Apr 25, 2012

hati-hati membaham maklumat!



aku yakin yang ramai antara kita mudah percaya dengan apa2 berita yang disampaikan. tak kira lah daripada internet, surat khabar atau apa2 pun kan. sedang korang best duk layan muka buku, kawan korang post satu berita kat dalam blog tentang " hishyamuddin bercinta dengan neelofa". baca pun belom habis, dah heboh nak ceritakan kat kawan2 yang lain, tangan duk gatal nak tekan share. menyampah, siasat la dulu weyh sebelum nak sebar tu, jangan la nak percaya bulat2 sangat!



bukan berita tu saja, berita tentang politik contohnya, pemimpin ni tumbuk pemimpin tu, dan kita pun update status muka buku.. "bangang la pemimpin A ni, tumbuk pemimpin B, perangai macam harumm, cilaka lah! weih..kau siapa nak cakap dia cilaka? kaji selidik dulu betul atau tak sebelum nak sebar. kalau berita tu fitnah macam mana?








moral : jangan sesekali percaya bulat2 dengan maklumat kat depan mata tu. sekarang pun maklumat bersepah yang mengarut! nak jatuhkan orang lain dengan fitnah2 hina dan berita yang kita sendiri tidak tahu daripada mana sumbernya. kita sekarang bukan lagi bodoh untuk percaya benda macam tu, kaji dulu dan guna akal fikiran tu sebelum bertindak.. hati2 membaham maklumat bak kata mat luthfi.. peace!!





Read More

Apr 18, 2012

Promosi baju korporat.. RM 30 sahaja..



Lai lai lai lai..selamat datang semua... tak dapat dinafikan lagi dengan kata2 atau dengan tulisan yang ramai dan boleh dianggap semua orang sukakan promosi atau harga murah. bila ade je promosi, kak2 kiter tu tak senang duduk dibuatnya, tak ada duit nak beli, membeli tingkap ( window shopping ) pun jadilah! semangat mak jah kiter..




bagi yang biasa dengan baju F-1 atau baju korporat ni, korang akan tahu berapa nilai harga baju tersebut. Rm50 sehingga RM100 ++ ..untuk sehelai baju.. cuba fikirkan sejenak, Rm100 untuk sehelai baju tu, korang boleh 3Helai baju di kedai kami, siap dapat RM10 untuk isi minyak ron97 lagi..melampau benor..





bergaya, selesa dan tidak menipiskan poket anda.haha.. kalau nipis pun sikit je, setakat 3helai, mana lah terasa kan demi untuk bergaya..




bukan tu saja, kami juga ada buat promosi untuk banner RM50 sahaja, dan bisnes kad RM70 untuk 1000 keping.. cepat sebelum korang terlambat..nak tahu maklumat tentang kedai kami? sila melawat FB kami di Two S Printing & Advertising








Read More

Apr 17, 2012

Tafsir Mimpi Berbogel




Sheikh Ahmad Sudais merupakan seorang iman besar Mekah. Beliau seorang yang berhati lembut kerana apabila beliau membaca atau pun mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, air matanya akan mengalir dan dia akan terus menangis kerana dia sangat memahami intisari dalam Al-Quran.. Tersebut merupakan ada kena mengena dengan beliau tentang tafsir mimpi berbogel.. semoga kita semua mendapat pedoman daripada kisah ini..





Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.


Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio



Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?



Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.



Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.



Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.



Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?



Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.



Pendengar:  Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?



Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.



Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.



Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.




Read More

Apr 11, 2012

saya suka awak



ketika duk asyik layan muka buku yang melalaikan ni, aku ada terbaca status sorang awek ni, kemain lagi status dia ni, suka hati, tapi dalam hati penakut..




"saya sukakan awak sejak kali pertama kita jumpa..lariiiii..k,bye!"



bila dah sukakan seseorang tu, memang kena malu eh? update macam tu dengan harapan, si dia baca status tu dan perasan yang status tu ditujukan kepada dia, macam tuju lagu dalam radio.. atau saja nak suka2 update macam tu, nak tarik perhatian ramai? erkkk..jangan pikir buruk pada orang lain pliss..



sumber



kalau tak ada hati kat dia, boleh je borak2, usik2 ke, selamba badak je wat lawak bodo yang diharuskan bagi penampar.. tapiiiiiiiiiiiii...bila dah suka, semua macam jadi serba salah, malu nak jumpa, malu nak dekat, malu nak bercakap, malu nak mengaku yang kita sukakan dia.. macam tu?




sumber

kenapa susah nak terus terang yang kita sukakan dia? bukannya minta berterus terang untuk cakap yang dia tak zip seluar. bila dah melepas, habis semua alat solek kat atas meja, terabur kat atas lantai. errr...atau pun ini sebabnya?




"kalau saya bagitahu dia nanti, dia tak suka, saya kena marah, dan dia akan bencikan saya"

"saya cakap nanti kalau dia tak nak, malu je muka ni, mana mahu letak? dalam seluar?"




ok, alasan diterima.. tapi kalau tak cakap, melepas padan muka.. menangis la korang kat tepi tiang rumah tu, dan jadilah dia sebagai kekasih gelap.hahaha.. menarik pulak bunyi camtu.


sumber


jangan risau, jodoh dah ditentukan oleh Allah S.W.T untuk kita semua. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita dan siapa pasangan yang terbaik dalam hidup kita. :-)




Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates