Jun 28, 2012

JOM Tempah baju secara online.



Sekarang ni ramai yg suka pakai baju yg ada design pelik2, design milik sendiri atau pun kelab.
ada logo sendiri di baju dengan nama kelab yg terpapar di baju yer, bukan di muka akhbar!!
Baju yang simple, t-shirt, tapi mempunyai design yang cukup gah, secara tak langsung dapat 
menyerikan lagi si pemakainya.. dah macam pakai fair n lovely, tiap hari sayang..


TERBARU!!




Two S Printing & Advertising menawarkan perkhidmatan terbaru, anda pilih, kami design dan kami buat.
Harga yang amat berpatutan, tak perlu habiskan minyak untuk datang ke kedai, sambil online di facebook, anda boleh menempah baju daripada kami.. 


boleh temui kami untuk bertanyakan soalan di Two S Printing & Advertising atau add kami di Two S Shirt. sekian.. :-)

Read More

Jun 7, 2012

Ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan. Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati


Aku selalu lupa, leka, dan alpa,
mata selalu kearah kegembiraan dengan usaha,
bila berduka, air mata mengalir tanpa daya,
terlupa apa yang nyata..


kebodohan sendiri aku akui,
tidak akan dapat yang abadi,
jika aku teruskan apa yang tak pasti,
aku akan menyesal di kemudian hari,


aku tidak lupa akan kepastian,
walaupun perit yang aku teruskan,
dengan semangat yang berterusan,
InsyaAllah, kejayaan di dalam tangan.


Ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan. Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati






Read More

Jun 3, 2012

ada akaun Facebook dan Twitter, baru ada gaya.



budak2 zaman sekarang ni, tak cukup satu tempat kau nak bersosial, paling bodoh pun, mesti ada 2 tempat nak bersosial..maksud aku bersosial tu bukannya kena pergi kelab malam, duk hangguk2 kepala macam orang yang tak cukup sifat, tapi laman sosial.. sudah kebiasaan, ramai yang ada 2 akaun, facebook dengan twitter.. apa kejadahnya ada 2 akaun? mereka ada sebabnya..



FACEBOOK

Sekarang, bukan anak2 muda je yang ada facebook, mak bapak, atuk, nenek pun ada. kelas tak kelas mereka ikuti kemajuan semasa ni. petang2 tengok nenek duk depan komputer, mengadap facebook, tanam sayur katanya. mampu?

setelah buat kajian yang teliti dan penuh bersemangat, aku mendapat jawapan kenapa mereka mesti ada 2 tempat untuk bersosial..



- kalau dah mak, ayah pun ada facebook, mana lah boleh kalau nak update status yang jiwang2, 
nanti nye kau tak dapat online lagi, laptop ditarik, blackberry dirampas.

- tak boleh nak senang2 menyumpah seranah sesuka hati. kalau la orang yang kau sumpah baca, matilaaa..dia tak ada dalam twitter? sumpah kat sana je..

-update status FB 2minit sekali, dalam sehari update 20 status.. tak ke gila namanya?
kawan2 baca pun menyampah tahap tenggiling..




TWITTER

- Twitter juga dikenali sebagai tempat meluah perasaan, kau cakap la apa sekali pun, 
jangan nak fitnah bukan2 sudah, kang ada yang kena hentam pulak.

-Bosan di twitter, boleh la bukak FB, main game, tanam sayur katanya.

-susah nak jumpa mak ayah yang ada akaun Twitter, dan ramai yang ambil alternative
untuk meluah perasaan di sana.. walauuuuuuuuuuu talipon ada untuk sms..




banyak lagi laman sosial yang ada sekarang ni, aku malas nak follow sangat, yang tak elok lagi banyak dari yang elok..pandai2 lah memilihnya..korang dah besar kan? ada akaun facebook dan twitter, baru ada gaya!! ptuihh..haha.. ni aku cakap untuk aku sendiri..




Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates