Aug 17, 2012

puasa dan raya..



perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara..yang selalu bermain di mataaaaaa.... balik2 kampung la weh, udah la tu nak feeling2 duk di perantauan sambil dengar lagu raya tepi radio..



aku  yakin, pasti dan dah tak mahu guna talian hayat, yang ramai dah balik ke kampung, sekarang ni tengah duk bersuka ria, bakar lemang, buat ketupat, buat biskut raya, dan jumpa kawan2 lama kononnya.. driver yg drive kereta, kemain lagi sedap tido sebab penat main dalam jem.kesian..



baik aku, tak yah nak pikir pasal jem..



naik bas, kereta api, senang bukan? tak yah kau nak pikir pasal jem bagai tu, rilex je dalam tu boleh tido sambil bertwitter.. dalam jem, memang dah kompem boleh buat korang jadi stress, dan kalau tengah hari cuaca pun agak menggoda keimanan, panasssss...


tolong jangan tiru aksi aku ni di bulan puasa!!



yg penting, korang sampai ke destinasi masing2 dengan selamatnya, dan ingatlah ramai orang yg tersayang menunggu di kampung tu haa..dah lama tak jumpa, nak lepaskan rindu.. biar lambat, janji selamat, nanti raya boleh la bermaaf-maafan yer!!


selamat hari raya yer!! maaf zahir dan batin..



dapat duit raya tu, ingatlah orang yang susah.. makan di pagi raya tu, ingatlah  orang yg kelaparan... bersalaman dengan ibu bapa, doakanlah anak  yatim piatu.. semoga selamat iman dunia akhirat.. insyaAllah..




Read More

Aug 10, 2012

iklan raya bernas 2012.. sedih..







Bandingkan dengan kehidupan kita semua, sembutan hari raya kita.. Bersyukurlah kepada yang masih mempunyai keluarga...


Jalan cerita yang biasa-biasa saja namun kesannya terhadap emosi penonton amat mengagumkan. Dalam jangkamasa 8minit, pengarah telah berjaya menumpahkan airmata ratusan ribu penduduk Malaysia - dan membangkitkan kesedaran kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Belajarlah bersyukur! 



Read More

Aug 7, 2012

Malaysia Boleh!



sudah usahakan yang terbaik.. kita jangan  senang2 nak kutuk dan mencemuh dengan kata2 yg kurang cerdik. kita perlu fikir juga apa yg dia rasa, sebelum perlawanan, sudah semestinya hati dia berdebar sebab membawa sejuta harapan daripada rakyat Malaysia..


aku bukannya siapa2, aku cuma rakyat Malaysia yg berbangga dengan semangat dan usaha yg diberikan oleh DLCW.. Tahniah!!





Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates