeymoon!!hahaha



sudah..sekian..hahha..kali ni aku boleh balik tuk tengok abang aku kawen..lau sebelom ni aku tak sempat nak pergi untuk tengok majlis akad nikahnya dan majlis kawen di umah perempuan sebab aku tak boleh cuti
oleh kerana baru saja masuk untuk menjalani praktikal.. hahaha..sedih tak?  tak? ok...

gambar lagi di http://arry.johorphotographer.com/



chaw!
salam


6 comments:

Freaky said...

eh abg mu kawen doh ke ? hehe ingatkan mu doh kawen td

Aida Omar said...

padan pengantin tu..hihi

auny aizie said...

selamat pengantin baruuuu :)

ahaks !

K's Khairah said...

my adek said,,mke awk sbjik cam abg awk c pngntin lelaki tuh..heheh

hamzah ian said...

seyes cantik

ADLYNN ADAMZ said...

cantik pengantin pompuan tuh :)

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates