Nov 18, 2012

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan


 
"MERAH" = Lelaki
"HITAM" = Perempuan


 
"Tiada kereta ku bawa kau jalan2, rumah pun ku tiada ada pun bapak punya.."
 
"Kau tahu sangat kau tiada kereta dan rumah, tapi kerja kau tido dan makan je!"
 
"Aku anak kampung  tiada pelajaran, kuli-kuli sahaja memang tidak padan"
 
"Masa sekolah kau tahu mengurat aku sahaja, pelajaran kau buang. Ramai je budak kampung yg berjaya!
 
"Bukan ku tidak suka sama kamu, tapi aku takut hidup kau kan sengsara, kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain"
 
"Sebelum ni kau cakap cinta kau kat aku paling penting, malam2 duk tengok gambar aku, bukannya pelajaran..tengok sekarang, kau lepaskan aku pula, sebab dulu kau main2! Benci! tak pasal2 aku kahwin dengan Arkitek yang kaya raya!"




dikmie kimie


haaa..kan dah melepas.. ada peluang ni rebut, bukan sebab tamak, tapi sebab nak kepada kejayaan, nak senangkan mak, ayah, keluarga dan diri sendiri..peace yow!!



Read More

Nov 11, 2012

Nama Bapak



Hari pertama  sekolah rendah bermula, cikgu Aishah yang cantik jelita pun masuk ke dalam kelas. Semua cikgu lelaki di sekolah tergilakan dia termasuklah cikgu2 yang sudah nak pencen, aku pun tak tahu kenapa, dah nak pencen, nak gilakan lagi anak dara ni. Ok, Semua di dalam kelas diam, sebabnya belum kenal antara satu sama lain, cuma ada seorang dua yang peramah tak tentu hala.



Ok, seperti biasa, sesi pengenalan diri pun bermula, seorang  demi seorang kenal kan nama sendiri, nama ayah, nama mak, tinggal  di mana, dan cita-cita apa.. Pelbagai jenis nama ada, yang moden, tradisional, dan pelbagai cita-cita yang ada  sehinggakan ada yang jawab nak jadi ""manusia". habis lu tu apa? ok, budak2 bukannya tahu apa2..




banyak2 pengenalan diri tadi, aku pun tak tahu, macam mana semua budak ni boleh tertarik dengan nama ayah. Ahmad bin Seman, tak pasal2 semua bebudak lain panggil dia seman. agaknya bila si Seman datang ke sekolah, dia pun keliru yang mana nama anak dia dan yang mana nama dia.



Begitulah hari demi hari dipanggil dengan gelaran nama bapak sendiri. yang penyabar, buat rilex je, yang cepat panas, penyapu naik ke atas kepala. Semua bebudak tak kira dari  sekolah mana pun, negeri mana pun akan mempunyai perangai kurang hajor begini kan? termasuklah aku sendiri.



ada suatu hari, si Hamid, seorang yang pendek, hitam dan nakal budaknya. dia suka memanggil kawan-kawannya dengan gelaran nama bapak masing2 perangai macam ***** suka lompat sana lompat sini ( alhamdulillah sekarang menjadi usahawan berjaya).. suatu hari dalam kelas Matematik (M3), dia nak memanggil kawannya yang bernama Afif bin Sameon. Waktu itu, dia mahu meminjam pemadam, dan memanggil si afif  "Sameon kepala botak! pinjam pemadam!"


Ketika itu nak dijadikan cerita, si Hamid terlupa yang cikgu matematiknya tu pun namanya Sameon, dan kebetulan cikgu tu berkepala botak tengah dan perut buncit.. Si cikgu Sameon perasan dan dengan mata merah menyala memandang Hamid.. "cilaka kau anak Mail!!kau panggil aku apa tadi?"
habis semua bebudak dalam kelas kena berdiri di luar selama sejam.. Damn kau si hitam!!




Gambar Hiasan je..bukannya gambar budak tu tadi



Kisah2 masa kecik dulu, walaupun macam bangang nak mampus, tapi bila dah besar, duk kedai kopi ramai2, citer lagi, buat kita semua tergelak takk ingat dunia..


Read More

Nov 9, 2012

Pusat Sulaman Berkomputer



Kepada anda yang tercari-cari pusat sulaman berkomputer untuk membuat sulaman logo, nama atau nama persatuan di baju anda, anda boleh temui kami di Two S yang terletak di Kota Bharu, Kelantan dan dimiliki oleh 100% bumiputera.








Kami juga menawarkan pelbagai  jenis perkhidmatan lain seperti, Heatpress, Silkscreen, membekal barangan jahitan kepada semua sektor, dan juga design dan printing banner, bisnes kad, dan flyers.





Kami akan membuat yang terbaik bagi memastikan anda berpuas hati dengan hasil kerja kami.. Jika ada sebarangan pertanyaan, boleh hubungi terus kepada kami di 09-7442407..


Read More

Nov 2, 2012

SPM oh SPM

 
 
 
Musim atau demam SPM dan STPM sudah tiba, bagi mereka yang bergelar calon peperiksaan sedang mencuba sedaya upaya untuk membuat persediaan yang rapi, tajamkan pensil, tajamkan otak dan sebagainya. teringat pula zaman aku dahulu sebagai calon SPM, hari2 yang berlalu terasa bagai "erghhh..jadi apa lah aku lepas ni, perdana menteri atau CEO syarikat besar, tapi cita2 aku dari kecil ingin menjadi Sultan, tapi kebodohan cita2 aku itu tak lama, sebab aku dapat tahu rakyat biasa tak boleh jadi raja.
 
 
 
 
 
 
Aku menduduki SPM pada sekitar tahun 2007, pada bulan ramadhan, terasa diri ini lemah kerana tidak dapat menghirup air ketika menjawab soalan untuk elakkan mata berair kerana mengantuk. Aku biasanya akan menghabiskan sedikit masa ketika menjawab soalan untuk makan gula2 hacks atau minum air. apabila korang makan hacks, minum air mineral yang tak sejuk akan merasa sejuk, itu yang aku rasa ajaib pada ketika itu.
 
 
 
 
 
Kebiasaannya hari sebelum exam, semua  student akan merasa tekanan untuk membaca semua bab yang ada di dalam buku teks, dan ditambah lagi tekanan bila buku teks diconteng pada tempat2 fakta yang penting. Pada malam sebelum exam, aku akan menghabiskan sisa2 masa aku di atas tilam, sambil tangan di atas dahi, aku akan berfikir banyak perkara.
 
 
 
1-  macam mana cara untuk memecah masuk ke dalam bilik kebal. (tempat letak soalan peperiksaan)
2- Menunggu dan berharap panggilan telefon oleh cikgu, untuk memberitahu soalan bocor untuk esok hari.
3- pejam mata dan cuba menggerakkan hati supaya datang soalan pada esok hari.
 
sumber
 
 

 
aku akan melakukan aktiviti ini sampai aku tertido, dan bila bangun dari tido.. demm!!!! aku tak study apa2 lagi, dan terus bangun study sehingga tiba masa untuk ke sekolah, dan ketika itu, aku rasa mahu meletakkan jawatan aku sebagai pelajar dengan bernotis 24jam! Nasib baik soalan yang keluar yang biasa aku jawab..
 
 
 
Tapi Alhamdulillah, keputusan aku tidak mengecewakan, dan dapat menyambung pelajaran ke universiti tempatan.. buat yang terbaik dalam hidup anda!!!
 
 
 
Arahan keras!! + Jangan menangguh masa untuk ulangkaji, nanti tertewas di tilam sendiri!!
 
 
 
 
 



Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates