Aug 28, 2011

kereta terputus dua.. Al-Fatihah..




DUNGUN: “Saya tidak menyangka arwah pandu kereta keluar dari kawasan rumah kerana dia tidak pernah melakukan tindakan seumpama itu sebelum ini,” kata Ahmad Sobri Badarudin, 35, abang kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 9, Jalan Teluk Lipat-Sura Hujung, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, Ahmad Sofri, 23, terbunuh apabila kereta Proton Iswara Aeroback milik abangnya itu yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 30 meter selepas kenderaan berkenaan terputus dua.


untuk berita selanjutnya: harian metro


Al-fatihah buat mangsa..semoga tenang disana, dan takziah buat keluarga mangsa..
aku sempat tengok kejadian tu, sebab kejadian tu dekat je dengan hotel tempat aku praktikal.
memang sedih tengok, ye la kan, dah nak raya ni..Al-Fatihah..


Kepada yg baru nak balik raya, Berhati-hati di jalan raya ok..ingat lah orang tersayang yg menunggu kita di kampung halaman utk beraya bersama-sama..




Read More

Aug 27, 2011

Permohonan Maaf Secara Terbuka daripada Hishyamuddin dot com




saya, yang bernama Hishyamuddin bin Abd Rahman, dan selaku pemilik dan penulis di blog http://www.hishyamuddin.com/ atau yg diberi nama tentang-tentang, ingin memohon maaf secara terbuka untuk semua pembaca blog ini..


sudah hampir setahun usia blog ini, pelbagai pahit dan manis aku dah tempuhi, dan yg sempat aku elak, aku telah pon elak dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran dan kepakaran daripada aku dan nasihat daripada semua, sehinggakan ter'drift' sedikit..



dari awal entry aku post sehinggalah entry yg seterusnya, aku nak memohon maaf untuk semua jika ada yg korang terasa hati dan tersalah bual bicara daripada aku..aku mengambil keberkatan bulan ramadhan ni, dan bulan syawal yg bakal menjelang, untuk menghulur sepuluh jari memohon maaf dan menghulur tangan utk meminta duit raya dari korang..heh3..


sumber

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

&

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE- 54



Read More

Aug 24, 2011

dulu menyumpah dalam hati, sekarang boleh tersenyum



mata aku berkelip dgn lajunya, umpama kereta yg memakai enjin berkuasa turbo.. kebosanan menyebabkan aku tengok jam yg tertera di talipon bimbit berjenama Blackberry Bold 4 limited colour aku ni.. wah, dah nak raya la, dan dah nak habis bulan ogos 2011..kejap je rasa, dah nak habis belajar di UiTM ni..




dulu masa mula2 masuk study kat sini..dalam hati aku kata " pening kepala, susah, dan penat!" kena belajar masak2, belajar jadi waiter, dan macam2.. hati aku menjerit keperitan, dan berdoa supaya hati aku tabah..



"lambatnya nak habis study" gertak hati aku dgn penuh rakus..cilaka! baru masuk dah pikir nak habis, tak tahan dugaan.. kalau kelas praktikal, kena berdiri berjam2, sampai lutut ni terketar2 bagaikan berada dalam "walking chiller"..



tapi semua tu dah berlalu..dulu yg pahit, dah menjadi manis bila dipikirkan balik..  pahit telah ditelan, yg tinggal hanya manis untuk dikenang..boleh ke? bukan kalau pahit kena tambah gula utk maniskannya?

sumber


dulu masa pak cik muda2, pak cik nakal..kena hukum ngan cikgu disiplin..dia rotan pak cik punya punggung, sampai merah..pak cik menyumpah cikgu tu, cilaka, berani kau rotan aku..nanti calar lah kereta kau tu..dah la botak, perut buncit, hodoh pulak tu.. kata hati pak cik itu sewaktu darahnya masih panas, seperti darah biawak..



tapi, sekarang kejadian tu buat pak cik tersenyum seorang, dan pak cik ceritakan kepada cucu2 pak cik yg semua yg terjadi ni pasti ada hikmahnya..jika anak ada cerita pahit yg sekarang dah jadi manis, boleh la kongsi di ruangan komen ni..



chaw!
salam



Read More

Aug 20, 2011

sia-sia je kau buat blog ni semua!

pada satu petang yg membosankan, aku lepak sambil menjamu telinga dengar radio.. dengan kaki yang bergoyang2, aku bukak blog aku ni.. "dah lama tak edit blog, malas la pulak" kata hati aku yg memberontak supaya tukar design blog..



" ko ni tak habis2 dengan blog ni, aku rasa sia2 je ko wat blog ni semua!" kata kawan aku yg datang dengan muka lapar penampar.. telinga aku dah mula merah! cilaka dia ni, !!




" heyyy!!! lu sembang ahhh..lu ada pistol? kasi tembak satu kali..lu ada parang? kasi pukul sini satu kali! ada berani ka? bagi waa mati sekarang la!!" tiba2 dialog ni berlegar dalam kepala dengan tiada motifnya..




entry ni gua kasi lu baca, selepas lu baca, lu baru tahu tentang penyesalan..ni antara sebab kenapa aku suka dengan blog!!


- aku ada blog, kau tak ada..hahaha

-bila ada blog, kerajinan membaca akan mula tumbuh, contohnya bila aku suka satu2 blog tu,
panjang nak mampus entrynya pon aku akan baca..

-kita akan tahu isu2 semasa dgn pantas.. blog yg membicarakan tentang isu semasa akan update
isu dengan cepat, lebih cepat dari TV dan Surat khabar..

- dapat kenal kawan2 baru.. dah ramai kawan yg aku kenal dari blog ni, sape cakap dengan
menulis kita tak dapat kawan?

- ada tempat untuk kongsi cerita dan maklumat kepada kawan2 bila ada blog, tak usah susah2
nak ajak kuar minum dan cakap kat kedai mamak lama2..

- sekarang dah ramai minat blogging la! makin hari makin ramai yg daftar tuk buat blog,
sampai TV pon buat cerita pasal blogger..

blogger boy




sia-sia kah buat blog ni der? tak kan?  setiap orang ada minat masing2, hormati minat kawan kita, jangan bagi dia down! kawan kena support kawan dia kan?


Read More

Aug 18, 2011

hanya yang kuat semangat dan berhati kering sahaja boleh masuk ke blog ini.

kepada anda semua yg berhati dan berjiwa kering, mari ke sini ramai2..ni aku ada cerita panas untuk kalian semua..pasti kalian tertarik punya..aku baru saja test hati aku ni kering tak..haha



dengan semangat yg membara, aku berjaya dan lulus dalam mengharungi saat2 yg meloyakan..!!
jom sama2 test korang boleh tak menghayati blog ni




"hidup dengan pantas, matilah dengan cepat, dan tinggalkan mayat yg menarik"


pesanan dengan penuh kasih sayang dari aku.. " kalau tak yakin yg hati korang ni kering, jangan masuk ketika korang berpuasa..nanti kalau termuntah, dan terbatal puasa pulak..


eh baru perasan, tajuk aku untuk entry ni panjang gila..haha..sama2 layan ke blog tu ya!!


chaw!
salam

Read More

Aug 15, 2011

RM1 sehari untuk jadi Gambargrapher..mampukah?

dengan kenikmatan angin kipas yg berkelajuan 3, dan kelembutan tilam bujang, tiba2 aku termenung dan tersenyum sorang2..aku sudah gila bayang, dulu aku pernah cakap aku aku sudah jatuh cinta, sekarang cinta tu berputik kembali ibarat bunga taik ayam yg baunya masuk ke dalam hidung dgn tajamnya!



kalau aku simpan RM1 sehari, dapatkah aku memilikinya? dan jadi gambargrapher yg sekadar hobi.. nampak ape2 yg menarik depan mata, maka, masuklah kamu ke dalam blog ini..tak kisahlah kucing mengawan ke, apek jual sayur korek hidung ke..ceh!! pengotor!!!



sudahlah, aku nak pi cari RM1 dan botol kosong satu, nak menabung.. kau tunggu aku!!haha, ceh berangan, tak sempat cukup RM10, tabung dah kosong..cilaka, nak menabung, tapi tak pandai...



Gambargrapher yg aku suka tengok gambarnya sekarang di blog Aizul Marcello, abang besar, pinjam nama "Gambargrapher" ya!!! terbaikkk...





dan satu lagi gambar dari http://www.digitalmukmin.com .. ni antara gambarnya yg aku pinjam..



 pemiliknya ialah Ustaz Azhar Idrus..terbaik bukan?




oklah, mampukah aku memiliki satu kamera yg dinamakan DSLR? insyaALLAH.. hasil dari menabung @ hasil blog? jangan tanya aku, aku tak tahu lagi..!!


chaw!!
salam





Read More

Aug 14, 2011

Roda itu Bulat...


aku berlari2 anak ke muka pintu, dan tekan butan untuk bukak kereta kesayangan aku..

"tett tett"

ok, aku pusingkan sikit stereng Lamborghini aku tu supaya tayar terkeluar sedikit..dan, snap gambar!

sumber

dan inilah hasilnya..roda itu memang bulat! bunga tayar yg kat atas tu akan ke bawah bila kereta tu bergerak sedikit, dan ke atas semula.. jangan samakan dengan roda yg tak bergerak tu..



"sama je dengan hidup kita ni, ibarat roda.. kejap diatas dan kejap dibawah... hari ni kita di puji melambung, ada semua yg kita ada, esok lusa mungkin berada di bawah kalau tak bersyukur dan riak.. semua itu Allah S.W.T yg tentukan"


jangan nak bangga sangat dengan hidup kita sekarang ni, jangan ingat orang dibawah tak akan dapat naik ke atas dan lebih hebat dari kita selepas ni..rezeki tu Allah S.W.T yg bagi, dan DIA boleh tarik bila2 masa sahaja..


Renung2kan ya sahabatku!!



Read More

Aug 13, 2011

Letak Iklan Churp Churp di blog anda, dan Jana Pendapatan...



Ha...ni ada simple step untuk share...cara nak iklankan churp2 di blog...mudah...


1) Pergi ke churp2 account-> g kat Dashboard->Click








2) The, kalau belum share -> click Share This
3) Kalau dah share -> click Your are sharing this





4) Boleh share iklan korang di sinh...
share lah kat mana yang ramai kemungkinan orang akan baca...






Cara Nak Letak Iklan Di Blog

5) Go to your blog dashboard->Design -> Add a Gadget







6) Click HTML/JavaScript 




 7) Paste Coding Ni

<a href="LINK IKLAN" target="_blank"><img src="URL UTK GAMBAR" width="120" height="120" /></a>




URL LINK IKLAN

p/s: saiz gambar korang leh ubah...

Selamat Mencuba!!!!
Contoh iklan tu ada di blog aku!
sila la tekan sekali..



Read More

Aug 11, 2011

Aman Wan...aku minat Vlogger ni...

pada suatu hari yg suram, aku melayari FB dengan muka yg masam ibarat cuka getah yg sudah luput tarikhnya. jari aku meluncur laju untuk menekan anak panah ke bawah bagi melihat semua status yg kawan, musuh, family, nenek, atok, jiran aku postkan..




tetiba..aku tengok satu video yg seorang manusia post..bergolek aku suka..cilaka, sakit perut aku.. ehh, bad mood aku dah hilang rupanya..aku tak puas hati, aku nak tahu jugak siapa yg bertanggungjawab melakukan video ni!! tak puas hati sama luu!!!






haaa..iklan ni la yg aku taip tadi!! ( sambil gesel2kan kaki ke lantai ).. nak sama seperti KL Gangster, tapi ni versi lawak pecah perut..   watak utama Aman Wan ( Abang Tembam ).. muka ada iras2 Aaron Aziz, tapi versi tembam... ni kuat makan Choki- Choki la niiii...jom tengok video dia yg lain lagi..


Saya(aku) Aman WAn



Definisi "KACAK" pada budak darjah5





Adakah Anda Kuat Berlakon? - usikan pocong







semuanya best waa cakap sama lu olang..ini brother memang pandai bikin video.. kalau nak jenguk blognya pon boleh http://7aman7.blogspot.com/ dan ini fan pagenya AmanWan (official) ... lakonan dan video dia buat ramai yg suka hasil seninya..Tahniah abang tembam atau abang tam tam..haha.. waa sokong luu punya hasil seni...!!




Read More

Aug 9, 2011

bilik hancur akan menjadi elok selepas masuk Department last ni..haha



gua serving dengan penuh perasaan..gua amik satu persatu sisa yg ditinggalkan di atas meja iaitu cawan, tisu dan sebagainya, sambil memikir bahawa ini adalah yg terakhir bagiku..gua menahan air mata dari jatuh ke bumi dengan penuh tabah..sambil berjalan ke tempat pengumpulan sisa2..



jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, ya, tamatlah sudah kerja gua di department kedua ini setelah tamat yg pertama.. ..gua punch card dengan penuh syahdu..ok tidak mengapa, mungkin ini yg dirasai oleh semua student praktikal apabila tamat berjasa di satu2 department...



sampai  je ke rumah, setelah gua simpan kunci kereta dengan baik, dan meng"hanger"  baju  supaya tidak kotor..gua baring di hadapan kipas yang berkelajuan 3, gua pikir amacam la nanti gua di department baru.. Housekeeping.. kena simpan2 bilik, cilaka! gua punya bilik pon bersepah dah macam kapal  pecah, nak kemas2 bilik orang lain, hipokrik!!


sumber



ni salah satu bilik yg ada di hotel UiTM, harga berpatutan dan suasana dan bilik selesa, permandangan di tepi pantai..


sumber



pintu utama untuk masuk ke hotel UiTM Dungun..pintu utamanya yg berhadapan dengan Kelab Golf.. suasana di tepi pantai amat tenang...


sumber

ok, tamat sudah iklan dan promosi gua untuk hotel ni..dengan serius gua cakap, kalau gua, memang tak menyesal sewa kat sini..sebab gua suka duk tepi pantai dengan anginnya boleh membelai rambut gua yg belah tengah ni, menjadi ke tepi..



oleh itu, gua akan masuk department yg last gua, iaitu Housekeeping bermula pada 09 ogos 2011..doakan gua...opps, sorry entry kali ni terguna gua, dan terCerpen pulak..waa punya suka laa!!!




Read More

Aug 7, 2011

aku dapat pakai Blacberry Bold 4..korang nak?

dengan dunia sekarang ni dah tak pelik la kalau orang pakai handphone pelik2 dan canggih, dulu HP blh buat baling kat anjing, besar gedabak, lepas tu bertukar makin kecik, dan sekarang keluar yang besar lagi, tapi tahap ni memang sayang la nak baling kat anjing..kan? kau sanggup baling Iphone, atau Blacberry korang?




meh sini adik kakak, abang, atok, nenek yg gila kecanggihan..gila style atok nenek pakai Iphone.. update status FB hari2..kau boleh lawan? meh aku nak tunjukkan Blacberry yg canggih lagi hebat ni.. Blacberry Bold 4, nak tak? siapa je yang tak kenal Blackberry??

sumber



korang nak pakai tak Blacberry Bold 4 macam aku? mesti korang tak pernah dengar kan? ni terus dari kilang maaa...





lawa tak? best woo pakai BB yg ni..banyak kelebihan dia dari yg lama tu..opps, sorry silap la, Blackbattery rupanya..ok ape, janji ada perkataan Black kat depan kan..



"jangan marah ya, ini sekadar Entry santai di bulan puasa..hehe.."
Read More

Aug 6, 2011

Harga Buffet Ramadhan di Hotel UiTM Dungun 2011

sepanjang duk praktikal sini, aku tak pernah lagi kan promote Hotel Uitm ni..bukan nak lupa diri, tapi diri ini selalu terlupa..nah, meh sini, sila tengok ni..harga berpatutan, dan makanan dijamin puas hati..makan lah seberapa banyak yang nak makan..dari masakan melayu hingga ke barat sana ada..




kalau tak nampak, boleh tekan untuk besarkan gambar tu ok..

BUKAK PUASA

DEWASA : RM 39 ++
KANAK-KANAK : 19.50 ++ 




SAHUR


RM 12 ++




Jemput la datang..dan kalau nak belanja aku, boleh je..heh3.. pastikan perut dapat isi dengan banyak, tapi jangan sampai tak larat nak gi terawih..jangan nak salahkan aku..hehe..


"SELAMAT  BERPUASA UNTUK SEMUA"

Read More

Aug 3, 2011

Zackzukhairi, anda ditangkap...!!

penat balik keje, aku capai kunci ferrari aku untuk berjumpa 2 orang blogger femes di Mc'd Dungun..
sape jer yang tak kenal Iqbalhakimi dan Iqa .. aku pasti ramai yg mengenalinya..kalau tak kenal, pi kenal2 dengan diorang, dijamin berpuas hati..



balik je dari tempat tu, pada jam 12.30 malam, dengan muka mengantuk gila, dan niat untuk tido, aku nak lah online jap, bukak FB, Blog, dan Twitter..gila banyak aku main..sosial nak mampus!! tetiba aku rasa nak bukak nuffnang aku..tengah duk godek2 tu, tetiba aku tengok sorang mamat ni, cam pernah aku tengok je nama dia ni..dan nafsu gembira aku tetiba datang..




Zackzukhairi, anda ditangkap!! dengan itu, aku nak ucapkan beribu terima kasih sebab sudi singgah ke blog aku yg serba usang ni..tetiba ayat sedih..damn! tak sedih la giler!!!...




zack baru je ditangkap, sebab profile dia berada paling hadapan..mana kau mahu lari haa? meh sini meh, aku nak jumpa sangat ngan kau zack.. aku belanje kau minum air, tapi kau bayar..nak?




sah! memang zack.. abang besar masuk waa punya blog la...lutut gua sudah ketar2 ni...gua sudah cuci tangan la bro..tetiba..



terima kasih otai @ abang besar yg sudi singgah ke sini ya..pintu blog ni sentiasa terbuka untuk abang besar, walaupun blog ni tak sehebat blog http://zackzukhairi.blogspot.com/ .... dan juga terima kasih kat korang semua yg sudi menyapot (support) blog aku yg serba kekurangan lagi ni.. ayat macam wakil rakyat tak? jangan lupa undi aku ya..hahaha



Read More

Aug 1, 2011

Puasa yokkk yookkk petang-petang bukak periuk....

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semuaaaa...


haaaaa...dalam mulut tu ada ape tu? kantoi sudahh..puasa yok yokkk, petang2 bukak periuk..ok sorry aku terpesong jauh nun ke sana..aku bukan cakap korang tak puasa laa, aku cakap kat kucing aku tu, cilaka punya kucing, tak puasa, dah la tak tahu malu, makan depan2 aku je..damn!!

sumber





bagi yg memang betul tak puasa tu, insaf2 la ya..puasa la, bulan puasa ni hanya dtg sebulan setahun, kalau tak puasa tahun ni, dan tahun depan kita dah meninggal, menyesal tak sudah..alaaa..taktik pi amik wuduk lama2 tu dah ramai orang pakai la, sambil kumur, sambil minum air kan..lepas amik wuduk, terus segar..amik wuduk untuk solat, hang pi amik sebab nak minum air..kuwang ajaq ni..nak aku lempang?




macam2 taktik lagi la lau dah memang tak nak puasa ni.pandai je kan cari muslihatnya...puasa satu hari dapat RM1, kalau sebulan dah RM30, mewah woo..tapi tu utk kanak2 bawah umur je lah, yg dah besar buat camtu, meh sini, cer cium tapak kaki ni,, nak buat beli mercun je tahu... oh ya, semalam aku pergi minum air kat tepi pantai, lepas solat terawih, pergi menikmati air bandung cincau dan fries, tengah dduk sedap borak, tiba2, ada bunyi mercun..cehh, makhluk mana lah yg kurang ajaran ni, 1st puasa dah nak main..tunggu aku laaaa!!!




okla kawan2, sempena bulan puasa ni, aku nak hulur sepuluh jari dan sepuluh kuku untuk mintak maaf ya..dan aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dgn seelok2nya..jangan pulak, puasa, tapi solat tak, puasa tapi mulut mengumpat..sia2 je la..pergi amik ayam seketol, pi makan jauh2..


sumber





Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates