Mar 30, 2012

cara untuk menghapuskan jerawat..selamat tinggal..



panas pada  petang ni  boleh menjejaskan kecergasan badan dan kecerdasan otak. milo ais, tea o ais, ribena o ais, dan macam2 jenis ais lagi dah berbaldi aku minum, nasib la perut ni tak buncit, kalo tak, berkain pelikat la aku petang ni...  dushh~ apa ke bengong intro macam ni..




aku mencapai remote kipas, dan aircond,  kesemuanya aku buat  paling sejuk walaupun aku tahu ni semua hanyalah panas dunia yang jauh untuk dibandingkan dengan panas api neraka. terasa nyaman bila udara2 tersebut masuk ke dalam celah celahan kain baju, dan ruangan kulit. aku lap muka sebagai  tanda lega, dan terhenti di satu tempat di muka..  aik, bila pulak ada jerawat di pipi ni.. tiba2 aku tersenyum, dan bukannya menjerit dan melaung2 sebab terkejut ada jerawat seperti iklan di TV. teringat pula pada zaman jerawat baru berjinak2 di muka ni..






bedak ni aku sapu di tempat jerawat tu mulai tumbuh dan ingin membesar  dengan sihat sambil  dalam hati ni aku cakap "padan muka kau jerawat, matilah kau!hahaha".. 





kadang2 ubat gamat ni yang jadi mangsa aku.. malam2 buta, aku masuk senyap2 ke dalam bilik hencek mak dan ayah, amik letak dalam poket. dan mulalah ubat gamat melekat di pipi dan jerawat aku ni. 





sebelum aku pencen di dalam arena perubatan ini, aku sempat sapu ubat gigi di jerawat.. hahaha..bengong! pedih la weih!!




sekarang aku sudah insaf dan sudah pencen daripada gejala2 menghapuskan jerawat secara  memandai ni.  biarkan je lah, dia nak tumbuh.. see..sekarang  jerawat susah nak tumbuh, kalau ada pun sekejap2 je.. adakah ini kerana ubat2 aku yang dulu2  ataupun pencuci muka yang aku pakai ni memang berkesan? sama2 fikirkan benda yang tak  patut difikirkan ini yow!! selamat tinggal jerawat.hahahaha


*ehem3..dilarang meniru segala aksi dan cara perubatan aku ni, kerana tiada pengesahan dari doktor pun.. aku tak nak tanggung.. peace!!


Read More

Mar 29, 2012

cinta oh cintan..




hyep kepada insan yang sedang kapel2 tu, yang ngah bersuka riang ketawa dengan pasangan korang tu seumpama dunia ni kau yang punya, gembira tak terkata, sampaikan mak panggil untuk makan malam pun kau tak perasan. jari2 berlari laju di handphone tu, untuk taip macam2 cerita dan ayat jiwang, seumpama dalam dunia ni ada kau dan handphone tu je yang ada.




alah, line ****** ni gila la malam ni, tak boleh nak send @ reply sms.huh.. tak kira, aku nak jugak send sampai dapat.  rindu lah kalau macam ni, aku top up untuk aku mesej2 dan bukannya sekali ngan pakej sakit hati. **** lah!!  whatever!


itu bagi yang bergembira, berbahagia (semoga hubungan korang sampai ke akhir hayat ye!).. tapiii.. bagi yang berduka lara dan bersedih sambil menangis teresak2 tu macam mana pulak? kasihan beliau, duk terbaring je atas tilam tu, sambil ditemani bantal dan selimut. basah semuanya tilam sebab air mata, nak bagi baldi, takut dicakap kurang ajar.huh..




  • Tak kn ku lupakan saat pertama kali mengenalimu...lucu sgt...
    Tak kn ku lupakan betapa pahit nya hendak melupakanmu....

  • Mengusap airmata cinta..malamku menjadi ceria bila mengingat kn dirimu yg jauh d mata namun selalu dekat di hati....ku slalu menyayngimu...♥

  • bukan aku taku kehilangan dirimu
    tapi
    aku takut kehilangan cintamu


  • jauh di sudut hati ini...aku mencintai mu..kerana ALLAH,ALLAH mencipta ADAM utk kaum HAWA ...

  • kau tak pernah cinta kan aku.
    kau tak pernah sayang kan aku
    dan aku tak mau cinta dan sygmu padaku itu hanya dustamu ...jgn cintakan aku haya kerana simpatimu..kerna aku tak perlukan semua itu ..terima kasih ...




bla bla bla bla bla bla..  apa2 pun bagi yang bercinta, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dan bagi yang frust, semoga cepat sembuh hati tu dan bagi yang  single and available, sila bagi no awak ok..tetiba je awak, kurang ajar disitu...




erk? kalau tiap2 malam aku mimpikan neelofa? dia rindu aku ke? kah3..bye~







Read More

Mar 28, 2012

Opening soon





 OPENING SOON

~Two S Ideal Partner~
~ Pasir Puteh, Kelantan~





 temui kami di facebook... Two S Printing & Advertising

Read More

Mar 27, 2012

Perlawanan persahabatan dan penyerahan Jersi kepada UMK (Liga KAFA)

Majlis Penyerahan Jersi kepada UMK untuk perlawanan LIGA KAFA, dan perlawanan persahabatan diantara UMK dan Pasir Puteh FC pada 15 Mac 2012.. 



sebelum memulakan perlawanan, sesi penyerahan jersi telah berlangsung..erk? macam pelik je ayat.huh.. 


guane? ade yang berkenan di hati dop? penyerahan jersi itu dilakukan oleh partner aku dan pengurus Two S Printing & Advertising ..





bagi membakar semangat sebelum bermain, sesi bergambar ala2 pasukan MU dan dengan jersi terbaru pasukan UMK..  semoga pasukan UMK terus bersemangat dan menjadi Juara Liga KAFA yang telah pun berlangsung sekarang ni..


~majulah sukan untuk negara!!!!



Read More

Mar 24, 2012

titik permulaan sudah bermula!



result SPM baru je keluar kan.. tengah panas2 lagi tu, kalau yg bergembira, senyuman rapat ke telinga lagi tu haa..duk sengih2 tengok result, TAHNIAH... adik2 kita mula menunjukkan kehebatan, dan selamat melangkah ke alam baru lepas ni ya, alam Universiti yang lagi mencabar minda dan fizikal..heh3..



tapi, ada juga yang sedang bersedih, berduka lara, tak mahu makan, tak mahu tidur, dan hanya air mata yang menjadi teman seharian.. eh, tak elok la macam tu kan, sabar, semua ni terjadi mesti ada hikmahnya, pikir positif, ini bukan titik akhirnya segala-galanya, tapi ni adalah titik permulaan untuk segala-galanya.



ada yang berfikir, bila result SPM teruk, masa depan juga akan teruk dan hancur, tak boleh masuk U, tak boleh kerja dan berpangkat besar, dan hidup akan sengsara selama-lamanya.. eh, nujum pak belalang ke yang cakap ni semua? dia boleh tahu ke yang masa depan kita akan hancur n bla bla bla bla tu? buang ke tong sampah je lah dengan kata-kata tu..




aku bukannya sehebat, pandai, otak geliga n whatever lah, aku tak pandai pun. result pun tak lah gempak sampai boleh masuk dalam paper sambil cium mak dan ayah. pada mulanya memang lah kita sedih kan, tak boleh nak elak benda tu, tapi sampai bila kita nak sedih dengan benda yang dah lepas. membazir!!




titik permulaan sudah bermula, letak target hidup anda, dan cuba dapatkannya.tak kira lah, nak sambung belajar ke form6 atau nak terus sambung ke kolej swasta. tak berjaya di dalam akademik, tak bermaksud akan gagal selama-lamanya.. muka bumi Allah S.W.T ni luas, macam2 ada kalau pandai kita mencari dan usaha betul2.


dont cry..be positive..
failure doesnt mean u are a failure..
it does mean u havent succeed yet..
failure doesnt mean u dont have it..
it does mean u have to do something in a different way!! ~nurul





Read More

Mar 18, 2012

Cakap salah, tak cakap pun salah.




"cakap salah, tak cakap pun salah...!"

hyep3.. pernah tak korang berada dalam situasi macam tu? nak cakap salah, tak cakap pun salah..mesti sakit hati yang terlampau-lampau kan? kalau ada dinding kat depan tu, dah lama pergi tumbuk-tumbuk kan, kalau nampak pokok kat depan, dah lama pergi goyangkan kan.kalau lah dah terlampau geram.



bila korang berada di dalam situasi ini, mesti saja korang rasa "alamak! adakah aku dalam dilema ni?" "apa patut aku buat?" adoii..benci lah bila dah ada situasi macam ni, rasa macam nak sepak semua benda yang ada kat depan..weyh! sabar la weyh! 



contoh situasinya bila:



  • korang tahu yang kawan baik korang sedang buat satu kesalahan, tapi tak berani untuk tegur, yelakan takut gak bila hati kawan terguris ke, merajuk di celah pokok sambil menangis teresak-esak kan.. 


  • bila si lelaki / perempuan berkenan pada seseorang,dia hanya memerhati dari jauh. bila online facebook, wajib bukak wall si dia, walaupun dia tak online, tapi tu dah boleh buat anda tersenyum kan. nak cakap salah, tak cakap salah.. kalau cakap, takut si dia marahkan kamu dan tak pasal2 dibenci, tak cakap takut melepas.. adoi3...


anda dalam dilema? nak cakap atau tak nak? dah pening kepala pikirkan? nak tendang dinding tak? pikirlah elok-elok..jangan buat sesuatu yang salah sudah. kalau dah tak tahan sangat, panggil hencek sahabat, luahkan kepadanya, dan sentiasa doakan supaya ada jalan untuk anda nanti..InsyaAllah..



sumber



sesetengah orang ada cakap.. "berdiam lebih baik daripada berbunyi".. bergantung kepada situasi..  Peace yow!!





Read More

Mar 16, 2012

Proton P3-21A pasti puas hati












MODEL baru PROTON, yang buat masa ini hanya dikenali dengan nama kod, P3-21A, yang dijadualkan dilancarkan akhir bulan ini, dibangunkan dengan ciri asas yang hampir menyamai model kereta mewah, dari segi reka bentuk, keselamatan, prestasi dan keselesaan.

Kelebihan itu diperoleh hasil sentuhan pakar yang pernah terbabit dalam membangun dan mengeluarkan kereta BMW iaitu Dr Wolfgang Karl Epple, yang kini adalah Pengarah Kanan Operasi PROTON Holdings Bhd

Selain itu, kereta ini juga akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikan-nya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap. 













Read More

Mar 15, 2012

Glamour kau jahhhhh.....!!!



aku pasti dan yakin, zaman sekarang, yang serba canggih dan moden ini, ramai yang gilakan untuk mengejar glamour. bermacam-macam cara yang dicuba, nyanyi dalam u-tube, buat lawak dalam u-tube, konon hero di facebook @ twitter (untuk menarik awek sambil terjerit-jerit "aaaaaaaaaaaaaaa...machonyer mamat ni" sambil menggigit jari.




 hey, bagi yang gilerkan nak sangat glamour, popular, tersohor dan ternama,best ke? ada privasi ke kalau nak berjalan terkedek-kedek dengan awek? kalau nak korek hidung sambil memandu? dan kalau nak beratur panjang untuk menunggu giliran di ATM? mata-mata liar dan jinak memerhati kita sambil mulut yang busuk dan wangi menyebut-nyebut pasal kita




"cun la awek tuuuu, sejuk mata memandang, semoga dapat pasangan yang terbaik nanti"


"awek ni kan, kalau la aku dapat kan, tapi aku rasa awek ni "sugar daddy" yang bela"




tapi ada yang beranggapan, glamour banyak kelebihan daripada kekurangan. masing-masing ada pendapat mereka tersendiri, kalau semua pendapat sama saja, tak ada yang bergaduh-gaduh, tak ada perbahasan semua tu, dunia aman..!!



"saya suka diperhatikan, jika saya ada buat silap, ada yang tegur, tu sebab saya suka glamour"

"kalau dah ramai yang kenal kita, nak pergi kemana-mana senang, mesti ada yang nak tolong"



glamour ke tak glamour ke anda, itu bukan lagi persoalan, yang penting jangan sakitkan hati orang lain, kalau glamour, tapi mulut busuk, hodoh, dan b**** buat apa jugak kan, dan kalau tak glamour, pun mulut busuk lagi la hodoh namanya.. jangan cari glamour dengan cara yang semudah ABC di laman sosial, post gambar dah macam nak bogel, macam tak tahu malu.


sumber

entry ni bukan untuk kutuk sesiapa pun, hanya untuk menyedarkan diri sendiri..peace yow!! renung-renungkan..



Read More

Mar 8, 2012

P-R-O-M-O-S-I


Assalamualaikum semua..


yang jauh, dekat-dekatkan, yang dekat, rapat-rapatkan.. haa..yang tu jangan duk gatal nak duk tepi pompuan..duk asing-asing ok, sebelum kasut terbang..






haaa...seperti mana yang terpampang di dada blog, bukannya akhbar ok.. sekarang di 2S Printing & Advertising bersepakat sambil pegang tangan akan mengadakan promosi. tidak perlu tunggu hari raya, hujung tahun mahupun cuti sekolah.. Promosi untuk Baju Korporat serendah RM30, Banner, dan bisnes kad. *tertakluk pada terma dan syarat*




sekarang, ibu-ibu, bapak-bapak, adik-adik, abang-abang, atau kakak-kakak, apa yang nak ditunggu lagi? hubungi kami sekarang Two S Printing & Advertising di talian 09-7442407..





banyak lagi produk dan perkhidmatan yang menarik disediakan oleh kami untuk anda.. kepuasan hati anda, menjadi keutamaan kami.. :-)



Read More

Mar 5, 2012

si semut cintakan si gajah


seekor semut yang sedang bersedih berjumpa dengan seekor gajah yang gah dan besar. semut berfikir, bolehkah dia berkawan dengan gajah yang besar sedangkan dia hanyalah seekor semut yang kecil dan banyak kekurangan daripada si gajah..


tetapi si semut beranikan diri untuk berkawan dengan si gajah yang melebihi kehebatan si semut tersebut. hari demi hari yang berlalu, hubungan mereka semakin rapat dan menjadi kawan yang boleh bergurau senda, ejek mengejek dan memberi nasihat antara satu sama lain.


perkara yang diluar pemikiran terjadi pada diri si semut, perkara yang gila.. oleh kerana hubungan mereka amat rapat, si semut jatuh hati dengan si gajah tersebut. si semut cuba untuk meluahkannya dengan pelbagai cara, tapi si gajah berkata



"saya rasa awak dah semakin parah, saya rasa makin hari awak makin teruk, tak macam dulu! saya tak nak perkara ni manjadi semakin parah ok"


si semut berdiam diri, dia hanya untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya sahaja, dengan ikhlas. tapi apa kan daya, dia hanya seekor semut yang gilakan seekor gajah..



pada suatu hari si semut dapati yang si gajah yang digilakannya sudah pun menjadi milik orang lain, dalam diam tapi dia boleh merasakannya. bagi si semut, mungkin tidak mengapa, biarkan mereka bahagia kerana dia hanya seekor semut yang serba kekurangan daripada seekor gajah yang serba lengkap dan lebih bijak.hanya doa yang menemani cinta si semut kepada si gajah tersebut.






"si semut hanya lah serangga yang kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan si gajah yang serba lengkap..perbezaan yang tinggi dan tidak layak untuk digandingkan"

Read More

saat kita mengagungkan bahasa asing


remaja zaman sekarang sudah pun moden, hidup dipenuhi dengan pelbagai gadget yang serba canggih. ketika aku kecil dahulu, aku hanya bermain guli mahupun kejar-kejar dengan peluh yang membasahi tubuh dan pakej dengan bau yang menyerupai haiwan buas.


ramai yang suka bershuffle, nanyi lagu rap sambil tangan terhuyung hayang macam nak mintak aku sepakkan dengan muka bangga dan tenang. tapi ramai yang tidak tahu yang diluar negara sana iaitu Russia, mengagungkan bahasa kita, bagi mereka, kalau pandai berbahasa melayu adalah suatu kebanggaan umpama kau dapat berjalan-jalan sebelah neelofa, pandai menyanyi zapin suatu kebanggaan seperti kau bangga bila dapat menghafal lagu pitbull.



aku cakap berdasarkan bukti. kalau tak ada bukti, aku tidak gila untuk menempah untuk dicaci maki oleh orang lain. jom menghayati video ini..




amacam? hahaha.. renung2kan dan selamat berbangga dengan bahasa dan budaya kita sendiri..
aku dapat daripada penmerah.com dan bangga dengan apa yang ditulis itu..




Read More

Mar 4, 2012

online shopping.. jom3.. jangan tunggu lama-lama



kepada mereka yang suka atau gemarkan membeli belah melalui online, ada berita baik untuk anda.. tidak perlu bersusah payah lagi untuk anda naik kereta, bersesak di atas jalan raya, tidak perlu membayar tol dan parking, dan tidak perlu untuk meletihkan kaki anda untuk berjalan semata-mata untuk membeli kain tudung atau membeli belah..





berkepala tapi tidak mempunyai badan seperti hantu penggal, itulah dia model kepala untuk dimuatkan di tudung.. jangan takut, kerana ianya tidak menganggu tidur anda..


ni aku suka..sedap weyh!!!

nak nikah? ni makanan dia..lai lai lai.


majlis tanpa makanan memang tak sah dan buat orang marah!hahaha



blog ini http://norazlinabdrahman.blogspot.com/ kepunyaan kakak aku. comel? teletubbies  ya ampun, derhaka kejap..hahaha.... antara yang terdapat di blog hencek ini adalah:



  • perniagaan berasaskan makanan
  • perniagaan berasaskan pakaian muslimah

jangan tunggu lama-lama, nanti kalau dah melepas, padan muka.. ingat http://norazlinabdrahman.blogspot.com/ , ingat lah untuk shopping dan mengenyangkan perut di majlis hari jadi mahupun majlis perpisahan cikgu sekolah.. ~sekian zzzzzz...




Read More

Mar 2, 2012

Di antara alam kita semua..



banyak benda turun temurun yang dapat aku dengar. kadang kala terasa gembira bile mendengar dan berimiginasi, kadang kala, terasa boring nak mampus tahap kritikal bila mendengar.


ALAM PERSEKOLAHAN

" malas la nak bangun pagi, pakai baju uniform dan ke sekolah"

"bosan la perhimpunan ni, berdiri ramai-ramai dengar cikgu membebel ntah pape..!"

"saya dah besar lah cikgu, kenapa nak rotan saya pulak?"


bosan3.. lambatnya masa bergerak, tak sabar nak masuk alam universiti nih..mesti best, bebas, boleh buat apa sahaja. zaman persekolahan zaman paling boring lah !! 



ALAM UNIVERSITI

"tak kan la baru masuk sem dah ada assignment, madam? rilex lah, baru je nak lepak ngan kawan-kawan"

"arghhhh...sakit otak la aku dengan thesis ni, nak lepak dengan kawan-kawan pun tak ada masa!"

"alah, madam ni kedekut markah la, carried mark bapak sikit, susah la saya nak lulus paper ni"


sakit otak la.dah nak gila otak ni, jem, beku, tepu semua ada. alangkah bestnya bila boleh putar masa, best la zaman sekolah ni, boleh lepak ngan kawan-kawan, gurau-gurau..hmm..lambatnya tamat belajar, bestnya kerja, dapat duit, rilex..



ALAM BEKERJA


"mana kertas kerja yang saya suruh kamu buat itu hari?  lambat lah, sakit hati betul"

"alamak! boss dah masuk office, mati lah aku, report yang dia suruh, aku belum siapkan"

"keluar rumah pagi, ballik rumah malam. adoi, udah ler dalam seminggu cuti sehari je."



mana kawan-kawan aku selama ni? sudah bawak haluan masing-masing ke? lagi lah tak ada life sekarang, dulu walaupun busy, tapi tidak sebizi sekarang. kenapa lah dulu aku cakap zaman bekerja best, zaman belajar tak best. aku nih memang tak menghargai apa yang aku ada sekarang eh? bila tak ada cakap tak sabar, tapi bila dah ada, mengungkit pula, mengeluh.huhu



ALAM YANG WAJIB DIRASAI


kita tidak pernah terfikir, kita tidak meminta cepat, tetapi kita wajib ke alam ini, kita semua wajib! dulu di alam bekerja, kita cakap best bila di alam belajar, boleh bersama-sama kawan, kita boleh berhenti kerja, masuk universiti lagi untuk sambung belajar..tapi bila kita sudah di alam ini, kita TIDAK boleh berpatah balik..





setuju tak? bila dah bekerja, teringat zaman belajar.. manusia tidak pernah puas.. renung-renungkan. :-)



Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates