Sep 30, 2010

cheF leLaki lagi RaMai??

Tiap kali aku gi makan nasi goreng kat kedai je, aku mesti jenguk kot dapur diowang, aku suke sangat tengok kegiatan dalam dapur kedai yang aku makan ni. tengok tukang masak memasak, mane la tau kan kot-kot tengah je aku duk tengok tu, ikan yang digoreng chef tu jatuh ke lantai.hahaha...

Da lame aku perhatikan ni, chef sekarang ramai di kalangan lelaki. tak kire la yang da glamour dan selalu masuk dalam skrin tv ke skrin laptop ke tak pun yang keje nye memasak di kedai-kedai makan. Semua lelaki. Jarang sangat sekarang ni aku tengok pompuan yang jadi tukang masak.

Same la jugak kat tempat  aku study sekarang, ramai lelaki yang ambik kos memasak. Pompuan pun tak kurang hebatnya. Dulu-dulu aku ingat bidang masak-memasak ni pompuan je yang boleh takluki, tapi sekarang aku baru tahu yang lelaki pun ramai yang hebat dalam bidang ni. Sorry la, bukan aku nak cakap lelaki je yang suke memasak, tapi  korang cube perhatikan kat kedai-kedai makan sekarang, rilex je lelaki masak, aku rase kalau aku selisih kat  tepi jalan pun aku tak syak yang beliau-beliau ni terer gile bab memasak.


ok2, jom korang berpikir sejenap ngan aku. Selebriti chef sekarang pun ramai dikalangan kaum laki kan. Tengok la Chef Wan, satu dunie da kenal dia, Chef Ismail pun ape kurang nye, da ade restoran sendiri iaitu Restoran Rebung.
Read More

Sep 27, 2010

Hati-hati dengan Minuman ini.....

Tadi mase aku tgok berita, aku terbace pasal ni..dan nak korang sume bace dan tau pasal bende ni...aku rase korang pun selalu minum bende ni kan..ok,dengan sepenuh hormatnya, aku nak korang bace ni ok: 
GREEN BEAN SOY DRINK 
 Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?  Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???  








Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg <span>haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini. 






Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)



Jenama ni minuman aiar soya hijau

Read More

Untuk Renungan Bersama..

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Read More

Sep 23, 2010

Hatiku hancur kerana seorang makhluk.

Salam...

Aku rasa panas je ngan seorang makhluk ni yang mungkin tak layak untuk digelarkan sebagai manusia yang mempunyai otak dan pimikiran. Nasib baik je aku ni duk di dalam golongan yang penyabar, kalau tak, da lame makhluk ni aku cincang-cincang dan bakar terus..memang kejam gile ah aku kalau buat cam tu, tak pasal-pasal aku jadi glamour macam artis, mau kalah farid kamil tau aeron aziz..

Aku balik daripada kampung ke UiTm dengan ati berbunge-bunge, nak makan biskut raye yang kawan-kawan aku bawak dan bercakap pasal mercun atau pun pasal berita yang terkini sekarang.
Tapi, semua tu bertukar jadi kepanasan hati atau pun hot and spicy je.

Ni semua sebab bile aku cari speaker kesayangan aku da tak de dan didapati telah dicuri oleh makhluk yang gilakan barang orang lain. Baru je nak pasang lagu raye kuat-kuat sambil bergosip, tapi semua nya hancur..

Read More

Sep 21, 2010

Kasih Ibu.....

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.


Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

Read More

Sep 20, 2010

apa yang aku duk ngarut ni????





Amacam bro??manyak handsome tak aku??
Aku rasa antara aku ngan korang, handsome aku lagi..
mungkin itulah kata-kata seekor monyet bila gambar nya di ambil dan mungkin dia merasakan yang dirinya paling bahagia atas bumi ini.
Sambil melakukan posing-posing maut yang lagi banyak...

Tiba-tiba je aku bercakap pasal binatang ni kan.
Sebenarnya, kadang-kadang aku rasakan binatang yang bernama "monyet" ni pandai jugak.
Ada jugak di antara keluarga beliau yang berbakat yang telah menjadi artis dalam sarkas-sarkas untuk pertunjukkan.
Bermacam-macam posing yang makhluk ini boleh lakukan untuk membuat manusia ketawa.
Aku pun ada gak terpikir, yang binatang ni bijak jugak, 
Sebabnya, beliau boleh di ajar dan pandai pulak mem"praktikkannya"
Hahahaa...aku rasa kalau binatang ni boleh masuk sekolah dan Universiti, mesti bijak dan mesti ada di antara mereka yang boleh jadi pegawai-pegawai besar, seperti CEO ke..

CEO salah sebuah syarikat di ibu kota

Hah...apa yang aku duk mengarut ni, jauh sangat da aku pikir ni...
Ok, korang tahu tak mana kebijakan makhluk ini??
Haaaa...aku percaya lah, tak ramai di kalangan korang yang tahu membezakan tentang buah kelapa.
Mana yang tua dan mana yang masih muda kan??
Tapi, mereka-mereka ini boleh membezakan buah ini dengan mudah sekali.
Dengan sekali je arahan daripada "tuannya", mereka boleh memberikan korang buah kelapa yang terbaik dari atas pokok tu..tol tak??
Dan yang paling hebatnya, beruk atau monyet ni boleh faham bahasa tuannya ni, bila tuannya suh pilih buah yang camne terbaik. Dan ada tu, siap boleh bersembang-sembang lagi antara mereka.
ish3, macam-macam keistimewaan yang ada atas muka bumi ini, semua nya anugerah dari ALLAH s.w.t..

Agaknya apa yang monyet tu mengadu??

Read More

Sep 17, 2010

Pak cik dan Lif............

Nak dijadikan cerita, ada seorang pak cik ni berasal dari kampung dan tak pernah pun datang ke bandar.
Suatu hari tu, dia pergi la ke bandar untuk mengenali apa itu "bandar".hahaha...
Pak cik tersebut masuk la ke dalam sebuah bangunan dan ternampak la lif.

Dengan muka tanpa belas kasihan, pak cik itu menyangka yang lif tersebut ialah "oven" besar.
Dan pada masa itu juga lah, ada seorang mat salleh yang mahu menggunakan lif itu.
Dengan penuh tanggungjawab nya, pak cik itu berkata "sir, don't go inside"
Tapi, mat  salleh tersebut tak mendengar kata-kata pak cik itu.
Pak cik itu pun terasa sedih dan hanya berdiri je depan lif tu.

Tiba-tiba, lif tersebut pun terbuka, dan seorang negro keluar daripada lif tersebut.
Dengan terkejut dan yakin nya, pak cik tupun berkata-kata lagi...
hahaha..kan tadi aku da cakap, jangan masuk dalam benda ni, tengok kan da ade yang hangus...




p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata, dan di tambah daripada cerita asal nya.Dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia..............
 
Read More

Sep 16, 2010

Bila Kucing BerKata-katA

Kadang-kadang kan aku ada gak terpikir, apa yang di cakap kucing bila mereka dan keluarga mereka boleh berkata-kata macam manusia.
Mesti banyak yang mereka ingin cakap dan nak beritahu manusia.

Mesti korang banyak kali dengar bebelan ini daripada mak korang kat dapur:
Mana pulak pergi ikan yang aku nak goreng tadi,ni mesti keje binatang kucing ni!!!! Sambil tangan memegang pisau....

Hahaha...sebenarnya mana kita tahu yang semua kerja tu kucing yang buat?
kalau la kucing boleh berkata-kata, mungkin da lame dia membela diri nya kan?


monolog dalaman nya

Silap-silap da lama kucing bawak kes ni ke mahkamah, sebab nya menfitnah diri nya yang tak bersalah tu.

Memang la bijak lau kucing boleh wat camni.Silap-silap nanti ada di antara mereka yang jadi peguam bela.hahahah..mau kalah manusia..
Read More

Sep 15, 2010

Benarkah HANTU da di ikat???

Bulan pose bulan yang paling mulia untuk kita mempertingkatkan lagi ibadat kita kepada ALLAH S.W,T.
Pasal  bulan puasa ni, kita pernah dengar satu benda dan benda ni akan menggembirakan hati manusia yang penakut dengan kewujudan hantu. Sebenarnya aku pon takut gak weii....
Kita dari kecil lagi duk dengar kalau bulan puase,hantu-hantu kena ikat.
Dalam kepala otak aku masa tu, duk bayang, hantu kena ikat kat pokok je..macam ni..


Encik hantu diikat

Bila je bulan puase, aku takut sangat nak lalu tepi pokok-pokok. bukan apa,cuma takut kot-kot hantu tu duk mintak tolong aku suh bukak  ikatan tu.mampus aku.mau aku lari sampai kecik kepala aku nih.
Kadang-kadang pernah gak aku baling mercun kat tepi-tepi pokok tu, dengan harapan biar hantu tu terkejut sampai melatah-latah...,
aku ni bukannya berani sangat. aku ni penakut, bila bulan puase je baru berani nak gi mane-mane sorang-sorang, lau tak memang la takut..
Aku rasa korang pon same kan, sebab apa? sebab nya, dalam kepala otak kita dah set hantu tak de bulan pose ni..tol tak??

Tapi aku ade gak dengar-dengar yang walaupon hantu da diikat, tapi syaitan ramai lagi tuk hasut-hasut manusia. hasut tuk mencuri, dan sebagainya yang tak berfaedah.

Dalam U aku sendiri pun banyak syaitan-syaitan ni walaupun bulan puase.
Tak silap aku dalam seminggu sebelum cuti hari raya, kolej yang aku menetap, macam-macam cerita yang timbul, semua nya pasal pencuri.
Ada yang hilang laptop, handphone, kamera dan duit tu tak payah nak cakap la.
Aku tak tahu la kenape spesis ni boleh terlepas daripada kena ikat.

Read More

Sep 10, 2010

MeRcOn???????

Suasana yang ditunggu sudah tiba..
hahahha...peperangan mercun di kampung halaman aku sudah bermula,
baru lah rase suasana hari raya bila ade bunyi macam ni..
hari ni aku nak merepek pasal mercun..

Mercun???
Rugi ke lau kita beli mercun tuk menaikkan suasana hari raya ni??
haahha...bagi aku tak la rugi sangat.
Sebab suasana ni bukan nya tiap-tiap hari kita rasa..
setahun sekali je kot..

tengah je aku duk citer sal mercun ni,
tibe-tibe lak ade bunyi mercon kat tepi bilik ni..
sape la yang men ni, tokojot eden di buwek nyo..haha
nak tecabut jantung ni haaa..

bila je malam time raya ni,
mata masing-masing ayik duk tengok atas je,
berjage nak tengok kot-kot ade bunga api yang lawa meletup kat atas.
dah macam bunga api sambut merdeka pon ada.

macam-macam jenis mercun yang ada,
daripada yang murah hingga lah ke yang paling mahal,
daripada yang bunyi macam lipas batuk, sampai lah,  2 sempadan kampung leh dengar.

ada gak yang jenis sengal ni wat je sendiri, 
sampai ade yang putus tangan, telinge, kaki dan ade yang meninggal sebab bende ni.
mercon ni akan jadi bahaye bile ade yang memandai bikin sendiri.
maka, hasilnya pun, lumayan.hehehe
budak-budak zaman dulu pulak, suke men meriam buluh.
bunyi nye memang  lah terbaik,
tapi, andainya kene muka sendiri,
ini lah hasil nya:
tidak kah anda takut?

Aku ade citer, citer ni pada malam hari raye,
aku pergi lah jenjalan kat umah mamber aku,
nak tengok suasana malam raye konon nya dan nak lari daaripada kemas umah.

Aku disambut baik oleh mamber aku,
tapi rupa-rupa nya diowang ade bende nak kenakan aku,
aku di khianati, aku dianiaya,
punya lah bagus diorang ni,
diorang letak mercon betol-betol belakang kaki aku,
da la mercon "bola"..
hahaha..nasib bek la aku perasan,
aku baru je lari mercun tu pon meletup.
lau tak, kudung la kaki ku..
kurang asam tol gurauan.
Read More

Sep 9, 2010

CintA hinGGa HuJunG NyaWa..

Pada satu hari, zul membuka facebook nya dan dia tengok yang dia mempunyai 1 friend request. Dia tengok orang yang add nya itu seorang gadis, lawa dan putih orang nya.
Jadi, dia pon dengan gembira nya berkenalan lah dengan awek itu.
Awek itu bernama Hana.

Semakin lama mereka berkenalan semakin rapat hubungan mereka. Daripada chatting dalam facebook, berganjak pula ke talifon.
Semakin hari mereka rasa yang mereka antara pasangan paling bahagia.
Zul amat terkejut bila hana meminta untuk jadi teman wanita nya, sebelum ni pun hana banyak kali cakap yang dia suka kan zul.

Oleh kerana Zul tidak mahu tergesa-gesa, dia pun meminta tempoh untuk memberi keputusan.
hari demi hari mereka bersama. Yang anehnya mereka belum pun lagi "couple" tetapi dah bagi kata-kata romantik.

Setiap hari Zul memikirkan tentang Hana, sama ada nak jadikan teman wanita atau tidak. Zul seorang yang pelik, dia amat cerewet dalam memilih teman ni, lebih-lebih lagi teman hidup.

Setelah berfikir dengan matang nya dan pada tanggal 01 March 2010 iaitu setelah hampir 7 bulan mereka berkenalan, Zul akhirnya berkeputusan untuk jadikan Hana sebagai teman wanita nya. Zul memberitahu Hana, dan Hana gembira sekali.

Hari demi hari mereka berbahagia. Tangan masing-masing tak lepas daripada bermesej dan bercakap talifon.
Semakin hari hubungan mereka semakin serius. Walaupun jarak antara Zul dan Hana amat jauh, iaitu Zul tinggal di Johor, manakala Hana tinggal di Kelantan, tetapi Zul amat setia dan berharap Hana pun sama.

Hampir 7 bulan hubungan mereka, hubungan mereka sudah tidak seperti dulu.
Ada saja yang tidak puas hati dan nak bergaduh.
Bagi Zul, dia rela menyerah kalah dan sedia meminta maaf dengan Hana walaupun bukan salahnya.
Zul amat lah sayangkan Hana, dia berharap Hana pun sama.

Hati Zul makin retak hari demi hari kerana sudah lebih 3 kali Hana minta "clash" daripada nya.
Tetapi bagi Zul itu semua bukan lah halangan untuk dia tidak meneruskan hubungan dengan Hana lagi. Dia memujuk Hana dengan penuh kasih sayang bila Hana buat hal.

Hubungan mereka sekarang penuh dengan dugaan. Kejap mereka bergaduh dan kejap seperti biasa. Zul selalu memberi nasihat kepada Hana kerana dia tahu yang kekasih hati nya itu, seorang yang lemah semangat. Zul berdoa dan berharap cinta sejati nya itu kekal sampai ke akhirat.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Satu detik yang meremukkan hati Zul bila Hana sekali lagi minta 'clash', iaitu di malam hari raya.
dia seperti sudah tiada semangat dan lemah, tetapi dia masih memujuk kekasih hati nya itu.

Ketika itu juga, Zul sedang 'online' facebook.
Dia terbaca komen yang menghancurkan jiwa nya.
komen itu jelas menunjukkan Hana iaitu kekasih hati nya itu, ada orang lain.
Tetapi, Zul tak mudah melatah, dia bertanyakan pasal itu pada Hana.
Hana tidak sekali-kali mengaku.

Sehingga lah Zul sendiri beranikan diri bertanya hal ni pada kawan sekelasnya sendiri.
Dengan penjelasan kawan Hana itu, hati Zul hancur.
Kawan Hana itu, tidak tahu langsung pasa hubungan Hana dengan Zul.
Tetapi, Hana sudah lama 'couple' dengan kawan sekelas Hana itu.
Hana telah menjalankan hubungan dengan lelaki lain daripada bulan 11 lagi iaitu ketika Zul masih bersama Hana.

Read More

Sep 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI................




Read More

Bulan Puasa

Selamat Berpuasa kepada semua...

Alhamdulillah kerana kita dapat lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Bulan pose ni memang ramai yang menunggukannya. Pada bulan pose ni lah masing-masing duk sibok je nak wat macam-macam tuk sambut raye. hias rumah, cat rumah, dan beli baju baru.

Haaaa.....buat kali ke-2 nya aku menjalani ibadah puase di kolej atau pon asrama aku,3 minggu je kowt, pas tu balik kampong la..tapi, dengan tempoh ni, aku dapat macam-macam pengalaman.hahahha

Setelah masuk je tirai bulan ramadhan, maka bermula lah peristiwa-peristiwa yang aku tidak akan dapat lupakan.. antara peristiwanya berbunyi begini.....


Hari pertama sahor, semua mamber dan aku tengah semangat giler nak bersahur same-same.
Tepat je jam kul 4 pagi, kami bersiap-siap nak keluar sahor kat kedai yang dekat saje dengan U saje. Tapi, sampai je sane, memang terbaik la,kedai tersebut pon tutup dengan rapi nya.
Dengan yakin dan kecewa nye, kami terus ke depan tuk cari mane-mane kedai lain yang buka, dan jumpa la satu kedai kat tepi jalan tu, ape lagi, masing-masing tersengih-sengih wat muka lega sebab jumpe kedai tuk sahor tu..

Kami berhenti di salah sebuah kedai siam. Kat sini bermula lagi kisah kami, yang terbaik ni...
Setelah duduk,  kami pon nak la order makanan kegemaran masing-masing..
Tibe-tibe je mak cik tu jawab
"dik,makane hok buleh order kue tiaw jah, hok lain tok leh wat, barang tak dop"
ingat nak lari je nak gi kedai lain, tapi memandangkan jam pon da kul 4.45 pagi, kami pon order je.kue tiaw mak cik tu..
mak cik:  nok minum air gapo dik?
aku:        wat mari milo beng lah mok cik.
mak cik: oloh, maaf dik, milo habis.
aku:        pah air gapo ado?
mak cik:  ado air tea jah...

Bangang tol, lau da memang ade benda-benda ni je, wat pe lagi nak tanya. Manakala, orang yang datang lepas aku datang, semua nya dia suruh cari kedai lain. Memang la terbaik kedai ni.

Semenjak daripada hari ni, kami hanya bersahur di bilik je. tak keluar dah, semua nya sebab kedai mak cik siam yang terbaikkkk tadi..

haaa...ni pulak pengalaman aku berbuka puasa dengan segala hormatnye sebab "rajakan tido"hahah..
Satu hari tu aku tido dalam pukol 5.30 petang, sebab keletihan konon nya.hahaha....
Kebetulan masa tu, mamber aku pon tido gak..dengan nikmat nya tido, tiba-tiba aku terdengar cam orang bace al-Quran je.tengok jam...perghhh....da kul7.20..bangun je orang azan..
Apa lagi, dengan segala hormatnya kami pon berbuka la puasa dengan air tin bertemankan roti semalam yang ada lagi..

Selepas daripada kejadian-kejadian ni, aku da boleh bersahur dan berbuka puasa dengan nikmat nya. Sebab da tak buat benda-benda tu lagi..huhuhuhu....
Apa pon yang terjadi di bulan ramadan ni, kita mestilah tempuhi nya dengan penuh sabar..
Selamat Menjalani Bulan Ramadan....
Read More

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates