Jul 30, 2011

bas ekspress memang betul-betul ekspress

wohooo hooo hoooo balik kampungggg..akhirnya  dapat jugak aku balik ke kampung untuk nak merasai puasa kat umah..hari pertama puasa dan terakhir puasa mestilah berada di rumah..bagi  yang tak dapat nak balik tu jangan lah bersedih ok, meh aku wakilkan korang tuk duk kat kampung ni..




sebelom aku  sampai kat rumah tu, dah sah2 aku kena naik bas kan, aku dengan berbekalkan duit RM15, aku dapat menaiki sebuah bas ekspress untuk ke Jerteh..tiket ni paling murah yang ada, sebab hanya lah menumpang bas ke Pinang..



sumber


keadaan dalam bas tu amat aku suka, tapi driver bas tak suka, sebab dalam bas tu hanya ada beberapa orang, kebanyakan kerusi lain kosong..aku cepat2 duduk di kerusi single, baru lah sodap duk sorang, ekon pon menghala kat kita sorang je kan...sejam lebih perjalanan aku tu, maka sampai lah di stesen bas Kuala Terengganu, aku pon tanpa segan silu, mintak kat brother tu nak pi tandas jap..




dengan berbekalkan RM0.20, aku dapat masuk ke tandas, selepas selesai dan perasaan lega menyelubungi diri, aku nak ke tempat bas tadi parking..damn!!!!! bas tadi dah tinggalkan aku..cilaka punya driver, aku dah cakap nak ke tandas..mati3...dan tiba2 perut aku rasa lapor, aku gi kedai, beli Twisties, buat muka selamba nak mampus masa tu..




dengan berbekalkan muka seposen ni, aku ronda lagi di seluruh stesen bas tu tuk cari kaunter tiket bas tersebut, tapi tak ada, dan aku terjumpa seorang brother lagi, senasib dengan aku..dan dia yang call bas tersebut..nasib baik la, kalau aku sorang je, memang lah mati aku, aku tak ada pulak no fon perkhidmatan bas tu..



-best woo pengalaman kena tinggalkan bas..korang pernah tak?-


Read More

Jul 27, 2011

entry daripada seorang hamba yang kerdil



"yeaa...aku dapat tawaran la, jadi Manager di salah sebuah hotel di ibu negara.."

best gile la bila dapat tawaran camtu..nak dapat  jugak..ada sape2 yg nak cari manager tak? bagi la tawaran tu kat aku..hehhe...bila aku jadi manager, aku nak buat macam2..antaranya:


  1. aku nak ajar staff aku macam mana cara nak kerja!
  2. aku tak nak staff "bodek" aku ni..aku tak suka..nak kerja, kerja je, tak yah bodek!
  3. aku tak nak dengar la cakap staff aku ni, buat ape kan, aku kan MANAGER, kena la tegas kan..
  4. staff salah buat kerja ke ape ke, aku tak kira, memang aku akan marah la diorang baik punyerr.. ape aku kisah, diorang duk bawah aku, aku kan BIG BOSS
  5. aku nak bagi semua staff aku takut aku..baru la diorang nak hormat aku kan..ahahahahaha..

sumber



haha, dapat jadi MANAGER, dah macam dunia ni aku yang punyer kan..patut ke? tak patut laaa.. MANAGER ke SUPERVISOR ke semua sama lahhh, yang beza pangkat je pon, tapi jangan la nak RIAK sangat. tuhan marah..jangan la tak nak dengar cakap staff, bajet kita ni lagi pandai, tak yah dengar cakap orang bawah? 



semua orang ade kelemahan dan kelebihan rite?  tak perlu nak bangga sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni, bersyukur..kalau tuhan nak tarik, bila2 pon boleh...jangan sebab kita ni bos, kita nak guna semua kuasa yang ada, tu dah namanya GK (gila kuasa)...




aku tertarik dengan kata2 seorang hamba ALLAH ni,..

" aku lebih suka Boss yang bermula dari bawah, dan bukan habis belajar terus jadi Boss..sebab diorang lebih memahami apa yang staff diorang nak..kalau kau nanti jadi boss, kau jangan lah nak berlagak sangat, buat ikut suka je.."



entry ini adalah dari seorang hamba yang kerdil..jika ada kata2 yg menyinggung, aku mintak maaf...semua manusia ada kelebihan dan kekurangan..terima dengan seadanya...



"No one is perfect..that’s why pencils have erasers" -unknown



Read More

Jul 25, 2011

rezeki jangan ditolak, jom sama-sama ke Istana Maziah, Terengganu...

Assalamualaikum wahai kawan2 ku semua..


sekarang tiba2 pulak ada masa nak update blog ni..haha...minggu ni penat giler la, minggu ni tak ada cuti, hari2 aku diisi dengan kerja...yelakan, nak bagi anak bini makan kann..yela, nak bagi diorang gemok2 dan chubby je kan.. ( ayat siyes nak mampus, macam betul2 pulak )





eh, orang cakap, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari kan..so, aku tak tolak rezeki aku apabila dapat peluang untuk meng" realiti "kan angan2 aku dari kecik lagi..tiba2 pulak dapat peluang untuk masuk Istana Maziah di Terengganu sempena hari Keputeraan Sultan Terengganu..dah lama aku nak masuk dalam istana, akhirnya dapat merasa jugak kan, walaupun pergi untuk kerja..







ok, bagi yang belom tahu, yang dah tahu tak pe, kerja aku ( kami ) di sana untuk menguruskan tempat makan dalam istana dan "serving"..seramai 40 orang pelajar dari UiTM bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik di sana...yeahh, semua gigih dan bersemangat..







kawan2 semua,gambar ni menunjukkan kepada kita semua, 2 buffet line dan suku daripada dewan makannya yang sedia menampung sehingga 600 pax! bukannya upax atau 8pax ok..jangan salah anggap..






kelihatan di sini ialah table yang diduduki oleh vip ok..very important person yang betol..bukan vip sticker kedai makan yang ditampal di cermin kereta tu..meja ni untuk orang yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang tinggi..tinggi benor woo..hahaha




ok, selama 3hari kami disana, sebab di sana ada majlis penganugerahan pingat kebesaran..yang dapat pangkat dato' p.j.k ape tu semua, tahniah diucapkan dari saya yang kerdil ini..hehehe...banyak lagi gambor di dalam sana, tapi tiada keberanian untuk di uploadkan untuk tantapan umum..





gambor kat atas ni tempat penganugerahan pingat kebesaran..lupakan dengan gambar aku yang kaki ala2 gngster tu..hahaha..kesimpulannya, (cewahh, cam buat esei masa zaman sekolah pulak...) selama 3hari aku kat sana, adalah hari yang terbaik pernah aku rasa..best woo..walaupon penat, bayangkan 12jam duk dalam dewan dia tu yang kesejukan umpama peti ais..haha..tapi, gua enjoyy...jap, muka puas hati jap..haha




hehhe..ape2 pon..korang semua, iaitu student Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang sama2 ke istana amat terbaik...kitorang buat kerja sambil enjoy..tak ada  stress2 ok, sebab layanan yang diberi pihak istana amat terbaik!! kalau seminggu kitorang duk kat sana, boleh jadi obesiti..haha..ni gambar yg menunjukkan orang istana memang baik ngn student..kita tengok gambar awek pulak ek..aku curik dalam fb diorang..hahaha






anda semua terbaik..terima kasih atas peluang yang diberi dan kerjasama anda semua. dan terima kasih atas layanan pihak istana Maziah untuk kami semua....cehh, ayat dah macam wakil rakyat baru pas menang pilihan raya..hahaha...

Read More

Jul 18, 2011

cermin diri dahulu wahai manusia....

Assalamualaikum dan selamat siang tuan tanah!!!eh silap, selamat hari-hari semua ( ade ker? errr..), semoga hari-hari anda sentiasa selamat dan dirahmati Allah S.W.T..



hari-hari korang camne? semoga sentiasa ok yerrr..ade masalah ngn mata air? biasa la tu babe, sape suh kapel, eh silap, semoga korang dapat selesaikan dengan baik ok..kalau nak nasihat daripada DR cinta, sila mesej ke On Dr Cinta dan hantar ke www.hishyamuddin.com..ceh, merapu!!




  • eh korang nak tahu tak, ade sorang dia ni kan,  pemalas giler tau, aku pergi ke rumah dia, alamak, bersepah giler, kalah pulak  tempat pelupusan sampah, dah la baju dia tu kuning jer aku tengok..bau? tak sah citer la kan, kalau dia masuk kolam renang yang ada kat hotel tu ( ayat tak nak kalah), yang baru jer tukar air, dia turun jer, garenti kuning dan hitam air tu..

  • ade sorang minah ni pulak kan, giler pemalas, nama je anak dara, tapi memasakk tak pandai, baju sendiri pon suruh mak lagi yang basuhkan..umur tu dah 21 tahun, tapi tak reti-reti..mak dia pulak kan, manjakan sangat anak dia tu, tak bagi buat kerja2 rumah, suruh je baring atas katil tuh..huh, kalau aku kan, tak bagi anak aku macam tu.. ( sambil menyandar atas kerusi malas )


  • eee...bajet bagus je bos aku ni..suruh itu suruh ini, dia tak buat apa2..dia tahu nak marah jer..kau rasa bengang tak? semalam sound aku malas buat kerja, weih, aku buat jer kerja, dia yang tak nampak..huh, menyampah..dia tu tahu duk atas kerusi dalam office, bawah ekon, lepas tu datang kat kite nak marah2 dan tuduh2.. ( membebel sambil potong kuku )



jap, sape kiter ni nak menilai seseorang? sape kite ni nak meng'aibkan orang? sape kite ni nak bukak pekung di dada orang? dan sape kite ni nak bajet bagus je? tolong jawab...kompius babe!! jap, nak bagi hadiah..

sumber



ini cermin ajaib! sila tengok di cermin ni, dan perhatikan dulu diri kita ni..sempurna kah kita nak mengata orang lain? sempurnakah kita untuk menilai orang lain? sempurnakah kita untuk berkata seperti di atas? ye, aku tak sempurna, dan kita semua sama ok?



- aku buat entry ini bukan untuk tujukan kepada sesape pon, jangan terasa hati..kita semua sama. dan tak salah kalau saling mengingati, rite? wake up lah wahai manusia!!!sama2 kita ingat mengingati...


"jangan mencari kelemahan orang lain , lebih baik mencari kelebihan orang lain"


Read More

Alhamdulillah, aku masih lagi bernyawa.

Alhamduilllah, aku masih bernyawa..itu lah tajuk entry aku kali ini yaaa...aku bersyukur sangat..
aku masih boleh meneruskan kehidupan sebagai hambaMU sehingga sekarang, aku boleh meneruskan kehidupan sebagai anak kepada ibu bapa aku sehingga sekarang..



mesti korang pelik kan kenapa aku tetiba buat entry macam ni...ok, pertama sekali, kita patut bersyukur kepada ALLAH sebab kita masih boleh meneruskan kehidupan ni sehingga saat ini..dan kedua, ada kisah sedih di sebalik entry ini...



ok, setelah aku habis sekolah, dan SPM..aku dan kawan2 semua mestilah dah berpisah, masing2 bawa haluan masing2 kan. hanya beberapa orang je aku selalu berhubung, itu pon yang rapat dengan aku..so, yang lain memang aku tak dengar khabar langsung...




di pendekkan cerita, aku terjumpa  la kawan lama aku di satu tempat iaitu tempat dia bekerja..dia terkejut dan tak percaya tengok aku..aku pun pelik gak kan dengan dia tu..dia datang kat aku dan bertanya.



- "syam ke ni? lama tak nampak..sorry lah, aku dengar kau dah meninggal lah, kemalangan.betul..tu yang aku terkejut je bila tengok kau.."




sedih hati aku ni bila dengar camtu, kalau korang pon sama kan? dan selang beberapa hari lagi, aku terjumpa yang lain, diorang pun cakap camtu, dengar aku dah meninggal dunia. dan ramai jugak yang cakap camtu..sape tak sedih kan, dan mungkin ini boleh buat aku selalu ingatkan tentang kematian..



sumber
" jangan hanya  mendengar khabar angin, tolong lah selidik dahulu "

Read More

Jul 15, 2011

cerita hati seorang pelajar yang rindu masa lampau.

hye kawan-kwan sekalian alam. termasuk jugak ngan alien k..ehem3...
dah lama tak mengupdatekan blog ni haa..gua manyak busy maaaa..masuk kerja pagi balik malam,
yelah kan, nak bagi anak bini makan kan. lu orang nak makan pasir? lumut? aku nak makan fish n chip.haha






beginilah kehidupan seorang pelajar yang hampir menghabiskan sisa-sisa pembelajarannya..ceh, ayat nak canggih je kan aku ni...terasa gak tak sabar nak grad, dan kerja..nak rasa macam mana pulak kehidupan selepas bekerja..adakah lebih menyeronokkan? atau sebaliknya? cer korang yang dah bekerja jawab..





eh tapi kan, bila kita masih belajar, mesti tak sabar nak kerja..dan bila dah kerja  mesti rasa nak belajar balik..tak caye? ok, dulu masa sekolah, aku tak sabar nak habiskan sekolah, nak masuk U, nampak cam best je kan bila  dah boleh masuk U.  Tapi apakan daya, bila dah masuk belajar di UiTM, otak aku  asyik duk pikir  tentang bestnye ketika waktu sekolah dulu..best bro gua cakap  sama luuu...




main kejar-kejar dengan cikgu, kejar-kejar dengan ayah sebab tak nak pergi sekolah..kena berdiri atas kerusi sebab tak buat homework..dan yang paling best, main kejar-kejar waktu rehat, main polis-polis..hahaha...
best bukan? korang pon akan rindukan zaman sekolah atau kanak-kanak korang bila dah meninggalkan zaman tersebut...





tapi yang paling rindu dan best, zaman kanak-kanak dulu...buat apa je yang nak, tak yah pikir apa-apa..hati pon senang..dalam kepala nak main je..hahaha.....andai dapat ku putar masa ini..hahaha..
ok cer teka mana satu aku dalam gambar di bawah ni...





Read More

Jul 7, 2011

jom main atas batu di Pantai Teluk Bidara, Dungun...

Assalamualaikum semua wahai pembaca blog...semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya..
haaaaaaa....boboy semput.!!!hahahaha..rilex semua, jangan serius sangat, hari ni aku nak buat entry santai je la, dijamin tiada tekanan atau pun stress..boleh ke?haha



entry kali ni, aku nak ajak korang semua pi main batu..ape?batu? batu sembilan? sepuluh? ok nanti..saborr laa...permainan ini bertempat  di Pantai Teluk Bidara, Dungun Terengganu..yang sudah biasa pergi, mesti setuju kalau aku cakap yang tempat tu sangat cantik bukan? boleh dijadikan tempat kita  untuk lepaskan tekanan..cehh..ayat!!!




pantai ni besar, tapi tak muat la pulok nak amik kesemuanya..posisi aku duk atas bukit, dan amik gambar menghala ke bawah..jangan risau, jika ada ibu bapa yang nak berduaan di tepi pantai, boleh tinggal anak di tempat permainan ni, tapi di bawah jagaan orang lain la, pandai-pandai la korang..








duk tepi pantai memang best..angin yang mendamaikan kan, sambil lepak, boleh makan kerepok, satar ikan, dan minum air nyior!!





nampak tak bukit tu haa..jom kita panjat itu bukit, kita pergi main di atas batu..haha..jap2 sebelum tu, minum air dulu kasi tenaga, tapi jangan banyak sangat, atas tu tak ada tandas yang diiktiraf.haha..dan lagi satu, pakai selipar yang macam cicak ( tak licin ), tu pun kalau korang tak nak main drift kat atas batu tu laa..heh3






ok, semua dah sedia..jom ikut aku!!!!, kat atas batu sana, jangan pulak nak semputttttt ya..hahahahaa








sudah puas bermain di atas batu? kalau tak, kita datang lagi esok hari ya, jangan sedih-sedih..hahaha.. naik duduk lepak atas ni memang best, tapi kalau silap langkah, luka yang dapat..yang penting luka di hati tak ada ok..dan sape yang kaki pancing ( suka memancing la, bukan kaki dia macam joran!!), boleh la datang ke sini, mancing kat atas batu..terlupa pulop nak amik gambar kawan aku yang duk mancing atas ni tadi..



kalau nak datang. jangan lupa ajak aku ya..haha

chaw!!
salam
Read More

Jul 2, 2011

makanan dan minuman punya jabatan pulaaa.....

salam semua, duduknya saya disini adalah untuk menaip huruf demi huruf untuk dijadikan sebuah cerita yang realiti yang berlaku dalam masa ini.hahhhhhhhhhhhhhh,, semputtttt!!!!!




haha, amacam? boleh jadi wakil rakyat tak aku ni? agak-agak kalau aku bagi ceramah, orang akan dengar atau baling telur busuk kat muka aku ni?hahaha..tidakkkk! aiman tak salah...blog sekarang terabai, tak caya? korang tengok la kat tepi blog tu haaa, dah ada sarang superman.. hahhh, nyah kau dari sini!! aku dah datang untuk cucikannya..hahaha




aku ngah sibuk sekarang ni laaa..tak sempat nak membebel macam mak nenek kat  sini..hehhh, mak lijah, kau tahu tak yang si syam tuuuu kannn, diaa kannnn dah masuk department FnB.. hehh, FnB tu apo ko mondo pulak? alaaaa....kalau dalam bahasa melayu dia, makanan dan minuman tu..dalam om  putih Food and Baverage..






seeeee!!! aku dah cakap macam mak nenek dah sekarang..hahaha...kalau sebelom ni aku duk pikir je ape persiapan yang perlu aku buat sebelum masuk praktikal ni , lepas tu aku pun kena masuk department pertama aku..... haaa...FnB  ni adalah deparment  kedua aku..


sumber


aku kena merasa masuk 3 tempat dalam department ni, pertama, cafe...kedua, restoran...dan ketiga banquet!! haaaa..duk tengok je orang makan kan, dalam hati duk pendam perasaan yang perut ni  ngah lapor..hahaha...



aku masa hari pertama masuk restoran, ada pulak geng2  mat salleh datang makan, siap ada main muzik melayu lagi nak habaq...aku ada amik sekeping gambor diorang ni..



kejadian ni berlaku  di kawasan luar restoran atau terrace, diorang makan buffet..macam-macam yang diorang cuba makan, dan aku ada dengar yang diorang puji mee goreng sedap..hahaha..dan ada yang pandai cakap melayu sikit2..antaranya mintak tea kosong ( tak letak gula  atau susu)..





oklah, walaupun korang tak nak tahu, aku nak bagitahu  jugak laaa...department kedua aku untuk peraktikal di hotel ni adalah Food and Baverage department!! nak makan? mari laaaa..korang bayar, aku makan..hahaha..alamakkk!! nak gi keje, dah lewatttt...nyah dulu ok! bukan mak nyah la!!!


chaw!
salam
Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates