Sep 27, 2011

blog lelaki dan perempuan ada perbezaan ke?

Asssalamualaikum semua saudara dan saudari..berdirinya saya disini, kerana tiada kerusi..dan kita kena memastikan kampung kita sentiasa bersih daripada apa2 kotoran sekalipon..ok poyo jap.. sebelum ni aku ada buat entry pasal kenapa blogger perempuan lebih ramai daripada blogger lelaki kan? kalo tak tahu, pi baca dulu!!!


selama aku buat blog selama lebih satu tahun ( dengan muka yg inginkan penyepak), aku dah boleh tahu dah perbezaan diantara blog blogger perempuan atau wanita dengan blog blogger lelaki idaman malaya..ade ke?luu ingat sama? haaa..lu taraa tahu..ini dragon yang bagitahu gua..meh sini meh anak2..




BLOG PEREMPUAN
  1. blog si manja atau awek ni memang nak comel je kan..warna lembut2, warna pink, ade bunga2..awww...
  2. biasanya, tapi bukan semua la ni, blog perempuan lebih suka letak gadget banyak, contohnya, cursor ada nama diorang..betol tak?hehe
  3. banyak blog perempuan yang suka letak gambar banyak2 kat tepi sidebar tu..
  4. perempuan ni selalu update blog diorang..percaya x? sebab diorang suka kongsi cerita

BLOG LELAKI

  1. blog lelaki biasanya simple je, buat yang basic je..gadget2 semua diorang malas nak letak.
  2. segelintir lelaki suka membiarkan blog diorang ni ada sarang labah-labah..contohnya, aku..haha
  3. lelaki biasanya suka update entry dengan info2 semasa, dan tak ramai yang suka update pasal peribadi..aku? semua campur..sebab tu nama tentang-tentang!!!
  4. kalau perasan, penulisan blogger lelaki ni, kasar sikit daripada perempuan kan? contohnya, celaka, gila dan lain2 tu tak dipakai sangat..aku? semua aku hentam, sebab tu semua dari hati..haha


so, nampak tak perbezaan diorang ni...kalau masuk je blog tanpa tahu jantina pemilik pun, kita dah dapat tahu apakah jantinanya melalui sifat2 dan perbezaan di atas..tak percaya?anda terai...dan kalo ada lagi perbezaannya yang korang tahu..sila kemukakan di komen dibawah ok..







suka entry ni? boleh la tekan likeeee!!heh3

Read More

Sep 18, 2011

Jom tonton TV melalui Facebook..bagi yang tak ada TV macam aku!

anda seorang pelajar yang tinggal di kolej atau rumah sewa? mesti bosan kan sebab tak boleh tengok TV, lebih2 lagi bagi yang Hantu TV..yang suka tengok Drama, pas tu nangis2 macam bayi baru lahir..kesian, ditipu dek TV..hek3..


aku tertengok di Facebook, yang di page Geng Blogger , kita boleh tengok TV1, TV2, atau TV3..menarik seyh..bagi aku yang ngah boring, boleh jugak tengok muka awek aku kat dalam TV tu..



untuk tengok sila klik sini = http://www.facebook.com/event.php?eid=281086861903388 dan selepas tu, anda akan sampai ke page ini = Geng Blogger.. ikuti langkah2 dia, iaitu kena download dan install dulu octoshape..


pastu korang boleh la tengok TV..bagi yang tak ada TV je la ok..astro2, tak ada, kalo nak, pergi umah jiran, tumpang tengok dengan diorang..!!




Read More

Sep 15, 2011

kenapa blogger perempuan lebih ramai daripada blogger lelaki?

semua bangunnnnnnn.... Assalamualaikum cikgu..haha


wa'alaikumussalam, sila duduk semua murid2, pandai benor ye kamu semua ni..tetiba pulak terasa nak jadi cikgu, tapiiiiiii tak minat la..heh2.. kalo aku jadi cikgu, tak tahu la macam mana agaknya anak murid aku..


ok, sebelum tajuk aku lari lagi jauh sehinggakan ke negara Johor..sejak bila johor tu negara? lantak lah, aku malas nak padam dah, nak taip je ni..tadi aku meninjau blog-blog anda semua dengan muka serius, perasaan ingin membaca aku hari ni menjadi2 seperti kucing jantan mencari kucing betina utk mengawan.. aku bukak dashboard, masuk ke blog yang jari aku rasa nk tekan..tiba2 terpikir, eh, kenapa blogger perempuan lebih ramai daripada blogger lelaki?





tiba2 pendapat ni datang ke kepala hotak aku sambil tersenyum kegembiraan..


  1. perempuan lebih suka menulis berbanding lelaki..lelaki  lebih suka habiskan masa dengan bermain game dan berhibur..ok, aku pon lelaki, aku pon suka game.haha
  2. perempuan ni suka kongsi cerita dia, dia makan apa, dia buat apa, kuar dengan BF dia, bla bla bla, tu dia buat blog, boleh la kongsi ramai2..tapi bukan semua blogger perempuan suka buat entry pribadi camtu..peace yaw!!
  3. perempuan suka membaca..buktinya novel setebal nibong tebel tu pon diorang boleh habiskan dalam 2,3 hari je, ini kan pulak entry yang pendek, kacang je babe..


pendapat ni la yang datang bertandang ke kepala hotak aku ni..aku tak tahu pulak bagi korang macam mana kan..rambut semua kat atas kepala, tapi pikiran kita tak sama..yeah...



Read More

Sep 12, 2011

yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL

"eh dik, kenapa yang adik fotostat ni gelap sikit daripada yang original?" tanya seorang pelanggan kedai fotostat di salah sebuah kedai di Hong Kong.. "biasa la bang, yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL" jawab salah seorang staff kedai tersebut tanpa perasaan takut kena penampar..



" oo, kau nak tipu aku ya? mana road tak kau yang ORIGINAL?" tanya seorang polis selepas berjaya mengesan seorang remaja yang membawa road tax motor yang fotostat.. "ni lah yang original hencek, saya tak fotostat pon sebab kat umah saya tak ada mesin fotostat." jawab seorang remaja tanpa rasa sedikit pon takut untuk ke lokap..



pagawai keselamat berlari-lari ke kaunter sebuah shopping complex selepas cashier membuat laporan yang seorang pembeli membeli dengan wang kertas palsu (fotostat).. " ini wang asalnya pak..gua enggak potostatnya donk, jangan dimain tuduhin gua".. kata seorang PATI kerana kurang pandai bab-bab nak menipu ni..



yang fotostat tak sama dengan yang ORIGINAL..am i right? orang akan boleh kesan jugak samaada sesuatu barang itu yang fotostat atau original.. sama jugak dengan menulis blog, jangan nak meniru gaya penulisan blogger lain..mentang-mentang la dia blogger femes ames, kau nak tiru gaya dia..menulis tu ada gaya ke? bukan ke berenang je ke ada gaya?



lagi satu, jangan nak cuba tiru atau fotostat gaya seseorang tu, kau tengok dia bukan main macho lagi, kau pon tiru gaya dia, gaya dia pakai, bercakap, korek hidung dan sebagainya..jadi diri sendiri la beb.. sebelum aku pergi terajang kau ke dalam tong sampah..


" eleh, kau cakap orang je kan, kau pon sama..kau pon tiru gaya orang lain, fotostat dia..pirahh mabukk!!" tiba-tiba ada orang sound aku dari belakang, tapi takut nak tunjuk muka.. "aku tiru siapa weih?" aku tanya, tak puas hati la babe..




" aku tengok kau sama je dengan aaron aziz, kau tiru dia la tu!" jawab makhluk tu, dan terus lari meninggalkan aku.. aku terdiam tanda kebengongan..sama ke? aku tak tiru dia pon..demm!! hahaha...



" yang fotostat tak sama dengan yang original sebab yang original lagi memberi kita kepuasan hati daripada yang fotostat."






Read More

Sep 8, 2011

Jangan jadi manusia yang paling bodoh..

ibu bapa kita antara orang yang paling berjasa untuk kita semua.. dari umur kita satu saat sehinggalah sekarang diorang jaga kita dengan sepenuhnya kasih sayang..bila kita dah besar, kita dah kerja, kaya raya la konon, ada duit 200juta, dan duit itu nak bagi ibu bapa kita sebab nak balas jasa, itu semua tak cukup..bukan wang ringgit yang diorang paling nak, tetapi kasih sayang dan doa dari anak dia yang paling diorang nak..



kita lahir je, ayah amik kita, dan azankan di telinga (bagi lelaki), pas tu mak kita bagi  kita susu, pakaikan kita baju baru, lawa, comel..kita nangis pukul 2,3 pagi sebab lapar susu, diorang bangun untuk bagi susu dan pujuk kita, tak ada pun diorang merungut..sekarang kita dah besar, kita nak kurang ajar?



tak yah citer lepas kita lahir lah, kita citer sebelom kita lahir, masa tu dalam kandungan ibu kita..hari-hari ibu gosok kita (perut dia) sambil bibir mengukir senyuman..ayah balik dari kerja, cium kita (perut ibu) dan tersenyum..hari-hari diorang menunggu kita lahir dengan penuh sabar..perut ibu kita dah besar, waktu tu kita dah 9bulan dalam perut ibu kita, ibu selalu penat, tapi dia gagahkan jugak untuk membuat persiapan sebelum kita lahir, beli baju n etc..bila kita dah besar, kita nak tinggalkan dia begitu saja?



hari raya dah nak dekat, umur kita masa tu dah 8tahun..baju raya kita masih lagi tak ada..ayah makin kuat dia berkerja, ibu pon sama..tiap-tiap malam mereka berbincang dan kira duit samaada cukup atau tak lagi untuk beli baju dan barang raya kita..bila duit dah cukup, mereka ajak kita ke bandar untuk cari baju raya, kita pilih yang lawa-lawa dan mahal, diorang senyum je bayar, tapi diorang sendiri tak beli baju baru..bila kita dah kerja, senang, kita nak tinggal diorang camtu je dan tinggalkan diorang kat umah orang tua? banyak cantik..






dulu kita pergi main bola, jatuh, lutut kita luka, berdarah..balik je umah kita nangis..mak kita terkejut dan terus cucikan luka kita dan sapu ubat..tiap-tiap malam diorang berjaga untuk pastikan yang lutut kita ok, kapas yang tutup luka tak tercabut..tapi bila kita dah besar, kita tak buat pon camtu kat diorang, dan siap ada yang sanggup bunuh ibu bapa lagi..bengong ke nama tu? tak pon bodoh?





kucing rumah aku pon pandai sayangkan mak dia, inikan manusia..jangan jadi anak derhaka!! tak yah la nak tunjuk yang kita ni besar kepala, hebat, ganas, gangster ke depan mak ayah..sedar la diri kita ni, tanpa diorang kita tak ada..jangan jadikan otak kita sebagai manusia ni, dah macam otak lembu sebab menyakitkan hati ibu bapa..




sape yang makan cili, dia yang rasa pedas..sama-sama kita jaga kedua ibu bapa kita dan buat yang paling TERbaik untuk diorang..aku pon tak mampu lagi nak buat yang terbaik, tapi aku pon nak buat yang terbaik..jangan jadi manusia yang paling bodoh sebab derhaka dengan ibu bapa sendiri..sama-sama berdoa untuk kebaikan bersama..:-)





Read More

Sep 7, 2011

Album Pertama Mat Luthfi di pasaran..

siapa je yang tak kenal dengan mamat sorang ni, Mat Luthfi..Album pertamanya sudah pun keluar..tak percaya? jom saksikan video ni..



amacam? K-1Malaysia tu babe!!hahaha... 



Read More

Sep 6, 2011

kelebihan dan keburukan guna Foursquare

zaman dah berubah, teknologi dah maju..sekarang kalau kita duk dalam jamban pon orang boleh tahu, itu pon kalau kau tak malu..hahaha


cer tengok sekarang ni, dah ramai giler yang pakai Foursquare ni..check in je kat mana korang berada, dan semua orang tahu..senang bukan?

sumber


tapi setiap software yang macam ni, mesti ada kelebihannya dan kekurangannya kan?

KELEBIHAN

  • rakan-rakan seperjuangan korang tahu kat mana korang sekarang ni..
  • bila parents korang online, tengok korang check-in kat mana, diorang akan tersenyum sebab dah tahu kat mana anak dia lepak..jangan pulak korang gi lepak kat kelab dangdut 80an kan..haha
  • bila korang pi mana-mana tempat yang power, boleh check-in..mana la tahu kan tiba-tiba korang gi jalan-jalan, dan sampai ke KOREA, boleh la check-in..mampu?haha

KEBURUKAN

  • tiada privasi..yelah, mana-mana korang pergi, orang lain tahu..
  • bahayakan keselamatan, manalah tahu ada yang sakit hati dengan korang nak pukul korang ke kan, senang pulak dia nak cari korang.. tu mungkin yang berhutang dengan ah long bukit beruntung la..
  • menyusahkan!! sampai je ke tempat mana-mana, kena bukak handphone, online dan check in..rumit bukan? baik cakap rumit!! kalau tak, aku cari korang!!!


oleh itu..cewah, macam buat karangan zaman sekolah dulu-dulu..ok2, serius..oleh itu, berhati-hati lah bila nak guna semua ni..jangan la sampai nak ke jamban pon nak check in..aku tampor kan!!dan aku sendiri pon  guna benda ni...tapi tak lah sampai ke semua tempat aku nak check-in..


nak pakai software ni? pi google sendiri..rajin la sikit!! install ke dalam Blackberry bold 4 limited color ni.



Read More

Sep 5, 2011

hadiah misteri daripada si penghantar hadiah misteri


sekembalinya aku ke kampung, dengan kepala, badan dan setiap inci badan aku penat.. tiba2 si setan datang ke telinga, weyh, bukak la puasa tu, minum air, kau tak pe, musafir, baru sampai kan? badan penat..minum3!!
arghh, dasar setan punye setan. sesuai dengan nama kau tu "setan"..aku menepis hasutan tu dan tido..



setan pon berlalu pergi dengan tangisan sebab tak mampu nak hasut aku..hahaha..bangun je dari tido, mak aku tunjuk satu bungkusan..nah!!




alamak!! hadiah apo mende pulop ni..tak pernah2 lagi dapat hadiah, nama atas alamat siap tulis www.hishyamuddin.com lagi..dengan penuh teruja dan hati berdebar2 takut ada org hantar hadiah katak ke ular ke, aku pon bukak slow2..





kotak boleh tahan..mintak2 la ada orang bagi hadiah IPhone ke, Samsung galaxy tab ke..haha, syok gak tu...ceh, berangan nak sedap je..gilak punya orang..




jeng3..dan inilah hasilnya..baju kemeja yg bewarna putih.. terima kasih kepada si misteri yang menghantar hadiah ni..inilah orangnya..



tak sangka blog yg suka mengarut cam aku ni ada peminat..terima kasih kepada si penghantar yg baik hati ni ok..aku hargai pemberian mu ini... selamat hari raya!! maafkan segala silap dan salah aku yap!

chaw!!
salam
Read More

Sep 1, 2011

Siti Nurhaliza masuk beatles?


selamat hari raya kepada semua sahabat2 yg membaca entry ni..kat luar tu panas, nak gi jalan beraya pon malas lagi, aku pon ambil keputusan untuk lepak sambil On9 facebook dan twitter.. ramai jugak yg upload gambar raya diorang ni, ada yg pakai baju pink dan berseluar hijau terang, dan sebagainya.. " ceh semangat gila, pakai baju dan seluar warna warni, puasa ntah penuh atau tak ni..gertak hati aku dan menambah dosa free..



dan aku tertarik dengan post dari kawan aku mengenai satu blog ni dalam facebook dia.. www.prince91.com, aku suka entrynya mengenai Google Translate yg ni..




Beatles dalam bahasa Malaysia, ialah Siti Nurhaliza? aku tak percaya, tapi google translate tu membuktikannya..ape kena dengan Siti pulak? Siti masuk Beatles? ..... dan apa agaknya nama aku dalam English? handsome? haha, cilaka, perasan..oklah, chaw!!


"maaf zahir dan batin" :-)



Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates