Mesti banyak yang mereka ingin cakap dan nak beritahu manusia.
Mesti korang banyak kali dengar bebelan ini daripada mak korang kat dapur:
Mana pulak pergi ikan yang aku nak goreng tadi,ni mesti keje binatang kucing ni!!!! Sambil tangan memegang pisau....
Hahaha...sebenarnya mana kita tahu yang semua kerja tu kucing yang buat?
kalau la kucing boleh berkata-kata, mungkin da lame dia membela diri nya kan?
monolog dalaman nya |
Silap-silap da lama kucing bawak kes ni ke mahkamah, sebab nya menfitnah diri nya yang tak bersalah tu.
Memang la bijak lau kucing boleh wat camni.Silap-silap nanti ada di antara mereka yang jadi peguam bela.hahahah..mau kalah manusia..
Dan satu benda ni mesti korang pun suke buat, amik gambar kucing.
Kucing pun macam kita, ada yang suka bergambar dan ada yang pemalu. Di masa korang amik gambar,
tanpa korang sedar, ada kucing yang memarahi korang, kerana privacy nya dicabuli..
Rintihan kucing |
begitu lah gak kucing, itulah sebab nya terjadi kes kucing calarkan kete, sebab nak balas dendam la tu..hhuhuhu...
Haaa...sekarang ni pun ada sekor kucing main-main tepi kaki aku, aku rasa lah, dia pun nak tulis blog gak.
Aku nampak dia cam berminat giler, tekun je dia tengok aku dari kaki aku. Aku rasa, kalau kucing ni boleh berkata-kata, blog pun dia tulis, silap hari bulan blog dia lebih menarik.hahahha
Dah jauh aku merepek ni, kesian pulak aku tengok kat keluarga kucing ni sebab tak pasal-pasal aku duk cerita pasal beliau, cerita pulak pasal yang mengarut je.
Ok lah, aku nak bagi diorang tido dengan lena da....cau...sekian...
5 comments:
i said kucing comel.
kucing dalam ni banyak wahai saudari..
hahahha
owh ea...jangan ganggu dia.
dia nak tido..
hahaha! kucing owh kucing..
Post a Comment