Jun 27, 2011

tulis blog nak cari kawan bukan musuh...

sukanyaaa ada blogg...hahaha, tetiba kepala otak ni bertukar jadi sewel jap..jap je ok..haha
dengan ada nya  blog ni, kita boleh tulis apa je yang kita nak tulis, janji, tak ada unsur fitnah, nak jatuhkan maruah orang lain ok? jangan gadoh-gadoh, tak baik...tulis blog tuk cari kawan, bukan nak cari lawan..
hah? ape yang aku merepek ni? lantak!!ahahaha





sekarang ni, makin ramai yang nak bikin blog..bagus lah, makin ramai yang suka membaca kann..
motif dan tujuan berblogging tu,  atas diri masing-masing..jangan salah guna ok? nanti aku potong 18, baru kau tahu apa itu erti penyesalan ( dialog dalam KL Gangster ) hahaha...ok dah!!! gua bukan nak gadoh! gua nak tulis entry jer...






dengan buat blog, kita boleh kenal ramai orang dan boleh buat kawan..ye dok? sebelom ni kita duk baca je blog dia, lepas tu kita komen-komen entry dia, dan dia pon datang ke blog kita, dan kenal-kenal..boleh kawan..kawen pon voleyh..hahahah....jap, jangan nak gatal-gatal boleh tak?? jangan nak ngorat sangat la..kalau nak sangat, ajak aku sama la!!hahaa




ok sudah..ni ada kawan aku pun minat baca-baca blog ni..dia ni dalam kategori silent reader bak kata orang putih yang kaler kemerahan tu sebab kena sun burn..hahaha..aku voleyh je bantu yang aku mampu, yang tak mampu tu memang tak boleh nak tolong la kan, nanti tak pasal-pasal aku sebar ajaran sesat..




selepas suka baca-baca ni..dia pon nak jugak try menulis...jom la kita  ramai--ramai pergi ke blog mereka ni, bagi semangat dan kenal-kenal, baca-baca apa yang patut, yang tak patut jangan dibaca..hahaha














jom kita pergi jalan-jalan ke blog mereka ni...kenal-kenal kawan blog yang baru ape salah nya kan...jom, nak tumpang kuda aku tak? hahaha...cepat-cepat, kuda aku dah nak habis minyak ni..jommm!!!




ingat!!! tulis blog nak cari kawan bukan musuh!! berhati-hati apa yang kita tulis tu..jangan main tulis, elak dari sakitkan hati pembaca atau blogger lain...



chaw!!
salam
Read More

Jun 25, 2011

kehebatan kuasa Maharaja Lawak

yeaaa...kumpulan kegemaran aku jadi juara Maharaja Lawak, siapa lagi kan kalau bukan Sepah!! Tahniah!!!
jangan lupakan peminat ya! yang sampai dah tak ada suara sebab kuat sangat bersorak dan gelak..hahahaha



ramai gila yang minat Maharaja Lawak! sampai ramai yang bercakap-cakap pasal tu sebelom dan selepas pertandingan tu! ada yang suka Sepah juara ( termasuk aku ) dan ada yang frust..kepada yang frust, sila cepat-cepat ubat hati tu ya!!!




aku balik je kerja pada jam 9, terus mandi dan pergi tengok Maharaja Lawak di sebuah kedai makan di kawasan Dungun..perghh, orang ramai gila kot, penuh kedai yang besar tu sebab nak tengok Maharaja Lawak, dan banyak kedai makan pada malam tu yang pasang skrin besar, dah macam nak tengok Piala Dunia! punya lah hebat kuasa mereka ni...




duk tengah syokk tengok tu, nak masuk je giliran Jozan, tiba-tiba hujan lebat turun..ayooo..dah la kedai tak ada atap, ingat nak stay je dalam hujan tu, tapi siap pakej dengan kilat..nahas aku!hahaha..kalau tengok cerita biasa, dah ramaii yang cabut balik, tapi sebab Maharaja Lawak, ramai yang rela tengok jugak walaupun hujan..see!!! hebat bukan?




pada mulanya kedai ni penuh dah bersepah dengan manusia, sampai nak jalan pun tak dapat, jalan sikit, terlanggar orang, terpijak orang..hahaahaha..tengok sekarang macam mana? dah kosong la pulok... tapi, rilex, demi Maharaja Lawak, diorang dan aku tak balik umah la, stay la..berpantang balik sebelum habis Maharaja Lawak..hahahah




abang-abang kedai!! cepat selamatkan barang-barang kedai anda sebelum basah kuyup!!! nanti susah pulak kalau barang tu demam kannnn....





haaa..kan aku dah cakap! berpantang balik sebelum Maharaja Lawak habis..hahaha..kedai tu yang ada atap cuma kecik je..tengok, berapa ramai yang duk berkumpul dalam tu untuk mengadap TV  yang 1 ...seksa la..aku pun tak nak masuk ke dalam..lemasssss!!! dan belakang sana ramai lagi manusia, aku tak sempat amik gambar sebab hujan turun dengan lebat lagi untuk kali ke 2..*ayat pembaca ramalan kaji cuaca!!




dan aku ke kedai seberang..kedai makan tu dibuka kerana Maharaja Lawak! nak order air? tak boleh laa..sepatutnya dah tutup, tapi sebab ML dia bukak Tv besar dia..kat situ pun ramai manusia...itu la yang aku cakap, kehebatan kuasa Maharaja Lawak..hebat kannnn..tempat korang camne ye???hebat lagi kann?



-walaupun gambar tak cantik, harap anda enjoy-
Read More

Jun 23, 2011

buangkan aku setelah semuanya.

pada suatu  hari bertempat  di  taman  bunga, taman  permainan, dan segala jenis taman  lah senang citer..


awek   : bang, bie nak bunga tuuuu!!!
pakwe : ok, jap ea, nak yang mana satu? yang merah k..
awek   : ok, nanti abang kena beli bunga kat bie hari-hari sebab bie suka bunga tahu..


ala-ala  Nora Elena yang sukakan bunga yang segar..tak apa, demi awek yang dicintai, pakwe rela dan sanggup beli walau dengan cara apa sekalipon..



tempat : di rumah, sewaktu cakap talipon..

pakwe : sayang, abang free hari ni, jom keluar jalan-jalan, cari bunge...hehe
awek   : hemmm..hari lain boleh tak? bie tak larat la hari ni..
pakwe : ok tak apa, sayang rehat ok, jaga diri baik-baik ok..I love you..



si pakwe frust, tapi tak apa lah, lagipon kalau keluar jalan-jalan pon tak best jugak sebab awek dia pon penat, nanti mesti tak happy..baru je nak buat suprise...



tempat : office...waktu lunch..

awek   : hye abang, jom keluar lunch..
pakwe : maaf sangat ea sayang, abang kena siapkan report ni hari ni jugak, tak sempat la nak makan ngan sayang..maaf ok?
awek   : alaaa..kawan bie semua dah keluar, tinggal bie sorang je ni, bie nak keluar dengan sape lla..humm..



demi aweknya, si pakwe sanggup tangguh kejap kejenya untuk keluar lunch dengan awek dia  tu, tak nak awek dia sedih sebab tak ada teman tuk keluar makan..selepas selesai makan, si pakwe masuk office dan sambung kerjanya sehinggalah lewat malam...



tempat : office...waktu lunch

pakwe : sayang, jom la lunch..kerja abang dah siap..
awek   : hishh, tak reti ke orang ngah busy ni hah? bersepah lagi report nak siapkan ni..huh,pergi ah sorang!
pakwe : tapi, bie kena keluar makan dulu, nanti lapar, susah nak buat kerja..ok, abang tapaukan ok?
awek   : tak retii ke? orang banyak keje ni la! huh..bye!!



keesokan hari..holiday..si pakwe nak buat kejutan untuk si aweknya..datang rumah aweknya nak bagi bunga, dan hadiah..niat hati nak ajak keluar makan dan jalan-jalan..tiba-tiba, si pakwe  ternampak  yang ada lelaki  lain kat depan umah awek  dia..siap  pegang-pegang  tangan lagi..bahagia gila nampaknya..



wohoooo..awek  aku ada  orang lain? ya Allah, betul ke ape yang  aku nampak ni?  sebelum ni perangai dia dah lain..ni kah sebabnya?  tak akan la awek aku tipu aku, dia  cakap  nak jadi  yang terakhir untuk aku walaupun bukan yang pertama?  ni kah balas untuk aku?  aku sayang diaaa!!!!



-play lagu untuk bikin suasana-



"abang rela buat apa saja  untuk sayang, abang tak nak kehilangan sayang..abang sayang bie  dengan sepenuh hati...kenapa sayang sanggup buat sayang macam ni?  apa  salah abang?  mana kata-kata  sayang  sebelum ni?  ok, mungkin abang banyak kekurangannya, ya, mungkin abang  tak boleh nak  bahagiakan sayang..teruskan la denga kehidupan sayang sekarang  tu, abang doakan sayang bahagia!"



awek  dia hanya mendengar  tanpa berkata  apa-apa sewaktu pakwenya bertanya hal  itu dalam talifon..

awek   :  ya, bie  mengaku memang bie ada lelaki yang lain,cuma  tak bagitahu awak lagi,
pakwe :  tapi kenapa  nak cari  yang lain?  sedangkan abang betul-betul sayangkan bie?  abang bukan main-main tahu tak? abang rela buat  apa  saja, sayang  cakap nak  apa, abang akan buat,  tapi bukan dengan cari  laki lain camni..  tak  cukup lagi  ke dengan kasih sayang  yang abang  bagi sebelom ni hah? apa  lagi  yang abang  tak cukup di mata  bie? duit? atau apa?



si awek tak boleh nak kata apa lagi, sekarang baru dia rasa  bersalah,  tapi dia  ingin memilih  lelaki  lain juga  untuk hidup bersama..si pakwe  tadi, menerima  keputusan itu walaupun pedih..dia ingin melupakan  gadis itu secepat mungkin..dan berdoa  agar gadis  itu  bahagia  di samping  pilihannya sehingga ahir hayat.




- entry  ni aku saja-saja buat,  tak ada kaitan dengan  sesiapa sekalipon -


If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar

Cause you never, ever, ever did baby...


cause you never, ever, ever did baby..
.
Read More

Jun 21, 2011

piwwitt..awek la bro!!

tadi oleh kerana aku terlampau bosan duk umah ni, kawan aku ajak la pergi jalan-jalan ke Mesra Mall di kerteh tu..ajak cuci mata katanya, weih, tapiii, mata aku tak ada habuk la bengong! kawan aku jawab kau tak tahu maksud "cuci mata"? tak remaja la dowh!!





hah, lantak kau la, kau nak cuci mata ke, cuci hidung ke, aku nak je ikut, aku bosan ni..cuti 3 hari tak tahu nak wat apa dah ni..aku dengan muka tak malu terus naik kereta dia..haha. apa aku kisah? dan aku tak pernah kisah..






sesampainya kami di Mesra Mall di kerteh.........


hanyalah gambar belakang..haha


sedang enak kami berjalan dengan lenggang lenggok yang menggoda, tiba-tiba kawan aku panggil aku..


'weyh ko nampak tak apa yang aku nampak?"
" boleh tak kau jangan guna dialog yang dalam filem tu? cakap je ape yang kau nampak!"
" awek tu, aku rasa cam aku nak masuk minang dia je ni..nak call mak aku lah jap"
" weih gila, kau tak kenal ke dia ni? kau ni ada waras tak? tu mak nyah la bangang, kau nak kawen ngan dia?hahahha..syabas!"



apa ke bangang kawan aku, dengan mak nyah pun nak jatuh hati..aku cam mak nyah tu sebab pernah nampak sebelom ni, dia ni memang dah macam pompuan asli..cehh!!...nak suruh aku tengok, biar la awek yang aku minat..Norra Elena lalu depan mata ke..hahaha


sumber

oleh itu, jangan terpengaruh dengan kejelitaan perempuan yang tak original..hahaha...
maaf sekiranya dialog di atas kasar, sebab aku nak bagitahu dialog yang sebenarnya dan bukan yang sudah ditapis oleh Jabatan Penapisan Dialog Tentang-Tentang..hahaha


chaw!
salam
Read More

Jun 19, 2011

sewaktu kecilku dan selamat hari bapa!!!

sewaktu aku tengah enak melayan Nora Elena di http://www.tonton.com.my/ , tiba-tiba handphone Blacberry versi 3310 i aku berbunyi dan ada mesej camni.. " Selamat Hari Bapa" .. weyh, apa ke gila budak ni, bagi ucapan ni kat aku, aku kawen pon belom, nak jadi bapa camne? tak puas hati, reply komen ni kat dia " kau dah gila? atau salah anta mesej ni kat aku?" tapi dia dah tak reply, dah malu dah tu..hahaha





ehh, mood jiwang aku dah hilang.. tiba-tiba baru teringat yang hari ni hari bapa..apa punya anak laa hari bapa pun dah lupa..pikiran aku dah melayan ke rumah pulak sekarang, pikir waktu aku kecik-kecik dulu..
masa sekolah dulu aku ni memang rajin tak pergi sekolah, malas bangun pagi, tak nak mandi pagi sebab sejuk, cikgu garang la..





Encik Abd Rahman atau bapa aku yang pagi-pagi pergi rebus air panas, dan campur air tu dengan air sejuk lam bilik air, tuk bagi suam katanya..sebab masa dulu tak ada mesin yang panaskan air dalam bilik air ni..
sudah semua tu,  apa lagi, dia dah tunggu kat depan cermin tu haa tuk kasi kemas rambut aku ni dengan minyak rambut dan rambut belah tepi baik punya..





sudah siap semuanya, aku pulak cakap malas pergi sekolah..hahaha..itu tugas mak aku pulak untuk kejutkan aku dari lamunan dan bagikan aku pandangan terus untuk ke manara gading..gila ah ayat..hahaha
kalau nak cerita, 10 entry pun tak habis lagi pasal pengorbanan bapa dan ibu ni...





sudahhhh!! aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk Encik Abd Rahman, iaitu bapa aku..dan semua bapa-bapa yang ada kat luar sana!! jasa mu amat bernilai, dan tidak terbalas kerana pengorbanan mu amat besar!


sumber


dengar dan hayati video clip ni ok?


Read More

Jun 16, 2011

tak kira, anak dara ke, tunang orang ke, bini orang ke, semua aku tak peduli..tapi aku bukan playboy!!

haaa....bapak jahat tajuk aku kannn...baca tajuk cam playboy @ buaya darat je kan.
stop!!! jangan pikir aku camtu laaa..aku tak cakap masak-masak lagi, eh ade ke cakap masak-masak?lantak!


sumber



dasar buaya yang duk atas darat! tak cukup dengan sorang pompuan, nak tambah yang lain lagi..haha, ayat ini bukan ditujukan untuk sapa-sapa ok.aku tuju untuk buaya darat ni je!!hahaha...





ok, tajuk kat atas tu pasal keje aku je pon laa..macam yang aku dah bagitahu dulu la dalam entry INI, sekarang aku keje bahagian "Front Office"..so, memang keje aku dan aku kena belajar la cara untuk buat  reservation, check in guest, check out guest, dan banyak lagi la, kang aku citer kang panjang pula!





jadinya, bila ada orang yang call, aku angkat je la, dan jawab la semua yang diorang nak tanya tu..pasal harga bilik ke, harga diri ke..haha..pertama kali nya memang rasa malu dan takut tuk jawab call tu, lagi-lagi bila pompuan yang bercakap..(dalam hati gatal)hahaha...sekarang aku dah berani dan aku tak kira anak dara ke, tunang orang ke, bini orang ke, semua aku tak peduli, tapi aku bukan playboy! hahhaa..







dah memang kerja nak wat macam mana, nak marah aku sebab borak ngan awek ko? haa..marah la, sape suruh awek ko call tempat aku keje..hahaha..pape pun, praktikal sekarang ni memang terbaik la!!!best!!



tu laaaa..orang suh masuk pukul 7 pagi, pukul 6.30 dah ada kat sana..kan dah boring, tak ada motif, masuk toilet, amik gambar..dah la amik gambar cam pompuan!hahaha..tu maknanya aku bukan buaya..heh3..



sudah la...ramai sekarang yang ngah gilakan citer Nora Elena..aku pon..haha..jom layan video ni..


chaw!
salam
Read More

Jun 13, 2011

KL GANGSTER! tak tengok rugi..puas hati punya...


dipendekkan cerita yang memang sudah pendek. aku tertarik untuk tengok satu filem aksi melayu ni.
nampak ramai je yang bagitahu cerita ni terbaikk...so, tanpa membazir hari cuti yang ada, aku ngan kawan pi lah tengok hasilnya..sedap atau hampeh?


sumber

haha, cerita ni laaaa...Kuala Lumpur punya gangster maa!! aku masuk panggung dengan anggapan, alah filem melayu biasa je pon, aksi pon biasa-biasa saja..huh..


sumber

ku harap hujan sampai ke petang, tetapi hujan di pagi hari..hahahhaa..anggapan aku salah la! filem ni terbaik aksi dia..rugi tak tengok, berbaloi rasanya engan bayaran tiketnya tu..keluar dengan senyum cam orang gila..hahaha...





pelakonnya pun semuanya yang gempak-gempak, pasti anda berpuas hati..pujian ikhlas tanpa disuruh oleh skop production ok?hahaha


sumber

sumber


sumber



sumber

sumber

nak aku ceritakan? tak yah la, nanti tak best pulak korang nak gi tengok kan..filem ni best sebab ada aksi dan lawak..tadi, keluar je muka zizan, semua dah gelak-gelak..gila aura zizan ni..hahaha
tak tengok rugi!!!


chaw!
salam
Read More

Jun 12, 2011

Majlis Menyambut Menantu.

weyh,  semalam Terengganu menang la, korang tengok tak bola? tak tengok? memang rugi la..hahahaha...tahniah untuk Terengganu ye, bangga jadi rakyat ganung..aku pulop tengok bola sambil bekerja, memang tak romantik! tak boleh sorak kuat-kuat sampai suara pecah!





ok, selesai pasal bola, kita semua sudah gumbira kan, sekarang aku nak upload gambar yang dah lama gile bersawang dalam blog ni, cuma tak post je lagi..nak post la ni!! sabar boleh???
gambar ni sekitar majlis perkahwinan abang aku pada minggu lepas iaitu 4hb Jun 2011. aku bukan malas la nak upload awal-awal, aku keje, tak sempat. ( fuhh nasib baik ade alasan) hahahaha..





warna tema yang ditekankan disini ialah kaler merah dan putih..baru la garang, warna merah tuh..nasib baik tak ada lembu yang datang serang orang duk makan tu.lau tak tetamu kitorang pada hari tu, tak pasal-pasal bertukar menjadi lembu..hahahaha






sudah dan selesai persiapan tu semua, maka bermula lah saat untuk tunggu si pengantin perempuan tiba di halaman rumah..tunggu dengan penuh tak sabar ya!  tetamu yang datang awal-awal lagi pon, boleh lagi lepak kat situ untuk tunggu keluarga pengantin datang..! tunggu lama, buncit la perut korang dengan makanan..macam-macam ada!hahaha





yeaaa..kompang dah ppun berbunyi..tu tandanya keluarga si pengantin pompuan dah tiba dah..bahasa om putih, on the way..hahaha..cehhh, aku nampak geng kompang lak yang posing lebih..bunyi lari ntah ke mana, janji masuk gambar..esok nak isi borang masuk geng kompang jugak!hahaha



pengantin pompuan dah ada, baru boleh bersanding dan naik atas pelamin..haha. maka bermula lah acara bergambar si pengantin dan antara keluarga masing-masing..




buat pertama kali, aku tunjuk..ni lah ahli keluarga aku..lupakan saja muka aku yang berminyak tu! bangun pagi tadi lupa nak cuci dengan clorox.ahaha...tengok! sume garang, pakai warna merah..cuma ada sorang dua je yang lupa..tak apa, maafkan mereka yang tak bersalah!




sudah je aktiviti kat umah..apa lagi, jom kita ber"outdoor"..hahaha..saat paling best bila pengantin bergambar..boleh berangan nak jadi apa sekalipon..nak bergambar kat umah, malu-malu kucing sebab ramai tetamu kan..nah! kat sini boleh la nak hentam posing camne sekalipon..



baik punya skodeng kat pokok hujung sana tu ya!!! dah macam hang tuah dah aku tengok..hahhaha




disana lah tempat kapal kanda berlabuh..nanti kanda akan bawak dinda naik kapal tu ya!!! kita pergi pusing dunia sambil honeymoon!!hahaha



sudah..sekian..hahha..kali ni aku boleh balik tuk tengok abang aku kawen..lau sebelom ni aku tak sempat nak pergi untuk tengok majlis akad nikahnya dan majlis kawen di umah perempuan sebab aku tak boleh cuti
oleh kerana baru saja masuk untuk menjalani praktikal.. hahaha..sedih tak?  tak? ok...

gambar lagi di http://arry.johorphotographer.com/



chaw!
salam
Read More

Jun 8, 2011

Tan Sri Musa Hassan..baik dan "low profile"

sapa je yang tak kenal " Tan Sri Musa Hassan"  iaitu bekas Ketua Polis Negara, abang kepada pelakon terkenal, Dato' Jalaluddin Hassan ni kan..


sumber

nak dijadikan cerita, baliau telah menginap di salah sebuah Hotel iaitu tempat aku menjalani latihan praktikal. aku sempat la bertemu dan melihat gelagat beliau secara langsung. ye lah, sebelum ni aku tengok dalam Tv dan surat khabar je kan..





ketar kepala lutut ni haa bila tahu orang besar nak datang dan kena sambut beliau. berpeluh-peluh dah aku ni, mana tak nye, nak sambut bekas ketua polis negara kot..selang beberapa ribu saat, beliau telah pun sampai..aku terkejut la jugak, sebab lain daripada apa yang aku bayangkan..





aku bayangkan, kalau orang besar ni mesti ada polis yang iringi dan pakai driver kan, tapi tak lah, beliau hanya drive kereta dia sendiri je, jauh gak woo perjalanan dia tu dan tak ada pun iringi polis ke apa ke, beliau turun je kereta, terus senyum..gaya pakaiannya dan percakapannya, sah! beliau memang low profile dan baik..bagus!!


sumber





sebenarnya aku lagi hormat orang yang low profile seperti Tan Sri ni..! beliau memang baik dan "low profile" !!!


chaw!
salam
Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates