Nov 14, 2011

aku adalah serangga


aku kecil bila dikelilingi orang ramai..aku kerdil, tidak tahu apa yang perlu aku buat, terasa tidak berdaya untuk melakukan semua benda. aku perlu tengok keatas untuk melihat orang ramai, dan orang ramai perlu tunduk untuk melihat aku..



aku disisih daripada untuk sama-sama bergelak ketawa bersama orang lain, tapi aku tabahkan hati untuk teruskan hidup dengan bahagia dan tenang. aku tahu dan sedar siapa aku dan tahap aku, tapi aku pun berhak untuk merasa seperti semua orang. iaitu kebahagiaan.



doa selalu menjadi temanku untuk aku terus bersemangat. air mata ketika berdoa akan aku anggapkan sebagai titik perjalanan aku yang akan aku tempuhi nanti. perit, pedih dan sedih aku akan lalui, insyaALLAH walaupun apa yang menjadi halangan nanti, aku akan tabah dan tempuhinya..



walaupun aku hanyalah serangga, kecil dan selalu kehadiran aku tidak diperasan. tapi, aku aku berhak dan ada hak untuk berjaya dan aku ada hak untuk menjadi yang terhebat. walau kita ni raksasa sekalipun kalau kita tak ada semangat dan kesungguhan, lama kelamaan raksasa pun akan menjadi serangga. tidak mustahil jika suatu hari nanti serangga akan menjadi raksasa!



sumber


" semua orang berhak untuk berjaya selagi mereka mempunyai usaha dan semangat yang kental!!"

Read More

Nov 10, 2011

sebelas sebelas sebelas


sebelas sebelas sebelas


ketika aku lepak dengan kawan2 sekampung di sebuah kedai makan. dengan berbekalkan air tea o ais segelas seorang, kitorang memulakan perbualan kosong. perbualan yang paling menarik bagi aku adalah mengenai sebelas sebelas sebelas atau 11.11.11..  tarikh yang lawa, hanya sekali seumur hidup kita jumpa tarikh tersebut..




~............iklan............ tarikh sebelum ni bukan sekali seumur hidup jugak ke? contohnya 10.11.11, pada tahun depan da tak ada tarikh tu, dan akan jadi 10.11.12. ok, untuk bunyi yang lebih menarik, tarikh yang cantik..nak tunggu lepas ni 22.22.22. eh, ada ke bulan 22? arghh..!!




bermacam2 yang aku dengar dengan tarikh 11.11.11 ni.. kalau benda yang berfaedah aku boleh berdiri di belakang kau, sokong kau, sambil panggil nama kau dengan pakai skirt, joget2.. ok, gila.. banyak yang aku dengar benda yang kawan2 aku akan buat dengan tarikh tersebut..antaranya:



  1. berhenti merokok.
  2. nak kahwin
  3. nak bertunang
  4. nak melamar awek
  5. nak edit blog..err?
  6. nak buat perubahan pada hidup. daripada malas ke rajin..bagus!!
  7. nak keluar dating
  8. nak belanja family makan besar
  9. nak memulakan perniagaan
  10. nak belanja aku makan. bagus, boleh buat menantu!



sumber



apa2 pun yang korang nak buat, pastikan buat benda yang elok ok.lain la kalau dengan tarikh ni korang nak buat benda mengarut.. nak clash dengan awek ke, nak pergi merempit ke..itu b**** namanya.. aku?tarikh ni aku nak pergi solat jumaat. jangan tanya kenapa, korang boleh tengok klendar! anda pula bagaimana?




"kalau niat baik, insyaALLAH akan dapat, janji ada usaha..peace yow!"


Read More

Nov 7, 2011

lelaki semua sama!! suka curang dan tak setia..

Lelaki semua sama saja, tak cukup sorang, tambah lagi sorang..curang.. pantang tengok dahi licin, mula la nak ngorat, mintak no fon, nak buat awek..ayat manis2 yang diberi, tapi semuanya tipu..huh.. semua laki sama saja..suka menyakitkan hati perempuan..perempuan juga yang kena akibatnya. frust, kecewa, menangis tepi tiang rumah.


selalu tak baca status macam tu di facebook or twitter? lelaki sama saja kan? curang, tak setia, penipu, kata2 saja yang manis, tapi hakikatnya, hampeh!! jap2, semua lelaki sama eh?


~ sebulan kemudian..


Akhirnya aku jumpa juga lelaki idaman aku..setia, baik.. ada juga teman aku, pendengar setia aku, penasihat setia aku, tempat kongsi masalah.. I Love U sayang..TQ tau sebab jadi lelaki yang setia pada sayang.. hyep, tadi cakap lelaki semua sama saja? tetiba pula cakap ada yang setia..saya rasa awak ni nyanyuk kot dengan kata2 awak tu haa.. sila tengok status yang awak update sebulan yang lepas..




sebelum tu, meh aku nak tanya.. lelaki je ke yang pandai curang? lelaki  je ke yang jahat? lelaki je ke yang penipu dan mulut manis, suka bagi kata2 yang manis, sehinggakan perempuan cair, tapi hakikatnya tipu? meh semua bangun daripada kerusi, tepuk tangan kuat2..bangga aku jadi lelaki, hebat kan. dah tak ada lepas ni lelaki yang baik2, yang setia..



perempuan semua setia kan? tak ada yang curang, semua baik2.. tolong weyh, dah lama aku perhatikan ayat tu..semua lelaki sama, suka pasang awek ramai2.. aku lelaki, tipu la kalau aku tak terasa kan. anda cakap lelaki begitu.. tiadakah perempuan yang curang? jawapannya RAMAI. pikir positifla sikit, anda kata semua lelaki sama, tanpa anda tidak sedar, anda telah menuduh dan fitnah semua lelaki kat atas muka bumi ni..



"awak tahu tak kenapa saya curang ngan awak? sebab saya bengang kat laki, laki semua sama, suka curang, saya tak percaya lelaki" cakap seorang awek kepada pakwenya selepas kantoi dia curang. huh, lelaki juga yang dapat nama buruk..si pakwe setia, tiba2 sedih dengan statement anda itu.



entry ni bukan nak cakap perempuan semuanya sama, suka curang, dan lelaki baik..tidak!! aku cuma nak cakap, jangan sebabkan masa lampau anda, anda menghukum lelaki lain yang memang berniat baik terhadap anda..pikir positif ok..



" Jangan nak menghukum orang yang tak salah..peace yow!!"

Read More

Nov 2, 2011

aku dan Aaron Aziz mengikut cerita emak aku

suatu petang aku terasa amatlah bosan, bosan sehinggakan aku tengok biawak yang melintas jalan pun terasa nak kejar dengan perasaan riang dan gembira.. bukak facebook, tak ada apa, bukak twitter, membebel jap, dan tutup..selongkar laptop ni, apa yang ada, dan teringin nak tengok filem KL Gangster kali ke 568..


aku play filem tu dengan menggunakan media player classic, dan filem bermula.. tiba2 mak aku datang dan berlabuh di sebelah aku..ok, tak apa, ada teman berbual.. dan keluarlah Aaron Aziz, maka bermulalah angan2 aku yang watak tersebut aku yang pegang..dan dalam masa yang sama mak aku mengeluarkan kata2.. haish, tak boleh nak menjiwai watak ni..huh


kamu tahu tak mak dulu masa muda2 selalu ke Singapore. honeymoon dan jalan2.. dulu Singapore tak macam sekarang, dulu mudah nak keluar masuk.. kata mak aku..dalam hati aku, ok sekarang ada 2 filem yang perlu aku hayati.. kamu kenal tak siapa yang dalam filem tu? orang Singapore tu kan? tanya mak aku.. hah? a'ah, kenapa dengan dia mak? tiba2 perasaan ingin tahu membakar dalam kepala otak aku ni..dan pelik, macam mana mak boleh kenal dia ni..


dulu mak ada kenal seorang orang Singapore, dia memang baik dengan mak dan suami mak tu, abah kamu la. kalau mak ke sana, mak mesti call dia, dan tumpang rumah dia, dia yang tunjukkan tempat yang menarik bla bla bla bla..ok, aku malas nak taip dan aku tak ingat apa yang mak aku cerita panjang2 tu haa. lama sangat ni intro wahai encik mak.. gertak hati aku..



................dan selepas 2, 3 kali mak ke sana, mak baru tahu mak ngan dia ada kena mengena. dah besar anak dia sekarang ni, popular pula tu, tak sangka.dulu mak yang mandikan dia, belikan dia gula2 dan bawak dia gi jalan sama2.. hahh, saya dengan Aaron ni ada kena mengena ke mak? tanya aku.. iya lah, kamu dan dia memang ada kena mengena. mak tengok kamu pun sama dengan dia tu haa..jawab mak aku..

sumber

aku kena minta maaf dengan ramai orang ni..dah ramai yang aku bagi penampar sebab cakap aku sama dengan dia, baru aku tahu kebenarannya sekarang..fikir otak aku sambil menyesali apa yang aku buat selama ini..


mak ni bia betul, kenapa mak tak bagitahu saya awal2 lagi? tanya aku dengan penuh penyesalan.. kamu yang tak tanya sebelum ni kan.. mak aku jawab sambil tersenyum..tapi aku masih lagi tak percaya..huh.. mak ni biar betul, dia tu siapa? sepupu saya ke? dan apa yang sama saya dan dia ni.. kepala aku bertambah bengong..


kamu dan dia memang ada kena mengena.. bukan sepupu la, bak kata pepatah orang veteran, bau2 belacan..hmm..betul ke tak mak tak tahu pepatah tu.. kamu dan dia kan saudara sesama islam, cucu cicik Nabi Adam a.s.. dan kamu dan dia ada satu persamaan, dia laki, kamu pun laki kan.. gelak mak aku sambil bangun dan terus keluar dari bilik aku.. pandai pula mak aku buat lawak ni..ingat sepupu aku la tadi..mood: kecewa tak ada motif..




"kita semua saudara, tak usah nak gaduh-gaduh ya!! peace yow!!"

Read More

Nov 1, 2011

aku dan kebakaran

aku baru sahaja balik dari kelas..badan penat, otak pun sama.. kalau ada yang tanya aku teka teki, memang aku terajang2 dia ni.. tiba2 aku nampak sesuatu melambai setelah daun pintu aku bukakan..nampak tilam dan bantal memanggil aku untuk mendampingi dengannya.. ya!! aku setuju..



tido aku kali ini amat bermakna sebab aku bermimpikan sesuatu yang best.. nak tahu ke? tak yah la, malas aku nak lari topik..!! tiba2 aku terhidu bau asap yang masuk terus ke lubang hidung aku tanpa meminta kebenaran aku.. saraf2 dalam otak aku sedang bergerak aktif, untuk memastikan asap ini daripada mimpi atau daripada alam realiti..




ya, ini memang betul2 bukan cobaan.. aku bukak mata, dan ternampak asap memasuki melalui lubang bawah pintu, dan permandangan di luar, memang kabur dengan kepulan asap. aku segera kejutkan kawan aku dari terus bermimpi.. dan sambil meminta tolong dan menjerit.. "tolong kami weih, kolej terbakar" aku ulang beberapa kali..




aku teringat aksi dalam filem, yang memboloskan diri daripada kebakaran, aku dan kawan aku sambil meminta tolong dan sambil berlari keluar daripada kepulan asap di kolej.. perasaan aku melayang ke kampung, macam mana perasaan keluarga, kawan2 dan orang kampung kalau aku mati rentung kat sini..



sampainya kami di tempat berkumpul..aku tengok dah ramai student kat situ.. dan semua tengok kami dengan gelak ketawa.. aku hairan, aku hampir mati pun ada yang nak gelak, celaka!! dan seorang kawan sekelas datang dan memberitahu, itu asap daripada jabatan kesihatan, mahu bunuh nyamuk la kawan!!



damn.. memalukan aku.. aku mati2 ingat memang ada kebakaran. sorang pun tak datang kejutkan kami kan. sumpah malu..

sumber


"Jangan tidur di siang hari kerana akan menyebabkan mimpi tentang kebakaran.,peace yow!!"


Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates