Jan 27, 2014

Perniagaan Online





Sekarang ni perniagaan online makin maju,dan makin ramai yang buat perniagaan ini sebagai pendapatan. Semuanya di hujung jari sekarang ni, tak perlu habiskan minyak kenderaan dan tenaga untuk keluar mencari barang yang diingini.




saya akan bagi sedikit tips untuk memulakan perniagaan online bagi mereka yang berminat :

PRODUK

Paling utama, pastikan anda ada produk yang ingin dijual dan sebaiknya anda boleh mencari produk yang unik dan menarik (Jangan jual produk yang dah ramai dijual)..Ini adalah bahagian yg paling penting dan susah. Ramai yg tewas dan gagal utk menguasai dan melepasi peringkat pertama ini dengan baik.Anda perlu membuat sedikit kajian tentang produk yg ingin anda pasarkan. Jangan sesedap hati dan sesuka hati memilih produk utk dijual. ramai orang Malas dan sambil lewa dengan Research!


MENCARI PEMBEKAL

Setelah yakin dengan produk yg anda ingin jual, anda perlu mencari pembekal untuk melancarkan lagi perniagaan anda nanti..Tapi, tolong pilih pembekal anda dengan berhati-hati, kerana apabila ada salah memilih, nama baik anda akan jatuh!.. Buat kajian dahulu tentang pembekal tersebut, tengok rekod jualannya dan rekod pelanggannya dahulu..

PASARKAN

Buka akaun laman sosial anda, dan pasarkan. FACEBOOK adalah medium terbaik untuk anda berniaga online. Pasarkan produk anda di akaun personal anda dan juga fanpage. Dekatkan diri anda dengan pelanggan anda, bertanya pasal barang anda, (jangan bila dah pos barang kpd pelanggan, anda hanya berdiam!)..Jaga hubungan baik dengan pelanggan anda, insyaAllah mereka akan selalu membeli dan anda akan dapat pelanggan setia..


PENGIKLANAN

Jangan pandang remeh dengan pengiklanan. Pengiklanan yg bagus akan menjadikan perniagaan anda dikenali dan maju. Perniagaan online ni lain daripada kedai nyata, bila kita buka kedai, orang sekeliling atau yg melalui jalan depan kedai kita akan tahu apa yang kita jual. tapi, perniagaan online kalau anda tidak promote, orang lain tidak akan tahu..Ambil sedikit daripada keuntungan yg anda dapat, buat pengiklanan di Facebook, atau bayar pengiklanan kepada blog yang hebat..



ungkapan daripada PM
" Bersedakah lah sedikit daripada hasil keuntungan anda kepada masjid atau orang lain yg memerlukan, insyaAllah rezeki yg diperoleh berkat dan mudah maju kehadapan"


No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates