Oct 31, 2011

keenakan chocolates mula terasa.. tempahan dibuka!

aku yakin, pasti, dan da memang tak nak talian hayat yang ramai sukakan untuk makan chocolates kan? makan sampai gigi yang putih jadi hitam..lepas tu keluarkan lidah dan tunjuk kat kawan korang..nascaya kena penampar!! try la..best!!



chocolate bukan budak sahaja yang suka, orang tua pon ada yang suka apa, aku pon suka, walaupun aku bukannya tua lagi..sambil tunjukkan gigi yang masih penuh..asli tau!! chocolate juga digunakan pada majlis rasmi, tak caya? contohnya, majlis perkahwinan, pertunangan, gunakan chocolate sebagai hantaran. tak caya lagi? lantaklah..



k's homemade chocolate  (pagenya) akan memenuhi citarasa penggemar chocolate dengan keenakan chocolatenya.. korang boleh menempahnya dengan harga yang memang berpatutan dan mampu milik.. harga bermula dari RM1.60 dan ke atas.. see, aku dah cakap kan, mampu milik.. meh jamu mata jap..


yang ni exclusive box..sesuai untuk majlis2 rasmi seperti perkahwinan dan pertunangan..hmm..best3..



yang ni pula paraline chocolates.. buat aku tertelan air liur je..siyes..


yang ni star box & love box. boleh pilih nak bentuk start or love.. sesuai nak bagi kepada pasangan kekasih..awww.. romantiknye bagi chocolate kat awek..





yang ni namanya loli chocs & big oreo.. best3..yang ni majlis hari jadi sesuai..bagi kat kanak2 makan..pasti mereka terdiam kesedapan..


banyak lagi set nya.. set A sampai F.. mengikut bilangannya.. dan korang boleh request untuk tulis nama anda dan teman istimewa anda..atau pun nak tulis mengikut majlis apa.. contohnya selamat pengantin baru, selamat hari jadi, atau pun saya sayang awak..


tunggu apa lagi? sanggup telan air liur je tanpa merasai keenakannya? pergh, bayangkan, bila kita gigit, chocolate tu hancur dalam mulut kita..best woo.. gulp.. kalau korang berminat, nak order, sila like page ni K's homemade Chocolates dan boleh buat tempahan dan pertanyaan ok..dan akan dihantar melalui post..


"aku dah rasa, memang sedap..anda bila lagi?"

Read More

Oct 30, 2011

ayat manja atau ayat mintak penyepak ni?

Assalamualaikum...


korunk buat ape jew tue? borink lettew? kecian jew korunk sebab tatau nak buat apew kannnn.. ta kua jalan-jalan dengan awek kew? untunglaaaaa ada awek kannn.. eee..shukew2 boleh lepak ngan awek kat tepi pantai tu, korunk na jelez kew? tak shukew ke?



korunk bayangkan, duk tepi  pantai tu, romantik kan? shukew2.. na cakap kat dia yang kitew sayunk die ketat2.. bila tak jumpa lame2 kite winduuu cangat2 kat awak awww... awak kena la tau yang kiteww cayang awak cangat2..awak jangan curang awww..eleh, malu letteww...




satu hari tu, saye mesej awak, tanye winduu kite tak..awak cakap takk.. cedih cangat2 tau.. campai ati awak wat kitew camni..menci3!! tak cukew aww awak cakap ta winduu kitew..  kenapew awak chuke cangat uat itew camniiii? huh, menci ah kat awak..   awak ingat awak encem cangat ea? huh..



eee... terasa nak terangkat je kaki ni haa...ahhaha..amacam? ada berani cakap  camni depan orang ramai? dan boleh kira berapa cop kaki yang ada di belakang korunk..eh silap.. korang..hahaha...




"ni entry sajew2 jew..jangan marah kitew aww.. peace yow!!"


Read More

Oct 25, 2011

special promotion..photoshoot jom!! murah jer babe, siapa cakap mahal?

Assalamualaikum semua...

aku yakin dan pasti lah ramai yang menyimpan keinginan nak posing ala-ala model dengan berphotographerkan oleh photographer yang amat mahir.. tapi, mesti keinginan tu korang buang jauh-jauh kan sebab mahal nak buat ni semua..sedeyh!!


tapi tak apa, meh sini aku nak ubat duka korang tu..alaa bucuk2..  percaya atau tak kalau aku kata dengan adanya duit tujuh puluh sembilan henggit di dalam poket korang tu, korang boleh berphotoshoot geli geleman ala2 model.. korang boleh la berguling ke, meniarap ke hape ke dalam masa 45minit.. hyepp!! sorang jer ok, kata potrait..



  • Price RM79 only
  • White studio photoshoot with Aizul Marcello and team
  • 45 minutes session, unlimited shots
  • This promo valid until 28th October 2011 only, bookings can be made by the date
  • Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam



aku tak nak cakap banyak la..korang pergi la studio mana sekali pon, tak akan dapat harga ni.. 28th October 2011 last ok..kalau korang reserve booking and make full payment, korang boleh buat photoshoot korang sampai december 2011..sempena pembukaan EyeStudio Photography.. rugi jer kalau tak amik peluang semurah ni.. pendek kata, menangis air mata darah la!!!








tipu la kalau ada yang tak kenal aizul marcello ni.. dia satu Malaysia pusing amik gambar ok, tapi sekarang dia buat promosi gila baben murah, korang tak kan nak tolak camtu je kan? so, apa nak tunggu lagi? masa tak tunggu kita la babe!haha.. moh la kita ramai2 jom!! like fan page eyestudio ni EyeStudio Photography dan booking secepat mungkin kalau tak nak menangis!!



hyepp!! bukan itu saja.. EyeStudio Photography juga menyediakan pakej untuk macam2 event..perkahwinan, convocation,  pertunangan ke dan macam2 lagi..boleh je booking, tak kira daripada negeri mana sekali pon!!







mahu tak tertelan air liur tengok gambar lawa cam gitu haa? udah2, tak yah nak tunggu lagi ok..jom ramai2 berphotoshoot ala-ala model, tak kira la nak verangan nak jadi aizul marcello ke, aaron aziz ke, ramli sarip ke.. 45minit tu masa korang, posing sepuas hati ok.. semua geng2 photographer ni teramatlah sempoi, dan korang tak akan merasa malu di depan kamera tu nanti..!!


"jangan nak lepaskan peluang di depan mata"

Read More

Oct 24, 2011

gambar perhentian bas yang pelik

















sumber : gambar menarik

agak-agak korang bila la perhentian bas camni nak ada kat Malaysia ea? dan agaknya berapa lama boleh tahan kalau ada perhentian yang macam ni? keh3

Read More

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

cerita yang menarik yang aku jumpa dalam facebook..jom baca jom..!!


Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu...

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm... itulah yang saya lakukan sekarang.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.

Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.

Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun 'masa hadapan' ini tidak muncul-muncul.

Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.

Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?

Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.

Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.

Sekian, terima kasih



sumber


Read More

Oct 22, 2011

blogger ni buat aku terharu.. terima kasih!!

Assalamualaikum...


yeaaa!! dapat header baru..  amacam? lawa kan? dah lama tak pakai header baru, asyik duk tukar yang lama je. nak edit tak pandai..ni lah masalahnyer aku, tak kreatif, macam mana nak maju..heh3..




cepat jelez cepat jelez..nanti aku bagi upah gula2 sugus sebijik untuk dua orang..haha.. header yang menarik dan lawa ni datangnyer daripada empunya blog dinky wink myravea .aku yakin, pasti, dan sure termasuk kompom korang semua kenal kan3..eleh, malu2 nak ngaku, tampor kang!!



terima kasih kepada beliau kerana menyediakan header yang lawa ini untuk aku yang kerdil ini.. bejuta-juta terima kasih.. siyes terharu!! sebenarnyer aku nak tempah header dengan dia, tapi memandangkan aku tak ada lagi gambar dan idea untuk buat header, pastu dia bagi header ni.. ayyaakk..malunyer..




blogger ni banyak baik laaa..walaupun dia ni femes sangat2.. hadiah daripada blogger katanya.. buat aku terharu la weii.. sambil menitiskan air mata.. jom ramai2 ke blog dia..yeaayy!!!




Read More

hilangkan stress bersama Wokyoh, Samad, dan Said..

pernah tak korang tengok wayang kulit? tapi ni wayang kulit versi yang lagi menarik semua peringkat usia, wayang kulit dalam bentuk kartun.. mungkin ramai yang sudah kenal, dan mungkin ada lagi yang belum kenal, wayang kulit yang terdiri daripada "wokyoh, samad dan said".




mengisahkan 3orang tua yang berasal dari Kelantan dengan pelbagai kisah hidup mereka..  kalau nak tengok masa boring dan untuk hilangkan stress memang dialu-alukan, sebab video ni penuh dengan gelak ketawa..terbaik bro!!




amacam? best? ada faham kah? kalo korang faham, aku jamin, lantai rumah korang tu, akan menjadi tempat korang berguling sebab gelakkan 3orang tua ni..keh3..


Read More

Oct 21, 2011

alam realiti ke alam maya..

sebelum ni, aku ada post pasal dari alam maya ke alam realiti kan? tak caya? huh, kurang asam, tekan sini .. sekarang ni, aku nak cakap alam realiti ke alam maya..terbalik pulak kan..heh3..  maksud di sini, sebelum ni duk gurau di alam realiti, boleh la kalo nak sepak terajang ke, memang kena la, tapi sekarang, nak sepak dah tak kena, sebabnye, di alam maya, kita tak boleh nak body contact..heh3..



dipendekkan cerita yang memang sudah sedia ada pendek ni, sahabat aku ada buat satu blog, ke sebuah blog ea? lantak laa..  dah lama dia nak buat blog ni, tapi masa yang tak mengizinkan..ceh!! bajet sibuk macam wakil rakyat mu nih..pirahh... tapi sekarang, kitorang sudah berjauhan, cuma boleh berhubung di alam maya jerr...




blognya yang bernama CCTV Kuala Lumpur... seorang photographer yang sedang gigih mengasahkan bakatnya supaya lebih tajam dan menjadi yang terhebat diantara yang terhebat..heh3... jom ke blognya.. http://cctvkualalumpur.blogspot.com/





seorang yang handsome dan rajin.. sekarang ni, dah bising di Kuala Lumpur, di mana, makcik2 sedang bergaduh mulut dan bertumbuk, disebabkan si Pa'an ni.. bergaduh untuk jadikan dia menantu..haaa.. kau ada orang berebut nak buat menantu cam tu?



"jom berkenalan dengan empunya blog tu.. meriahkan lagi dunia blog..heh3"



Read More

Oct 14, 2011

Justin Bieber mengikut ramalan encik nujum

berita tergempar.. encik nujum, bukan nama sebenar telah menggemparkan dunia hiburan dengan ramalan beliau yang telah mengejutkan peminat setia penyanyi Justin Bieber..aku pasti semua orang kenal artis ini, terutamanya awek2 kan..keh3..


sumber

ramalan yang dibuat oleh encik nujum itu mendatangkan kemarahan daripada orang ramai terutamanya peminat si Justin tu haa..nasib baik tak ada rusuhan je la, angkat sepanduk bagai...ramalannya ialah muka Justin Bieber apabila sudah ditelan usia..


sumber

kemarahan peminat beliau kerana tiada lagi kejambuan di muka si Justin ni...muka jambu itu telah bertukar kepada muka durian..keh3..salah seorang peminat beliau berkata " saya bantah dengan ramalan tentang Justin, kembalikan kejambuan beliau"



~entry ni sekadar santai2..kepada peminat fanatik beliau, jangan marah ye..

tq sudi luangkan masa baca blog ni..
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..


Read More

Oct 13, 2011

awas! CINTA anda telah ditolak!

itu la hang, jatuh cinta secara tak sengaja lagi, tak sedar konon jatuh cinta, tengok sekarang sapa yang sedih? hang jugak kan? sapa yang pedih? hang jugak kan? ada dia nak datang cakap i'm sorry kat hang? nan hado kan? yang hang buat sebelum ni ada hasil? nan hado jugak kan...  ~tetiba mamak roti canai datang membebel depan aku.. damn!!


sebelum ni aku ada bagitahu tentang tidak sedar jatuh cinta kan? haa..ni aku nak bagitahu kat korang tidak sedar cinta anda ditolak, direject, dan sebagainya.. kita sedap je duk tersengih2 atas tilam sambil tangan duk atas dahi, senyum je duk pikir pasal dia, tapi dia tak ada perasaan pun kat kita..kita tak tahu, bila tahu? pedih babe!!! ~hahahahaha.. gelak jahat..



mudah je rasanya nak cam kita bertepuk sebelah tangan atau tepuk empat belah termasuk kaki..ini pendapat aku lah, pengalaman aku setelah khatam tengok cerita2 cinta dari Malaysia, Korea, English dan Thailand..heh3.jangan main tengok je movie tu, tapi buat kesimpulan..



  1. dia tak balas mesej korang.huhu..yang ni mesti pedihkan duk tunggu je pegang HP ke hulu dan ke hulu lagi barulah ke hilir. kalau dia betul2 tunggu kita, dia akan balas punyer, sebab dia pun tengah tunggu mesej kita, bila dapat, dia tak sabar2 nak balas haa..
  2. tak terlalu caring.. tak tahu pasal kita pun tak apa, tak tanya khabar pun tak apa, kalau sakit pun sakit lah tak apa..huhu.. maksudnya, kalau kita mesej dia tanya khabar, mungkin dia akan jawab (kalau jawablah) dan tak naknyer nak tanya kita balik. kalau dia betul2 ada perasaan kat kita, mesti perasaan sayang pun akan timbul right? dan dia akan risaukan kita jugak..am i right?
  3. kita duk puji dia je, dan bagi kiasan yang kita suka dia, dan dia buat tak tahu je..ceh, malu babe..hahaha..maybe malu kot..kata orang tua, diam tanda setuju kan? 
  4. tiap kali kite call, tak pernah sekali pun dijawabnya..tak apa,  jawapannya amatlah kukuh, sebab suara perempuan aurat, tak boleh cakap dengan laki tanpa sebab..tapi bila kawan kita (laki) call dia sesaja dan cakap lama2 tak apa  pulak.. err...


setelah 4malam aku tak tido, duk je dalam lab untuk buat kajian ni sambil tengok movie2 cinta , maka aku dapat 4 kesimpulan itu..lain kali aku nak buat kajian lain lagi..keh3..udah2, kalau  orang dah tak sudi, jangan kita paksa dia..kalau kita sayangkan dia, lepaskan dia, biar dia bahagia..perhatikan dari jauh je ala2 CSI Kemamam..haha


~ sendirian menunggu sms..hak2



"if in this damn life you find someone who couldn't damn love you the way you  damn love him, 
don't damn cry too much . Go to him and tell this right to his damn face"

"I Love You...But, damn you!!!  -NurulBadiah Lai




tq sudi luangkan masa baca blog ni..
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..

Read More

Oct 10, 2011

dari alam maya ke alam realiti~

alam maya alam apa pula kan..alam yang tak bermaya? macam kucing yang tengah demam selsema? duk bermenung je pikir masa depan..haha..ok, nak ambil mood siyes jap..ok, alam maya adalah alam yang kita kenal seseorang menerusi jalur lebar atau internet, tak dari mata ke mata laaa..dan selamat dari jatuh cinta kan?haha



ok, sebagai contoh, aku kenal korang melalui blog, dan lepas itu melalui facebook ke, duk balas komen kemain lagi kan, macam kenal dari tadika kan..dan chatting pasal benda2 bengang macam dah kenal dari zaman batu lagi..  contohnya, kau mandi pakai clorox la, muka kau macho macam siti nurhaliza la.. tak kenal sangat lagii, tapi berani mengata tanpa ada perasaan takut kena tampor..haa, tu maksud aku!!




selama ni aku kenal mamat ni, hanyalah melalui alam maya, yelah kan, nak pergi jumpa, tapi jarak yang jadi penghalang kan..ayat nak klasik je..huh!! tapi beberapa abad yang lepas, lupakan salah guna perkataan abad tu~ aku berjaya jugak untuk berjumpa dan mengenali kawan ni dengan lebih dekat.. pendek kata, sebelum ni duk contact tapi tak nampak tuan punya badan, tapi kali ni dapat jumpa depan2..errrr..



seorang yang terlampau baik hati dan memang baik orangnya, tak sombong dan sempoi..bukan ayat bodek ni, tapi ikhlas!! baru aku tahu kenapa ramai yang suka berkawan dengannya..heh3.. sempat la jumpa sebanyak 2kali..dan tak sempat nak jumpa lama2 sebab masa tu aku tengah praktikal lagi, dan aku terpaksa ke kuantan sebab ada hal..hope kau ngan Taq enjoy di bumi Terengganu!! yeah...ejah boh!!!!


gemok pulak aku dalam gambor ni..heh3


terima kasih sudi menjadi kawan yang terbaik!!! tahniah Aizul Marcello dengan pembukaan EyeStudio Photography ..
alam maya pun boleh mengeratkan persahabatan dan boleh cari sahabat right? so, gunakanlah kemudahan ini dengan seelok-eloknya ucapan daripada bakal wakil rakyat...heh3..
sebelum ni pun aku dah cerita yang jumpa kawan di alam maya Iqbalhakimi dan Puteri kan..



"Gunalah kemudahan yang ada untuk mencari kenalan seramai-ramainya, dan jangan salah gunakannya!"

terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca blog ni..
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..




Read More

Oct 8, 2011

tidak sedar sudah jatuh cinta.

Assalamualaikum..


kepada yang masih lagi single, atau pun single not available ke, yang dah couple ke, yang dah kawen ke, mesti korang pernah "jatuh cinta" kan? jangan nak tipu la, dulu time korang sekolah dulu duk cinta sakan tu ape? cinta monyet?



ok, kepada  yang single @ single not available, korang pernah tak jatuh cinta? maksud aku, jatuh cinta secara tak sengaja.. haa.. mesti pelik kan bila dengar jatuh cinta tak sengaja..ni sindrom ni, bahaya, dan ada banyak cara untuk tahu yang kita jatuh cinta secara tak sengaja ni haa.. ok, duk elok2, meh aku citer kan..



korang pernah tak suka tengok tingkah laku seseorang.. which mean, korang suka sangat tengok gaya seseorang tu..ok, contoh la, aku suka sangat tengok gaya dan tingkah laku si  Fatimah ni.. nampak cute je, manis, manja pulak tu, tapiiii malu la nak tengok lama2 dia ni..  bila kita malu nak tengok dia walaupun kejap, tu menunjukkan ada sesuatu perasaan dalam hati kita..



handfon korang tu, sentiasa je ada dalam gengaman, atau pun korang selalu je tengok kot2 ada mesej yang tak perasan. setiap minit asyik menunggu je mesej dari seseorang. tiba-tiba sampai mesej..tutt tuttt tuuuttt tuttt.. yeaaa, happy2 dapat mesej kan, tetiba je frust sebab Samad yang hantar mesej tu dan bukannya yang ditunggu.. sebab apa korang tunggu mesej dari dia je? sebabnya korang dah jatuh cinta dengannya tapi korang tak sedar..



setiap kali korang online, benda wajib yang korang akan selalu bukak dan refresh selalu ialah "profile Facebook dia". refresh berjuta kali pun, dan setiap kali refresh, korang tengok Default Picture dia, korang akan tersenyum walaupun gambar itu tak pernah pun berubah. dan korang akan menunggu si dia online, bila je dia online, korang akan rasa berdebar untuk tegur si dia..




tanda ni yang paling penting, kalau betul tanda ni berlaku pada korang, aku boleh jamin yang korang sedang jatuh cinta secara tak sengaja, siap ada cop sirim lagi.. ok, saat korang baca entry ni, dan tanda-tanda kat atas ni, korang akan ingat kepada seseorang..dan orang itu lah sebenarnya yang korang dah jatuh cinta secara tak sengaja.. renung-renungkan kawanku!!


terima kasih hencek utk gambar ni.

"jangan selalu bermenung untuk ingatkan si dia,  tetapi bermenunglah untuk berfikir macam mana untuk dapatkan si dia dan menjaganya sebaiknya"




tq sudi meluangkan masa baca blog ni..
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..


Read More

Oct 5, 2011

Tak Guna Ada Kawan Kalau....

semua orang ada kawan kan? ada yang tak ada kawan? tak tahu lah aku nak cakap apa kat kau. bukan manusia je yang ada kawan, kucing pun ada kawan apa, jalan sama2 pergi cari makanan, pas tu kena kejar anjing, berlari sama2..


best kan ada kawan, ada teman nak ajak berborak, minum air sama2, ajak main bola petang2, dan luahkan apa yang terpendam..jadi pendengar setia gituuww.. errk?


bergunakah kawan dalam hidup kita ni? besarkah makna kawan dalam hidup kita ni? kalau tak ada kawan kita boleh hidup dengan bahagia tak? jawapan aku, kawan amat penting..tapi tak guna kalau ada kawan yang makan kawan..kau, boleh blah kalau nak berkawan tapi untuk kepentingan sendiri..



  • apa gunanya kawan kalau kawan sendiri yang ajak kita berlawan? dulu ok je kan, duduk semeja, borak sama-sama, minum teh tarik gelas yang sama, sebab, tak cukup duit nak beli 2 gelas. sekarang kau nak tunjuk besar kepala kau sebabkan perkara remeh?
  • apa gunanya kawan kalau nak taburkan pasir  dalam periuk nasi kawan sendiri.  atas dunia ni banyak lagi rezeki, kita boleh cari sama2 kan? tapi kenapa nak tutup rezeki orang? kau tahu tak itu semua berdosa?
  • apa gunanya kawan kalau tak nak tengok kawan sendiri maju ke hadapan, nak tengok kawan sendiri rebah, dan gelak kuat-kuat. weyh, bila melayu dan umat islam nak maju kalau semua orang begini? kau benci ke bila kau dan kawan kau tu sama2 berjaya dan menaikkan nama melayu dan islam? kita mundur, orang kafir gelakkan kita..nak camtu?
  • apa gunanya kawan kalau sekadar nak jadi gunting dalam lipatan. kau nampak baik je kan kat depan aku, aku cakap A, kau iyakan, tapi belakang aku, kau tikam aku, kau burukkan aku? apa nama kawan kau ni?  boleh blah la!!


dunia sekarang ni susah nak cari kawan yang sesuai.nak cari sahabat lagi susah berkali ganda. berhati-hati dengan dunia sekarang ni, makin ramai yang nak pakai topeng, dan tunjuk dia punya sengat!! kalau korang ada kawan yang boleh dijadikan sahabat. jangan lepaskan dia..jagalah anugerah tersebut.




sorry kalau entry ini kasar atau tak elok.. tak salah untuk sama ingat mengingati right?
suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..



Read More

Oct 4, 2011

saat terakhir bersama SAHABAT hingga hujung nyawa

yeaaa!! presentation praktikal dah habis la..sekarang kitorang sudah bebas daripada azab diploma.boleh ke?so, dengan gembiranya, jalan pon terasa cam terapung sudah, kitorang plan untuk buat lawatan sambil belajar ke besut dan Kota Baru, Kelantan..dan aku dilantik sebagai cikgu pengiring.. (sambil buat muka garang)..HAHA


baru selesai presentation la bro!!




perjalanan memang dihujani dengan gelak ketawa, walaupun kat luar tu hujan lebat.. macam2 cerita keluar, rindu time hidu kentut kau la, tertengok kau mandi la..huh, tak senonoh..tak boleh buat menantu~



hari pertama kitorang  pergi ke Kota Baru..sesi mengenalkan kota baru kepada kawanku yang berasal dari KL dan Pahang..dan juga sesi melembutkan lidah diorang untuk kecek kelate. kata nak cari bini orang kelate, kena la kecek kelate kan..walaupun dah 3tahun duk dengar aku kecek kelate je.HAHA


jangan hiraukan lelaki kat belakang sana..kami hanya bertiga

kitorang terus menuju ke KB Mall, dan menjamu nafsu membeli belah di sana.. bagus, anak2 aku ni semua gembira dan bagus sebab tak minta mainan mahal2 ngan papa..HAHA


setelah puas nafsu membeli dan menjamu mata di Mall, perut pon rasa lah lapar..dan kitorang pergi melantak tak hengat dunia di kedai Nasi Kerabu Golok..weiii..korang yang belom rasa nasi kerabu golok, kena try weih..Asli dari Golok..HAHA

nasi kerabu golok..best bro!!


nasi kerabu ni best sebab ia berasal dari Golok, Thailand, tak payah nak susah2 naik perahu menyeberangi sungai Golok untuk makan nasi kerabu ni sampai berpeluh-peluh.. HAHA


selesai sesi mengenyangkan perut dengan nasi kerabu Golok, kami meneruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh memandangkan hari sudah pun malam. wakaf che yeh ni biasa je, macam pasar malam, tapi ramai gile penjual, semua barang ada, semua murah2. dibuka setiap malam ok..membeli la korang sampai muntah hijau..



~hari kedua pulak iaitu hari last diorang ada untuk berada di pantai timur ni, dipenuhi dengan aktiviti kampung di kampung Pasir Puteh, Kelantan.. main dalam bandar dah boring kan, so, pergi lah main dalam sawah bendang pulak, main kejar2 ngan ular..mahu mati?HAHA

pandai pon cari yang muda..HAHA



jejaka idaman malaya



atas usaha korang, maka terhasillah air kelapa untuk diminum ramai2, sambil makan tengahari bersama-sama. best bro!!


usah hiraukan si oren yang tengah sedap mimpi tu..HAHA..ok, perut semua orang dah kenyang kan..tak caya? tengok perut sorang2 tu, semua dah boroi, kecuali aku..hak2.. sesi bergambar sebelum keluar ke sawah!!
apa tengok2? ~tetiba


cucu cicik Cik Siti Wan Kembang

kucing pon nak berposing..kau ingat kucing ni pemalu ke?HAHA.. puteri2 ni selepas lunch, terus balik ke Dungun mencari ilmu, cuma tinggal geng lelaki je keluar mencari rezeki di sawah..ayat nak hiba je~

teringat kenangan ketika menjadi mat rempit..!!

kami "kampung boy!!"


weyy..aku harap korang berpuas hati dengan semua layanan yang kami di sini sediakan..nanti datang lagi, banyak lagi tempat yang kita belom jelajah..


inilah sebuah cerita pendek tentang Sahabat aku yang sama2 hidup di UiTM sehingga sudah habis belajar..bermacam cerita yang kami lalui..!! thanks guys!!




suka entry ni? eh2, ada butan like la untuk ditekan..



Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates